...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Tuesday, November 30, 2004

monolog sepi





Monolog ini untuk engkau yang hilang dalam memoriku. Yang tidak mungkin
akan
hadir kecuali pada bait-bait puisi sayu. Puisi yang tiada daya kecuali
menghambat rasa sesalku. Atau adakah engkau telah tahu, bahawa aku akan
terhukum sebegini di saat aku meninggalkan engkau dahulu?

Perjalanan hidup kini jadi sedu. Ilham pudar dan tiada rasa. Derita
bermaharaja lela. Aku mahukan kebahagiaan tetapi dimanakah kebahagiaan? Oh!
Kesepian. Ke manakah rindu yang sekian lama engkau laung laungkan? Di
manakah simpati yang telah engkau semadikan sejak lama dahulu?

Aku sendiri jadi sangsi dengan diriku. Aku jadi sangsi pada keterlanjuran
cinta yang tidak bertepi. Aku mahukan satu perjuangan ikhlas yang tidak
akan
pudar ditelan masa. Tetapi mampukah aku?

Kelam malam yang sepi bagaikan bercengkerama dalam irama syahdu, melagukan
keindahan dan melagukan suara sayu.

Mana engkau yang hilang dulu?
Yang selalu menggores senyum tatkala kita beradu,
Yang tiap hari sabar menunggu ku pulang dengan restu,
Yang tidak pernah lupa membuang ketakutanku pada perjalananan waktu,

Mana engkau yang dulu?
Mana senyum engkau yang dulu?

Atau adakah aku yang telah terlupa,
Bahawa engkau telah lama tiada,
Bahawa engkau tidak mampu lagi tertawa,
Bahawa kehidupanmu bukan lagi di dalam fana,

Di tepi malam,
Aku bungkam,
Rindu kepada engkau semakin kelam,
Hilang perlahan dalam pudar semalam...

Monday, November 29, 2004

sindrom 'blues monday'

alamak, ngantuknye pagi ni.
nyesal plak aku tengok movie malam tadi...kul 2 baru tido..itupun masa nak
tido tu mata aku terkebil kebil dok memandang ke siling.
dalam kesamaran lampu jalan di luar tu, fikiran aku menerawang,....aku
sendiri pun kurang pasti apa sebenarnya yang mengundang pikiran aku pada
masa tu, dan aku sendiri kurang pasti kenapa dalam 2 tiga hari ni aku susah
nak melelapkan mata di malam hari. tapi lama kelamaan aku paksa jugak mata
ni utk lelap, dan akhirnya Zzz....

hari isnin memang hari yang membosankan. hari pertama bagi setiap minggu.
seringkali orang kata sindrom 'blues monday'. maklumlah, mood bekerja dah
ilang selepas bercuti sabtu dan ahad, maka hari isnin yang menjadi mangsa
sikap malas dan bosan kita terhadap kerja.

namun pada aku, aku tak sekali kali tunduk pada sindrom yg mengancam setiap
umat pekerja di dunia ni khasnya..ala2 virus selsema burung gitooo..takkan
aku korbankan isnin semata2 kerana menurutkan rasa hati..... hari isnin
merupakan hari untuk kita menguatkan semangat kita untuk meningkatkan tahap
produktiviti terhadap tugas2 di pejabat. aku cuba biasakan diri untuk
memberi sepenuh komitmen terhadap kerja.. dan aku suka mengadakan
perbicangan dengan en mus, selaku bos department aku. mana2 yg aku kurang
paham aku akan terangkan padanya. lagipun aku masih baru dalam bidang oil
and gas ni, maknanya banyak benda yang aku kena cover balik. dan dengan
adanya perbincangan terbuka sebegitu memudahkan kerja aku sepanjang minggu.
tak lengkap rasanya bulan tanpa adanya hari isnin. dan tak cukup rasanya
minggu itu tanpa adanya isnin.

bercakap mengenai social life, terus terang aku katakan aku kurang
bersosial dgn masyarakat setempat di sini.
siang malam masa aku banyak dihabiskan di pejabat. masa makan pun aku akan
keluar bersama doddy & delfi. maklumlah rumah aku tak berapa jauh dr rumah
diorg. at least aku makan berteman..lebih meriah lagi kalo kengkawan
indonesia yg lain makan sekali, aku lah yang menjadi sumber rujukan mereka
utk lebih memahami latar belakang hidup penduduk di malaysia khasnya di
johor dan kuala lumpur (maklumlah aku ada experience tinggal di kedua dua
tempat tersebut)....
dan aku bangga menceritakan ttg kehebatan malaysia - sebuah negara
membangun yg semakin cergas menuju status negara maju. dan kekadang aku
bertambah bangga bila mereka kadangkala memuji kehebatan malaysia yang
tidak setanding dgn negara mereka.

itulah perkara yg aku buat sehari hari di sini....nothing, 100% hidup aku
utk keja, keja dan keje.....

tapi apa pun yg aku buat kt sini, aku akui bahawa aku sering merindui hilai
tawa aizat, topek mahupun johan....pada aku, tidak ada individu lain dalam
idup aku yg mempunyai pemikiran sehebat topek, aizat mahupun johan...(tidak
ada maksud di sebalik pujian tu)...dan kenangan aku bersama dengan mereka
suatu masa dulu tetap menjadi pengalaman manis buat aku,........

jam dah menunjukkan 5.30 nampaknya,
sepatutnya aku dah balik rumah ni, tapi terpaksa stayback sbb ade keje yg
nak dibereskan.
aku tak tau sampai bila kehidupan aku cam ni,
btul kata topek, aku tak realize langsung yg aku akan merantau jauh
sebegini jauh, jauh dari keluarga, jauh dari kengkawan,.....jauh dari
segala galanya........

erm,
nampak gayanya aku dah nak mula melalut tak tentu pasai ni,
baik aku stop cepat sebelum tangan2 gatal cuba nak bermain2 dgn keyboard.

semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok diharapkan lebih
baik dari hari ini........

sayonara!!!!


surprise!!!!

aku harap topek, aizat mahupun johan surprise ngan kehadiran weblog aku yang terbaru ni.


Tuesday, November 23, 2004

boringnyerr

En mus takde kt opis hari ni. Ade meeting kat kl katanya.

Aku plak dari tadi dok prepare report yg nak kena submit next week.
Aku blur sket ari ni sbb benda tu aku tak berapa reti nak buat.
Nak Tanya bos dia takde plak..tensen betulll!!!

Tengahari kak dina call bgtau dia dah kluar dr ward.
Wargh, cepatnya…
Dia suruh aku dtg umah lepas keje sbb dia sunyi sesorang.
Lpas tu makan nasi pun termuntah.Erm, aku plak tak bole balik awal sbb ade keje yg belum settle lagi…
Serba salah aku dibuatnya..adakah suatu hari nanti perkara yg sama akan berlaku pada aku??


Ateh aku yg dok kl tu tetiba anto msg kat aku..aku terkejut gak sbb bunyi ayat dia lain macam..
Biasalah ayat2nya berkisarkan pasai keje.pasai jgn tinggal tikar semayang.pasai jgn boros.pasai jgn anto duit belanja kt adik banyak sgt, jgn biasakan idup adik dgn kemewahan, jgn lupa anto duit kt mak abah, dan lebih penting jgn lalai, duit banyak tapi lalai pun tak berkat juga katanya.
Dia plak skrang ni pun dok tgh menyimpan sbb tahun depan kalo takde aral melintang aku akan mendapat abg ipar baru.so maknanya tinggal aku jek la yg paling tua yang belum berkahwin dlm family aku..aduish., cam tak pecaya je!

Cakap pasai bab kahwin ni,
Aku rasa lain je.
Membe aku pun tadi ade call pasai nak ajak aku dtg ke majlis umah dia.
Mentang2 skrang ni musim cuti sekolah,
Masing2 sibuk nak mengawan ye.

Pada yg ade hati dan berangan nak berumahtangga tu, aku Cuma doakan agar kebahagian akan menjadi milik korang dan pasangan..
Aku?
Bole kawin ke…
Hehehe…
Susah nak cakap ek,
Perlu ke kawin,.,?? hahahahaa..
Soalan tu susah nak jawab oleh insan2 yg sama waktu dengan aku kan???

Monday, November 22, 2004

Rescue 999

Seawal pagi aku bangun, siap sedia nak g jengok kak dina kt ward.

Lepas tu sambung keje.

Ari ni pikiran aku kusut sket.

Tak tau kenapa.

Maybe keje banyak or pikirkan sgt pasai kak dina.

Er, bebudak kt opis ari ni membincang isu gay yg berleluasa di mesia.

Ade yg sibuk bercerita ttg kehebatan kl. Syurga gay. Ade club gay, ade b boy, ade sauna.. ade yg cite penah masuk bb ngan membe dia yg str8…arghhhhh…perlu ke isu cam tu dijadikan buah mulut? Yg bercakap tu plak semuanya lelaki. Gay ke diorg tu semua? Aduishh…aku dok diam je..malas nak masuk campur..kang tak pasai aku plak yg kena..i know what I did last year in kl..hehehe

Aku tak kuar lunch sbb nak tgk kak dina sekali lagi kt ward.
Dia kata ptg nye nak dioperate.
Erm,kesian dia.
Dah la idup sebatang kara,
Ade adik pun serupa takde, datang jenguk dia sekadar nak anta baju. Apa jenis orang daa…

Lepas keje aku pegi lagi jumpa dia.
Tgk progress dia dah ok. Dr kata ade ulser pada usus dia…macam2 penyakit ade kt dunia ni kan.

Aku tak bole lama dok ngan dia sbb aku nak pegi giant. Beli barang sket.

Lpas tu aku dating ward balik sama ngan kak wan.

Borak punye borak dah kul 11 mlm…

Aku ajak kak wan balik. Meninggalkan kak dina keseorangan..

Sedih aku tengok dia…

Sunday, November 21, 2004

weekend datang lagi!!!

weekend datang lagi!!!

seperti kebiasaan schedule ari ahad bermula agak lambat…
pukul 9 terbangun…
lepas tu cuci keta kejap…my lovey dovey car tu dah bunyi macam2…anak ayam ade, anak itik ade…aku tak tau nak buat apa lagi la…tp aku ttp sayangkan kete aku tu sbb itulah 1st car aku sepanjang aku idup.,..aku repair balik mana2 skru yg dah longgar, biar bunyi2 takder lagi.

sambil cuci keta, kak wan sibuk dgn taman barli yg diusahakannya di depan rumah..sambil borak2 tu, kak wan terperasan ade sarang tebuan atas pokok yg ditanammnya, nasib baik sempat nampak, kalo tak tak pasai kitorg kena kejar dek tebuan kt situ…


lupa nak bg tau,
kt rumah ade penghuni baru,
bole la aku perkenalkan sebagai boy jer.
-ex boipren kak wan….erm, orgnya mmg cik jan abis, tp aku tak bole terima sgt style dia, sbb dia lebih kepada dunia rempit,maksud aku style dia kasar sket….
Bila aku tgk dia, teringat aku kt bad,….tp bad tu baik sket je kalo nak compare ngan si boy ni….

Aku tak kisah pasai dia,
Asalkan jgn nak kacau idup aku sudah laa…..

Tengahri tu ‘kak dinA’ call ajak pegi JB…
Er, malas rasanya nak kuar, tp bila dia ckp dia nak belanja aku tgk wayang, aku pon agreed jek la

Ptg tu kitorg tgk citer I know wat u did last raya.
Terus terang aku ckp yg aku tak brapa suka tgk filem melayu kt wayang,
Tp bila kenangkan ‘kak dina’ yg begitu surprise nak tgk citer tu, aku pun follow je…
Drp 5 bintang, aku bole bg 1.5 jer..utk filem tu, bole???

Kitorg balik umah dlm kul 6 ptg…


Tengah malam tetiba ‘kak dina’ call…mengadu sakit perut..aku bergegas ke rumah dia..anto dia pegi hspital.
Kena tahan masuk ward.

Erm,risau gak aku.
Dalam kul 1 kak dina kena inject tido…tak lama lepas tu aku balik tak tahan ngantuk meninggalkan kak dina bersama mimpinya….

Saturday, November 20, 2004

ku teruskan...

aku tersedar seawall jam 7 pagi,
kak amirA masih lagi erat mendakap tubuhku…
erm,sesekali berkeadaan begitu terasa seroonok dan bahagia jugak….
…teringat aku kisah2 bersama dgn org yg aku sayang suatu masa dulu..ops…
perlu ke nak diingat lagi?

…dakapan kak amirA makin erat,
aku tahu dia sudah terjaga ttp sengaja berpura2 tido ayam….
Tak lama lepas tu, aku menarik selimut menutup tubuh…
MALULAH!!$^$^%&@%#$$^

Jam 8 kak amirA bergegas bangun,
Dia nak kepejabat kul 9 ni…erm, aku biarkan dia keluar….


Aku plak, walau pun sepatutnya aku bercuti, tapi tetap nak kepejabat…
doddy ckp semalam nak buat keje sket ari ni,
aku pon plan follow jugak la…
doddy satu satunya membe aku yg tak pulang beraya tahun ni…..kg ny di sumatera..
masa kt opis, tetiba plak aku teringat ade majlis perkahwnan member kitorg ari ni…aku, doddy ngan rizzy plan nak pegi umah dia kt pontian…
malam balik rumah dlm kul 7 ptg…
lpas tu tertido sampai ke pagi….zzzz

Friday, November 19, 2004

Penghulu Segala Hari

suasana di pejabat masih sunyi,
hanya aku, doddy ngan en mus je yg ade….
Lepas keje trus belah, malas nak stayback lagi.


Mlm plak agak bosan di rumah,
Entah kenapa tetiba aku teringat pada kak amirA.
Erm, best jugak kalo ajak kak amirA tido rumah,…malam jumaat la katakan,


Dlm kul 10 dia dtg, lepak jap tgk tv,
Pas tu aku ajak dia minum kt mamak stall…

Masa minum tu dia banyak borak,
Walaupun baru kenai ngan dia,
Tp dia nampak ok….
Er, tiba bab kisah idup dia,…aku jadi sedih plak….dia anak yatim, banyak merantau…kampungnya di Gemas di tinggalkan demi kekecewaan yang dilemparkan oleh keluarga angkat dia…dan macam2 lagi kisah suka duka dia…
Terasa diri aku menjadi hos rancangan Bersama Anita gitu…

Lama2 bosan lepak kt situ,
Aku decide nak balik…

Kak amirA nampak penat, aku suruh dia tido dulu…
Lepas tu aku plak yg rasa ngantuk,…

Erm,
Sejuk plak malam ni….nasib baik dia ada, bole jadi bantal peluk aku….hehehhe…aku tak sedar kami tertido………

Wednesday, November 17, 2004

The Legendary Eid Fitr - Part 1

1 Syawal 1425 H

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia untuk menjamah Syawal pada tahun ini.
Sudah 24 tahun aku bernafas di atas mukabumiNya dan sepanjang tempoh masa itu, segala perit jerih kehidupan telah berjaya aku tempuh.....akan aku jadikan bekalan buat hari2 mendatang.

Raya tahun ni memberi kenangan manis pada aku dan seluruh keluarga.
kesemua adik beradik dan abang ipar balik beraya di kampung.

Pagi raya aku dah bangun seawal pagi. Bersiap berkemas. Tak sabar rasanya nak menggayakan baju kurung Johor yang aku beli di JB masa nak balik kelmarin. aku rasa aku lah yang paling vouge sekali hari tu. di tambah lagi brooch yang aku sematkan di kancing leher. menambahkan lagi cahaya kilaun di pagi lebaran. ahaks.....kelasss! mak aku plak tak kurang hebat menggayakan jubah ala2 waheeda yg aku beli sekali kt JB.... sekali sekala org tua tu melaram nampak vouge jugak!

Seperti biasa, bila adik beradik dan siap nak ke masjid. masing2 bersalam salaman dan bermaafan. time tu jugakla duit raya nak diberi pada anak2 buah aku dan jugak adik bongsu. tiap tahun macam tu. biasalah, aku pun dulu pernah jugak melalui saat macam tu . pada mak abah pon aku mintak maap. so far setakat ni aku belum pernah lagi la menyakiti hati dan perasaan mak abah dan adik beradik yg lain....dan dapat aku rrasakan seolah2 akulah anak paling baik dan paling mithali dlm family...........tp aku akui bahawa aku tak dapat lari dari kehidupan sebagai plu....dan aku faham itulah satu satunya kekurangan yg paling aku rasai dlm diri aku.......entah erk,..... adakah ianya benar2 satu kesilapan?? adakah perlu aku memohon maaf pada mak dan abah atas satu satunya kesalahan tersebut pada mereka?? errgghh.....males laa aku mengkomplikatedkan idup yg dah complicated ni.....make it simple cukuplah!

selepas selesai menunaikan sembahyang raya, semua family aku bersiap nak ke rumah sedara mara sebelah mak kt temerloh. kitorg gerak 3 biijk kereta. semua family pergi.

sekali sekala menziarah rumah sedara mara yang ade sesetengah darinya belum pernah aku jumpa sebelumnya.
agak menarik jugak sbb dpt mencuci mata kot2 ada sedara kita tu yg berkenan...hehehe...............

aku dan family balik ke rumah lewat petang setelah seharian berjalan.................dan aku plak seawal jam 9 dah berdengkur dalam bilik...tak larat laaaaaaaa.....tengah malam plak, aku terjaga coz bunyi sms dr abg din di JB.........dia mengadu sedih sbb keseorangan di sana. apa taknya, dalam tempoh 3 bulan dia kehilangan mak ayah dia yang telah pergi mengadap Ilahi.


"Sabar je la bang, nak buat mcm mana...... setiap yg idup pasti akan pergi .....selamat hari raya, maaf zahir batin" - begitulah lebih kurang ayat sms aku bg utk meredakan kesedihan abg din..

Tak lama lepas tu, aku terima sms dr si jimmy plak....memohon maaf atas segala kesalahannya............erm. aku dah lama maafkan dia sebenarnya. biarlah kekecewaan aku padanya menjadi pengajaran pada aku......aku dah tak peduli..........

mata pun dah berat........tido lah!

Begitulah hari pertama syawal aku tahun ni......memang meriah dan penuh glamor....setanding dgn ke glamouran Pak Dollah yang di dalam sms yg berbunyi "Pak dolah memakan lepat, sory takde kad raya tahun ni, cuma sms jer dapat" - betapa popularnya pak dollah tahun ni...aku rasa dekat 20 sms yg aku terima dari member2 yg kesemuanya mengandungi ayat dan perkataan yang sama dan menyebut perihal pak dollah memakan lepat......bertuahnnya pak dollah tahun ni kan.!!!??? adakah tahun depan pak dollah akan terus mengekalkan popularitinya? ? ? kita tunggu tahun depan iyer???.........

Raya - Part 2

2 Syawal 1425 H

Hari raya kedua.
mak dan abah dan family bersiap nak menziarah pusara arwah tok dan wan serta sedara yg telah pergi dahulu mengadapNya.

selepas selesai bertahlil kami menziarah rumah sedaara mara yg terdekat plak......

erm, banyak citer yg bole dikongsi tatkala bersama sedara tu....

time tu jugakla banyak benda2 unexpected terjadi...
cam adik ipar sepupu aku yg rupanya2 sama2 menuntut dulu......nyesal tak kenal awal2 sbb dah la kando giler, str8 , body sekok, main ragbi, peramah dan paling penting dia duduk satu kolej ngan aku dulu....dan dia pun kenai ramai membe2 x classmate aku.........ekekeke.....sekrang ni dia dah keje kt kl......., sampai malam aku teringat susunan gigi dia yg bersih dan tersusun serta senyuman yg sweeeettt tu......sudehhhhhh!!!!

lepas pusing keliling satu kampung,
aku call zahrul ngan arip kt temerloh......jugak iwan di mentakab,.....ade plan besar ptg tu....nak pergi menziarah rumah diaorang.......
aku tolak ke rumah iwan dulu, pick up dia...pas tu g umah amir pick up dia plak.....
sepupu amir plak si zuki pun nak ikut jugak......mak on jer...janji semua plu.....walaupun si zuki tu memula aku nampak str8 je...tp kestr8tannya hanya mampu bertahan hanya beberapa minit sahaja kerana tak lama selepas itu, dia mula bertukar watak kepada keropsss.....koser kan, tp mak taste jugak kt dia.......muahahaha!

baru je nak amik arip...tetiba plak membe iwan call suruh dtg umah dia plak,
kitorg pun pegi jekla........
dan bertambah lagi 2 org...aku tak bape ingat nama diorg sbb diorg tu more to adeq adeq.....so aku pon ignore jek laa....

masa nak pergi ke umah arip, si pesot kt temerloh jaya call suruh dtg umah dia......erm, terpaksalah pegi jugak........
sampai kt umah pesot, si edy ngan ex bf dia zie ade kt situ........koser btul........utk pengetahuan u all, aku slalu la ons ngan si edy tu suatu masa dulu, dan penah sekali 3 some ngan si zie tu.......tp masa zaman-zaman sebelum renaissance dulu la...sekrang tidak lagi......
borak punye borak dah dekat 1/2 jam...
arip plak call bising2 sbb dia lama tunggu kt umah....abis make up dia cair katanya.......koser si pondan ni.......aku ckp kt dia suruh pakai balik maskara tu, kejap lagi kitorg sampai........
lepas tu kitorg gerak dr rumah pesot meninggalkan dia, edy ngan zie......
amir cakap kt aku dengar2 cite diorg bertiga tu pernah bermadu...tp skrang ni dah jadi membe biasa je......dan aku plak dok perhati si zie....makin cantik dia...ahaks....ala2 model maybelline gituuuuuuu!!! haruslah, bekas moneyboy yg dah kembali ke jalan yg suci!

sampai umah arip aku pick up dia.....dekat kul 7 kot sampai sana...kitorg tak singgah sbb plan nak g umah zahrul dulu.................
dalam kete diorg tak henti nak bercakap...........biasalah mulut2 pondan.....

sampai umah zahrul ari dah maghrib,
borak2 jap.........sambil cuci mata kat adik ipar dia......bolle laa..............ahaks....

zahrul tunjuk gamba tunang dia....kelesss kan.....aku ingatkan tadi gambar pertunangan dia ....siap bertudung lagi..muahahaah.........tp dalam pada dah bertunang tu, mulut si zahrul tetap tak lekang dr membicarakan perihal si aizat (sory ye aizat yg interprame nama u dlm weblog i ni...)
dia ckp dia ttp nak kan si aizat dan aizat la wanita yg menjadi idaman dia sebenarnya.......koser nye pondan ni!!!! aku males nak layan angan2 dia.....

lpas tu kitorg siap nak g umah arip plak...........on the way tu kitorg plan nak lepak kt kuantan or kl malam tu............mak on jer.......at the end kitorg decide nak g kl je....

sampai umah arip, latip membe zahrul plak call...dia nak join sekali................erm, kitorg on jerrrrrrrrrrr!!!!!!!!!!!

so aku, iwan, amir, zuki, arip, zahrul ngan latip bersama 3 biji kereta bergerak ke rumah aku plak, sebagai check point terakhir..............

dan kitorg gerak ke kl tepat jam 12 mlm...........

Raya - Part 3

3 Syawal 1425 H

sampai kt kl dlm kul 1 pagi, arip bising sbb dia lapar...........
kitorg pun singgahler kg baru jap.........

lepas makan kitorg gerak g tasik yg dari tadi asyik memanggil2 nama kami....................
keadaan kat tasik terang benderang sbb banyak lampu2 yang baru di pacak...yg pasti tiang2 lampu tu lebih kukuh dan kuat bg mengelakkan plu2 yg lepak kt situ meruntuhkannya...........ahaksz...so kalo ade sesapa nak ciuomm molot situ agak susah sedikit kerana pasti ramai mata yg melihat............

kami ingat di hati ingin menyunting kumbang di sana, namun hati kami kecewa sebb tak ramai kumbang yg ada, maklumlah hari raya..............banyak kumbang yg balik ke sarang....kalo yg ade pon kumbang2 dari india dan china...........sory sebab tak taste!!

dalam dok bersembang kt situ, tetiba aku ternampak kelibat seseorang yg aku cukup kenali......dgn lenggang lenggoknye tu aku kenal sgt sapa orgnya......
dia tak lain tak bukan adalah our nenekzzzz!!!

koser btul aku......tetap nak cik cur malam raya kt tasik........
baik layan cucu kt rumah .......................

tp bila pikir balik kalau takde NENEK takkan ade BONDA dan kalo takde BONDA takkan ade "KITA"!!
dan lagi satu syurga itu terletak di bawah tapak kaki bonda, nenek pun adalah bonda kepada BONDA kiter....so syurga BONDA adalah terletak di bawah telapak kaki NENEK.........betul ke ayat aku ni??? aku plak yg pening...........tp yg penting walaupun lelaki yg aku jumpa tu adalah "NENEK", dia tetap nenek jugak.........dan dia tetap merupakan satu satunya nenek yang "kita" ade yg hobinya suka menyanyi.....................dan malam itu jugaklah seluruh tasik permaisuri digegarkan dengan dendangan nenek menyanyikan lagu ziana zain yg aku sendiri tak tau apa tajuknya...........bukan kami minta untuk dia menyanyi tapi NENEK sendiri yang sukarela utk membuat show free mlm tu!............sesueeeeeiii sungguh!!!!
buat membe2 aku yg lain yang pertama kali melihat aksi si NENEK malam itu, semuanya kagum dan bangga kerana NENEK aku, nenek mereka juaaa.......dan mereka bertuah kerana mempunyai nenek seperti "NENEK!!!!" dlm pada keriangan tu sempat jugak NENEK berbisik kt telinga aku, dia ckp dia suka si latip tu........ahaks........ade hatiiiii!!!

dlm kul 5 pagi, kitorg dah boring lepak situ.............
amir ajak lepak umah membe dia kt setapak..............bak kata ibarat "bila gersang disorongkan cik tang", kitorg pun follow jerk...........balik lepak gile bercampur penat dan terus masing2 tertido..............

jam 7 pagi bangun, lepak kedai mamak............si iwan, amir ngan zuki nak g shah alam jap........yg lelain plak plan nak balik terus ke pahang.........

sampai umah aku ngantuk gile, masuk bilik trusss tidoooo....zzzzzzzzzzz


tengahari plak terbangun,
kak de ajak makan tengahri kt umah dia........masak nasi ayam katanya.........

kitorg pun satu family bersiap ke umah dia yg tak jauh letaknya dr umah aku..........
abah bacakan doa selamat...............lepas tu ngap apa yg ade......................dalam pada tu adik pompuan aku pulak bg tau yg dia kenai si latip.........alamak, tak sangka plak aku......harap2 latip tak over acting masa kt sekolah dulu....kalo tak pecah lubang aku ngan adik beradik!

petang tu abg din anto sms kt aku lagi.............
"BILA NAK BALIK JB? TAK RINDU KT ORG SINI KER? ABG RINDU SGT KT AWAK. NANTI BALIK TELEPON ABG IYE?"
aduisshhh!!!! ttp menggunakan ayat merayu..............ek eleeelelelee......hati aku bukannya rumah kebajikan masyarakat!
aku sebenarnya tak suka nak layan hard feeling ni............
bukan sekali aku dpt sms mcm tu dr dia.
dan bukan sekali jugak aku dah explain kt dia........
aku dah bg tau aku anggap dia macm abg kandung sendiri.....dan dia pun bole terima......dan banyak kali ckp dia faham maksud aku.......
tapi dalam pada tu dia ttp mengharapkan hati aku berubah utk menerima dia.....................dan terus terang aku katakan bahawa cukuplah pengajaran dari kisah jimmy....dan aku tak nak melakukannya utk kali kedua...........
sometimes aku naik bengang sbb kekerapan dia menelefon ngan menganto sms kt aku...........
nak dilayan nanti makin menjadi,
tak nak dilayan nanti kecik hati.............
koser laa...........
maless nak pikir!

lepas tu aku mula berkemas nak balik ke Johor.....kul 4 aku bertolak ke JB, jalan jammed...........sampai Pasir Gudang dlm kul 10......
my hosemate tak tido lagi...................layan dia kejap....mata dah ngantuk.......tidoooooooooo.........zzzzzzzzz

Raya - Part 4

4 Syawal 1425 H

alamak!

kena keje daa????

malessss nyerrrrrrrrrrrrrrrr........................

apa?
dah kul 11?

erm......ok la.....cukup la setakat hari ni weblog aku yg sempat aku taip, nak sambung keje balik.................

tetiba abg din call, malas nak angkat..........tp kesian plak..........dia tanya aku kt mana...terpaksalah aku menjawab dah sampai ade kt JB.......erm......mlm ni mesti dia ajak dtg umah dia............................pegi jek la kottt????



Epilog:

"Sesungguhnya hari raya tahun ni merupakan salah satu peristiwa yg menarik sepanjang hidup aku......................
segala pengorbanan aku suatu masa dahulu sudah menampakkan hasilnya.......kebahagian yg aku nikmati sekarang ni adalah hasil kisah suka duka yg aku lalui suatu masa dahulu..........dan aku pasti akan melangkah setangga demi setangga sehinggalah sampai ke anak tangga yang terakhir.......
terpulang pada Tuhan untuk menentukan kesudahan episod kisah hidup aku..........aku tetap akan mengikut segala jalan ceritaNya dan skripNya kerana dialah Pengarah Maha Baik di alam ini.......terima kasih kepada semua pelakon yang menjayakan kisah hidup ini. Segala jalan cerita, watak2, lokasi dan nama di dalam filem ini menggunakan nama sebenar dan memang ada kena mengena dengan insan yang masih hidup atau sudah meninggal dunia. Tamat........"