...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Tuesday, November 30, 2004

monolog sepi





Monolog ini untuk engkau yang hilang dalam memoriku. Yang tidak mungkin
akan
hadir kecuali pada bait-bait puisi sayu. Puisi yang tiada daya kecuali
menghambat rasa sesalku. Atau adakah engkau telah tahu, bahawa aku akan
terhukum sebegini di saat aku meninggalkan engkau dahulu?

Perjalanan hidup kini jadi sedu. Ilham pudar dan tiada rasa. Derita
bermaharaja lela. Aku mahukan kebahagiaan tetapi dimanakah kebahagiaan? Oh!
Kesepian. Ke manakah rindu yang sekian lama engkau laung laungkan? Di
manakah simpati yang telah engkau semadikan sejak lama dahulu?

Aku sendiri jadi sangsi dengan diriku. Aku jadi sangsi pada keterlanjuran
cinta yang tidak bertepi. Aku mahukan satu perjuangan ikhlas yang tidak
akan
pudar ditelan masa. Tetapi mampukah aku?

Kelam malam yang sepi bagaikan bercengkerama dalam irama syahdu, melagukan
keindahan dan melagukan suara sayu.

Mana engkau yang hilang dulu?
Yang selalu menggores senyum tatkala kita beradu,
Yang tiap hari sabar menunggu ku pulang dengan restu,
Yang tidak pernah lupa membuang ketakutanku pada perjalananan waktu,

Mana engkau yang dulu?
Mana senyum engkau yang dulu?

Atau adakah aku yang telah terlupa,
Bahawa engkau telah lama tiada,
Bahawa engkau tidak mampu lagi tertawa,
Bahawa kehidupanmu bukan lagi di dalam fana,

Di tepi malam,
Aku bungkam,
Rindu kepada engkau semakin kelam,
Hilang perlahan dalam pudar semalam...

3 Comments:

At Tue Nov 30, 09:35:00 PM 2004, Blogger Unknown said...

Hi Hazri...I ni baru bertandang kat blog you (sebab u advertise kat taufix's). Jiwangnya..but good. Letaklah tag-board..bolehlah kami yg datang ebrtandang buat komen on the spot. -LeeUK-

 
At Wed Dec 01, 09:58:00 AM 2004, Anonymous Anonymous said...

Wahh.. blog baru..

The ceria one the color..
Aku tahu ko ni memang jiwang always..
Cuma dulu tak dizahirkan je ekkk..

-taufix-

 
At Wed Dec 01, 05:42:00 PM 2004, Blogger ? said...

thanks topek and lee.. i 'll try to learn more about how to make this weblog nice and easy use..

 

Post a Comment

<< Home