...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Wednesday, October 12, 2005

Shruuuurrrrr

Diam tak diam dah seminggu erk berpuasa. Pejam celik je lagi 3 minggu nak
beraya. Kebetulan hujung minggu yg lepas aku ada sedikit kelapangan lalu
mengajak Ad berbuka bersama di luar.

Memula kitorg ingat nak berbuka berdua jer tapi Ad beria nak bawak Aiman
sekali. Dalam hati aku agak keberatan sbb takut budak tu menangis karang,
tapi bila Ad yg beria yg ajak, maka aku ikutkan ajer kata dia.

Kitorang membeli makanan dan juadah berbuka di Bandar Baru Uda, salah satu
tempat yg bole dikatakan hot jugak la kalo nak dapatkan makanan kt situ.
Disbbkan keadaan trafik dan masa yang tak mencukupi, kami agak rushing masa
tu. Main beli je apa yg terpikir nak di makan.

Masa berbuka dah semakin dekat. Aiman plak meronta-ronta hendakkan makanan
yang kami bungkuskan tadi. Bila sampai jer kt tepian Pantai Lido, aku pun
menyuruh Ad berhenti dan mencadangkan kami utk berbuka di situ sahaja.
Nasib baik kat situ tak de ramai sangat org. Maka aku pun lekas menyediakan
mengeluarkan juadah dan mula menyusun di atas bangku.

Ad mengeluarkan baby vehicle dari bonet kereta dan meletakkan Aiman ke
dalamnya. Tak larat la aku nak mendokong budak yg tengah membesar tu.
Lagipun dia sendiri pun rimas bila asyik kena dukung jer.

Azan Maghrib mula berkumandang menandakan masuknya waktu utk berbuka.
Sambil menghirup bayu laut, kami sama2 menikmati juadah yg ala kadar di
situ. Terasa bahagia yg teramat sangat bila teringatkan suasana masa tu.
Aiman plak tak henti menguyah mee hon, puding cocktail dan segala macam
makanan yg disuapkan ke mulutnya. Kekadang dia ketawa bila diagah-agah oleh
aku. Terserlah 2 batang giginya yg baru tumbuh di bahagian gusi bawah.
Comel sangat dia.

Setelah kekenyangan, aku berjalan sebentar dengan Aiman disekitar kawasan
itu. Sekali sekala beberapa pasangan couple dan keluarga yg turut sama
berbuka puasa di situ turut menoleh ke arah kami. Kekadang terpikir jugak
dalam hati aku, apa yg sedang diorgkan fikirkan tatkala melihat aku dan Ad
berbuka puasa bersama di tempat sebegitu dalam suasana yg cukup mesra
berserta dengan kehadiran sesorang baby. Something je kan??

Selepas siap mengemas barang2. Ad mengajak ke Plaza Angsana plak, nak
tengok2 barang katanya. Aku pun tak kisah sbb masa tu aku pun mmg takde
hal. Masa kt Angsana, aku la yg jadi 'husband' menolak Aiman dalam kerusi
roda dia, sementara Ad sibuk sangat nak membelek barang. Time kitorg lalu
kt satu bazar tu, ada la sorang budak pompuan dlm lingkungan umur 4 tahun
kot berkejar ke arah kami sambil menjerit nama 'baby, baby..' dan cuba
mendapatkan Aiman. Aiman plak buat muka poyo sambil memandang budak tu.
Nasib baik la dia tak menangis. Parents budak pompuan tadi tersenyum ke
arah kami dan mengatakan anaknya tu memang sukakan baby. Lama gak kitorg
biarkan budak tu bermain ngan Aiman.

Itulah pengalaman manis aku dlm bulan Ramadhan tahun ni....tak sama dan
betul2 berbeza dengan tahun-tahun yang lalu. Aku sebenarnya bertuah kerana
mendapat 'kawan' seperti Ad. Walaupun pernah satu masa dahulu (malah
sekarang pon) kami selalu bergaduh tp tak lama....aku pun rasa semacam bila
sehari tak bertegur sapa dengan dia.

Family dia pun skrang dah makin rapat dengan aku. Kalo dulu aku tak pernah
masuk ke rumah diorg dan melepak kt situ, tapi sekarang aku dah biasa. Tak
berapa segan sangat. Lagipun family dia peramah dan tak berapa kisah dengan
org luar mcm aku.

*Semalam aku berbuka puasa kat M-Suite, makan buffet mcm nak pecah perut.
Berbuka bersama dengan offismate dan ditaja oleh salah seorang kerabat di
raja Johor. Tak sedar yg makan sekali kt situ Hani Mohsin ngan Mahathir
Lokman. Very the cando si Hani Mohsin ittiew dan si Mahathir Lokman plak
tak kurang hebat gaya 'keplu'annya...hehehe

*****************************
Saat semua asamu
hilang dan tak tersisa
usah kau berkecil hati
ku ada di sini

saat engkau sadari
tiada arti hidup ini
usah kau ragukan lagi
ku ada di sini

tak akan ada
satu pun yang bisa
memisahkan kita
sebutkan namaku di hatimu

tak perlu seribu bintang
yang bertaburan di langit sana
tuk temani malam-malammu
ku ada di sini

tak perlu seribu sahabat
dengan senyum sapa dan hangat cinta
cukup satu alasan indah
ku ada di sini

saat semua lelahmu
tak terbuangkan lagi
usah kau simpan sendiri
ku ada di sini

saat semua cintamu
pergi dan tak kembali
usah kau tangisi lagi
ku ada di sini

2 Comments:

At Wed Oct 12, 02:21:00 PM 2005, Blogger Unknown said...

Aaahh happy family..mak suka u ols! Syabas!

Hani Mohsin??? Mak selalu minat kat dia tu...hmmm very hensem!

 
At Thu Oct 13, 07:39:00 AM 2005, Blogger ? said...

nasib baik parents budak pompuan tu tak tanya we ol's - Anak u all ke ni?.. ahaks

 

Post a Comment

<< Home