...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Monday, November 29, 2004

sindrom 'blues monday'

alamak, ngantuknye pagi ni.
nyesal plak aku tengok movie malam tadi...kul 2 baru tido..itupun masa nak
tido tu mata aku terkebil kebil dok memandang ke siling.
dalam kesamaran lampu jalan di luar tu, fikiran aku menerawang,....aku
sendiri pun kurang pasti apa sebenarnya yang mengundang pikiran aku pada
masa tu, dan aku sendiri kurang pasti kenapa dalam 2 tiga hari ni aku susah
nak melelapkan mata di malam hari. tapi lama kelamaan aku paksa jugak mata
ni utk lelap, dan akhirnya Zzz....

hari isnin memang hari yang membosankan. hari pertama bagi setiap minggu.
seringkali orang kata sindrom 'blues monday'. maklumlah, mood bekerja dah
ilang selepas bercuti sabtu dan ahad, maka hari isnin yang menjadi mangsa
sikap malas dan bosan kita terhadap kerja.

namun pada aku, aku tak sekali kali tunduk pada sindrom yg mengancam setiap
umat pekerja di dunia ni khasnya..ala2 virus selsema burung gitooo..takkan
aku korbankan isnin semata2 kerana menurutkan rasa hati..... hari isnin
merupakan hari untuk kita menguatkan semangat kita untuk meningkatkan tahap
produktiviti terhadap tugas2 di pejabat. aku cuba biasakan diri untuk
memberi sepenuh komitmen terhadap kerja.. dan aku suka mengadakan
perbicangan dengan en mus, selaku bos department aku. mana2 yg aku kurang
paham aku akan terangkan padanya. lagipun aku masih baru dalam bidang oil
and gas ni, maknanya banyak benda yang aku kena cover balik. dan dengan
adanya perbincangan terbuka sebegitu memudahkan kerja aku sepanjang minggu.
tak lengkap rasanya bulan tanpa adanya hari isnin. dan tak cukup rasanya
minggu itu tanpa adanya isnin.

bercakap mengenai social life, terus terang aku katakan aku kurang
bersosial dgn masyarakat setempat di sini.
siang malam masa aku banyak dihabiskan di pejabat. masa makan pun aku akan
keluar bersama doddy & delfi. maklumlah rumah aku tak berapa jauh dr rumah
diorg. at least aku makan berteman..lebih meriah lagi kalo kengkawan
indonesia yg lain makan sekali, aku lah yang menjadi sumber rujukan mereka
utk lebih memahami latar belakang hidup penduduk di malaysia khasnya di
johor dan kuala lumpur (maklumlah aku ada experience tinggal di kedua dua
tempat tersebut)....
dan aku bangga menceritakan ttg kehebatan malaysia - sebuah negara
membangun yg semakin cergas menuju status negara maju. dan kekadang aku
bertambah bangga bila mereka kadangkala memuji kehebatan malaysia yang
tidak setanding dgn negara mereka.

itulah perkara yg aku buat sehari hari di sini....nothing, 100% hidup aku
utk keja, keja dan keje.....

tapi apa pun yg aku buat kt sini, aku akui bahawa aku sering merindui hilai
tawa aizat, topek mahupun johan....pada aku, tidak ada individu lain dalam
idup aku yg mempunyai pemikiran sehebat topek, aizat mahupun johan...(tidak
ada maksud di sebalik pujian tu)...dan kenangan aku bersama dengan mereka
suatu masa dulu tetap menjadi pengalaman manis buat aku,........

jam dah menunjukkan 5.30 nampaknya,
sepatutnya aku dah balik rumah ni, tapi terpaksa stayback sbb ade keje yg
nak dibereskan.
aku tak tau sampai bila kehidupan aku cam ni,
btul kata topek, aku tak realize langsung yg aku akan merantau jauh
sebegini jauh, jauh dari keluarga, jauh dari kengkawan,.....jauh dari
segala galanya........

erm,
nampak gayanya aku dah nak mula melalut tak tentu pasai ni,
baik aku stop cepat sebelum tangan2 gatal cuba nak bermain2 dgn keyboard.

semoga hari ini lebih baik dari semalam, dan hari esok diharapkan lebih
baik dari hari ini........

sayonara!!!!


0 Comments:

Post a Comment

<< Home