...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Wednesday, November 17, 2004

The Legendary Eid Fitr - Part 1

1 Syawal 1425 H

Alhamdullillah, syukur ke hadrat Ilahi kerana dipanjangkan usia untuk menjamah Syawal pada tahun ini.
Sudah 24 tahun aku bernafas di atas mukabumiNya dan sepanjang tempoh masa itu, segala perit jerih kehidupan telah berjaya aku tempuh.....akan aku jadikan bekalan buat hari2 mendatang.

Raya tahun ni memberi kenangan manis pada aku dan seluruh keluarga.
kesemua adik beradik dan abang ipar balik beraya di kampung.

Pagi raya aku dah bangun seawal pagi. Bersiap berkemas. Tak sabar rasanya nak menggayakan baju kurung Johor yang aku beli di JB masa nak balik kelmarin. aku rasa aku lah yang paling vouge sekali hari tu. di tambah lagi brooch yang aku sematkan di kancing leher. menambahkan lagi cahaya kilaun di pagi lebaran. ahaks.....kelasss! mak aku plak tak kurang hebat menggayakan jubah ala2 waheeda yg aku beli sekali kt JB.... sekali sekala org tua tu melaram nampak vouge jugak!

Seperti biasa, bila adik beradik dan siap nak ke masjid. masing2 bersalam salaman dan bermaafan. time tu jugakla duit raya nak diberi pada anak2 buah aku dan jugak adik bongsu. tiap tahun macam tu. biasalah, aku pun dulu pernah jugak melalui saat macam tu . pada mak abah pon aku mintak maap. so far setakat ni aku belum pernah lagi la menyakiti hati dan perasaan mak abah dan adik beradik yg lain....dan dapat aku rrasakan seolah2 akulah anak paling baik dan paling mithali dlm family...........tp aku akui bahawa aku tak dapat lari dari kehidupan sebagai plu....dan aku faham itulah satu satunya kekurangan yg paling aku rasai dlm diri aku.......entah erk,..... adakah ianya benar2 satu kesilapan?? adakah perlu aku memohon maaf pada mak dan abah atas satu satunya kesalahan tersebut pada mereka?? errgghh.....males laa aku mengkomplikatedkan idup yg dah complicated ni.....make it simple cukuplah!

selepas selesai menunaikan sembahyang raya, semua family aku bersiap nak ke rumah sedara mara sebelah mak kt temerloh. kitorg gerak 3 biijk kereta. semua family pergi.

sekali sekala menziarah rumah sedara mara yang ade sesetengah darinya belum pernah aku jumpa sebelumnya.
agak menarik jugak sbb dpt mencuci mata kot2 ada sedara kita tu yg berkenan...hehehe...............

aku dan family balik ke rumah lewat petang setelah seharian berjalan.................dan aku plak seawal jam 9 dah berdengkur dalam bilik...tak larat laaaaaaaa.....tengah malam plak, aku terjaga coz bunyi sms dr abg din di JB.........dia mengadu sedih sbb keseorangan di sana. apa taknya, dalam tempoh 3 bulan dia kehilangan mak ayah dia yang telah pergi mengadap Ilahi.


"Sabar je la bang, nak buat mcm mana...... setiap yg idup pasti akan pergi .....selamat hari raya, maaf zahir batin" - begitulah lebih kurang ayat sms aku bg utk meredakan kesedihan abg din..

Tak lama lepas tu, aku terima sms dr si jimmy plak....memohon maaf atas segala kesalahannya............erm. aku dah lama maafkan dia sebenarnya. biarlah kekecewaan aku padanya menjadi pengajaran pada aku......aku dah tak peduli..........

mata pun dah berat........tido lah!

Begitulah hari pertama syawal aku tahun ni......memang meriah dan penuh glamor....setanding dgn ke glamouran Pak Dollah yang di dalam sms yg berbunyi "Pak dolah memakan lepat, sory takde kad raya tahun ni, cuma sms jer dapat" - betapa popularnya pak dollah tahun ni...aku rasa dekat 20 sms yg aku terima dari member2 yg kesemuanya mengandungi ayat dan perkataan yang sama dan menyebut perihal pak dollah memakan lepat......bertuahnnya pak dollah tahun ni kan.!!!??? adakah tahun depan pak dollah akan terus mengekalkan popularitinya? ? ? kita tunggu tahun depan iyer???.........

0 Comments:

Post a Comment

<< Home