...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Tuesday, September 06, 2005

First Time Disaster


Sedang kami sibuk menjalankan kerja-kerja harian seperti biasa, kedengaran satu letupan yang agak kuat di yard. Kesemua staff bergegas ke luar tingkap dan cuba melihat apakah yang sedang berlaku di sana.

Mata kami terpaku pada sebuah module pelantar minyak yang sedang dipindahkan berada dalam keadaan condong betul2 di hadapan kami. Kebanyakan kami terdiam seketika. Terkejut dengan kejadian yang berada betul2 di hadapan mata kami.

Module tersebut sebenarnya sedang dipindahkan dari yard ke atas kapal menggunakan boogie ataupun trailer yang diletakkan di bawahnya. Beratnya dianggarkan 2000 ton menyerupai banngunan setinggi 10 tingkat. Module tersebut disiapkan oleh company aku untuk Exxonmobile. Dan hari ni merupakan hari terakhir utk module tersebut dipindahkan ke barge dan dihantar ke Laut China Selatan.

Dan entah bagaimana, kemalangan berpunca daripada salah satu tayar boogie tiba-tiba meletup dan mengakibatkan salah satu load-support beam yang menyokong module tersebut telah patah. Kemalangan tersebut benar2 menggemparkan dan aku sendiri belum pernah melalui saat-saat sebegitu.

Kami diarahkan berkumpul di surau office. Kemudian mengadakan solat hajat dan doa selamat. Sesudah itu, kami diberikan kebenaran untuk pulang ke rumah kerana situasi di yard begitu tegang.

Orang-orang besar dari Exxonmobile sendiri serta client kami yang lain yang mempunyai project di sini mula berkumpul termasuklah dari Petronas, Total dan sebagainya. Para engineer terutamanya mat-mat salleh yg kando lagi hensem mula berkerut kepala memikirkan jalan terbaik utk menyelesaikan masalah tersebut.

Dalam keseriousan tersebut, ada gak mulot2 celupar mengatakan sudah wujud 'Menara Pisa' yang kedua di dunia ni..hehehe...erm....ntahla...suasana di yard mmg kelam kabut dan aku sendiri hanya sempat mengupdate kan weblog ni buat seketika.....

Pengumaman diberikan sekali lagi agar kami meninggalkan pejabat dengan segera. Module tersebut telah condong sebanyak 1 degree per hour..my God!! dan kedengaran mulut2 menyatakan bahawa pihak pengurusan akan membiarkan module tersebut tumbang kerana tidak ada solution lain yg boleh menyelamatkannya lagi.

Dan sekiranya perkara demikian berlaku, maka impact yg terjadi adalah teruk sekali. Sekiranya tumbang, serpihan2 peralatan, equipment dan structure pada module tersebut akan melayang di sekitar yard. Kerugian plak dianggarkan berpuluh juta ringgit dan situasi company aku begitu goyah sekrang kerana pelbagai perkara boleh berlaku yang memberi kesan kepada company sendiri.

Aku nak pulang ke rumah....aku rasa seolah2 kiamat betul2 di depan mata...apalah agaknya akan berlaku jikalau module tersebut terus tumbang...beratus2 nyawa pekerja di yard akan melayang....termasuk aku sendiri.

Ya Allah.....pada Engkau aku berserah. Kernaa Engkau Yang Maha Berkuasa

1 Comments:

At Thu Sep 08, 10:48:00 AM 2005, Anonymous Anonymous said...

Thank god u masih hidup!.

Gini,

Kalau tak ada aral mungkin 14hb aku akan mencemar duli ke sana. Bleh la aku jumpa ipar aku si Ad yang selama ini hanya kenal melalui skrin komputer sahaja. Kalau nak stay rumah ko bleh ke?..

BTW kalau tak ada aral juga, mungkin I'll introduce U someone yang aizat dan johan sendiri pun belum jumpa. Ipar baru!...hehe

Apapun I'll keep in touch to your mobile phone..

 

Post a Comment

<< Home