...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Sunday, July 31, 2005

I'm Back



Rindu rasanya jari jemari ni untuk menekan kekunci keyboard dan menitipkan sepatah dua ayat di dalam weblog. Mana taknya, beberapa hari kebelakangan ni kesibukan kerja2 pejabat membuatkan kehidupan ku agak terbatas. Jam 8 malam baru pulang ke rumah-itupun jika tidak ada temujanji dgn Adriey atau kengkawan yang lain. Tapi kebiasaannya aku akan melepak dengan mereka2 itu di kedai2 makan.

Ada pelbagai cerita suka duka yang datang dalam kehidupan aku beberapa minggu kebelakangan ni. Bermula dengan hubungan aku dengan Adriey, keaktifan semula diriku di The Maze, penemuan seorang lagi PLU di office, perceraian Kak Wan dengan BFnya, Abg Din dengan boifren barunya serta macam2 lagi la...dan yang paling penting, aku dah pecah lubang dengan Dila(opismate from HR Department).

Memula aku nak sentuh hubungan aku dgn Adriey. Erm, susah aku nak explain. Sebab sekrang ni dia baru lpas merajuk dengan aku. Semuanya berpunca dari kisah semalam.

Adriey: "Awak, jam 8 awak dtg rumah saya ok? Saya masakkan Tomyam utk awak,"
Aku: "Eh, iyeker? Tp saya kt ofis lagi ni. Jam 9 baru bole keluar kot,"
Adriey:"takpe,kalo bole jangan lambat sangat ok"
Aku:"Orait babeh, nanti saya nak gerak saya call awak ok?"

Dalam jam 8.30 keretaku menyelusuri lebuhraya. Membelah kepekatan malam. Sesekali trailer2 besar dipandu laju berselisih dengan keretaku yg kecil tu. Terasa gegarannya. Oh bila agaknya kereta ni nak membesar. Hehehe....

Sesampai di perkarangan rumah Adriey, dia menyapa aku dan menghulurkan bungkusan Tomyam yg diletak di dalam tupperware.

Adriey:"Awak, sy teringin nak makan aiskrim, kite g Jusco kejap nak?,"
Aku:"Ok je, jomm,"

Sambil berborak2 tu aku menanyakan dia,
Aku:"Awak, sebenarnya saya segan nak ckp,"
Adriey:"Apa dia?"
Aku:"Erm....besok awak tido ngan saya nak?" sambil tersipu2 malu
Adriey:"..iskh, ngarut la, awak kan tau saya busy minggu ni. Kem motivasi kat sekolah tu lagi nak kena handle. Lagipun minggu dpan kan saya ikut awak balik kampung."
Aku:"ermm...ok"

OK je la yg mampu aku keluarkan dari dalam kerongkongku. Sebenarnya aku betul2 kesunyian dan perlukan belaian dan kemesraan dari Adriey....dan seperti yang kuduga, Adriey tidak akan dapat bersama dgn aku minggu ni. Terpaksa tunggu seminggu lagi baru boleh tidur bersama.

Adriey:"Nak tau tak tadi masa saya amik soalan darjah 6 kat sekolah X tu, saya jumpa PLU. Dia mengajar kt sekolah X tu. Budak tu membe kepada membe saya."
Aku:"Oh, iye ker? Hensem tak budak tu?" aku rasa surprised plak
Adriey:"Cute la budak tu, sebenarnya dia minat kt saya dulu."
Aku:"Oh..iye ker? Kiranya cinta akan berputik kembali la ni?"
Adriey:"eh..apa ngarut lagi ni. Dia suka kt saya dulu2 je la...sekarang ni saya berkawan je ngan dia."
Aku:"Oo..kawan la? Takkan takde rasa apa apa kt dia kotttt"
Adriey:"Dah..org cute mcm dia mesti ramai org nak kawan."

Aku diam. Dalam hati rasa semacam je. Tapi demi menjaga keceriaan malam tu, aku tak berani nak komen apa2. Sebab aku tak mau setiap kali keluar dan berjumpa, mesti kitorg akan bergaduh seperti beberapa hari lepas. Kekadang benda yg kecik pon bole jadi isu dan penyebab utk berperang.

Dalam jam 10 malam aku pulang. Kak wan tak tau ke mana malam tu. Biasalah, si Boi pun dah tak duduk kt situ lagi. Kak Wan pernah kata kat aku beberapa hari lepas, dia pasrah atas apa ketentuan yang ditakdirkan ke atasnya. Mungkin jodohnya dengan Boi tak ada....dan sbb itulah dia jarang ada di rumah sekrang-dia nak melacur puas puas, dan jika dia ada di rumah pun, pasti tidur malamnya ditemani seseorang yang aku sendiri tak kenal. Hanya kenderaan jantan-jantan tu je yang aku nampak diperkarangan rumah. Kak wan tak suka mempamerkan teman2 seperkatilannya pada aku.

Sesampai di rumah, fikiran aku terdetik utk memikirkan semula kata2 Adriey. Bermacam2 justifikasi yang berlegar ke dalam kpala otak aku. Benarkah dia jujur dgn aku selama ni? Aku dah pernah keluarkan statement kt dia yg aku tak suka dia mengadakan hbungan dengan orang lain, tapi bole percaya ke janji dia tu? Sedangkan aku sendiri banyak menabur janji2 manis kepadanya utk tidak berjumpa dengan sesapa dan tidak ke The Maze serta ke Pantai Lido -tetapi aku tetap lakukan jugak!

Oh Tuhan, aku tau yang aku dah menipu diri Adriey. Tapi aktiviti2 tersebut bukannya bermakna aku dah tak sayangkan dia lagi. Aku berjumpa dengan PLU di luar sana hanya kerana kebosanan. Aku melepak di pantai hanya sekadar utk bersuka ria dengan kawan kawan. Dan aku ke The Maze hanya utk mereleasekan ketensenan aku....tapi aku akui memang aku ada mengadakan hubungan seksual dgn sesapa yg aku suka tapi semuanya itu hanya berdasarkan nafsu semata2. Aku ni manusia yang tak boleh menahan kehendak yang telah Tuhan berikan kepada hambaNya. Aku tak boleh mengharapkan Adriey utk memuaskan aku semata kerana dia bukan jenis orang yang suka utk melakukan benda2 mcm tu..dan lagi satu aku tak mau Adriey menjadi mangsa keserakahan nafsu aku...biarlah orang lain yg mendapat kepuasan hasil daripada lonjakan nafsu yang kadangkala mmg tak dapat aku tahan dalam diri aku yang rapuh ini.............

Tapi ntah kenapa dalam pada masa yang sama aku tak suka Adriey melakukan hubungan dengan orang lain tanpa pengetahuan aku sendiri. Dan kalo dia benar2 minat dengan Cikgu L yang baru dia jumpa siang tadi, aku relakan......lebih baik aku berterus terang dan membebaskan dia tanpa rasa terhalang...

Aku mencapai telefon dan mendail nombor Adriey,

Aku:"Awak, saya nak tanya sket la...tp kita cakap atas dasar kawan ok."
Adriey:"Apa dia?"
Aku:"Saya sebenarnya tak menghalang awak utk melakukan hubungan dengan sesapa....kalo dulu mmg saya ade ckp yg saya tak bagi awak buat dengan orang lain.."
Adriey:"Ni kenapa tetiba cakap macam ni ? ....
Aku:"Saya cakap betul ni......saya rasa bersalah sbb menghalang awak utk buat dengan org lain sbb awak bebas utk buat apa yg awak suka."
Adriey:"Awak ni nak cari pasal btullaaaaaaa!!!!!!"

To be continued....

;)

2 Comments:

At Mon Aug 01, 07:25:00 PM 2005, Anonymous Anonymous said...

Akhirnya.. terusik juga sawang-sawang yang berlegar diblog ko ni..

Hazri,

Aku rasa entry kali ini agak JUJUR dan BERANI. Adriey tak tahu ke perihal ehwal kewujudan blog ini?. Kalau dia tahu.. aku rasa masalah lain pulak datang nanti.

Kadang-kadang kita susah nak paham diri kita sendiri. Kita susah nak tahu satu benda tu yang terbaik untuk kita atau sebaliknya. Ramai yang selalu rasa macam tu. Termasuk aku.

Aku tak la nak bg nasiht panjang lebar sebab u know better but the fact is mungkin bukan kau yang menyiksa dia, tapi dia yang menyeksa kau. Entahlah.. mungkin aku salah. Just pendapat dari aku yang tak sepertinya ini..

 
At Mon Aug 01, 08:22:00 PM 2005, Blogger ? said...

Adriey tak tau pun pasai weblog ni sbb aku tak penah cite kt dia...aku pun tak paham la kenapa dia mcm tu...perlu ke aku suffer semata2 tak rela berpisah dgn org yg aku sayangggg...

 

Post a Comment

<< Home