...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Friday, August 26, 2005

Masa Untuk Interview

Tinggal sebulan sahaja lagi aku akan bekerja di syarikat sekarang ini.
Contract employment aku akan tamat pada pertengahan October nanti. Maka
seperti kebiasaanlah semua staff2 kt sini yg berstatus macam aku mula
mengupdatekan resume masing-masing. Waktu free di pejabat digunakan untuk
melayari Jobstreet atau JobsDB...

Aku plak kalau bole tak mahu meninggalkan company ni. Aku sukakan
environment kerja, system kerja serta attitude orang di sini. Semua banyak
membantu aku dalam mencapai impian aku untuk menjadi seorang pekerja yang
sempurna dan berpengetahuan, ala-ala Melayu glokal seperti kata Pak Lah.

Alhamdulillah, rezeki aku nampaknya tak putus-putus. Esok aku ditawarkan
sesi interview dengan syarikat perkapalan dan heavy engineering terbesar di
Malaysia milik penuh Petronas. Jaraknya pun tak berapa jauh dari rumah aku
sekarang, so maknanya tak ada masalah sangat untuk aku berpindah ke tempat
kerja.

Tapi aku tak tahu status kerja apa yang dioffer itu nanti. Kalau boleh aku
menawarkan diri untuk permanent di sana. Sudah penat rasanya kerja ikut
contract dan agensi ni. Tak bole nak buat perancangan masa depan. Semuanya
bergantung pada contract period.

Moga-moga interview esok berjaya......Amin

Wednesday, August 24, 2005

I'll Always Love You


Entah kenapa kehidupan seharian aku seringkali memikirkan soal cinta, kasih
dan sayang, hati dan perasaan. Tidak lengkap rasanya kalau dalam satu-satu
hari itu tidak memikirkan perihal tersebut. Walaupun aku cuba untuk hidup
tanpa cinta, tanpa kasih sayang..namun, jiwa aku terasa kosong. Sepi dan
terlalu sepi.

Walaumacammana sekalipun, Ad sebenarnya sudah mula menunjukkan reaksi
positif terhadap aku sejak pergaduhan yang terakhir beberapa hari yang
lalu. Aku dan dia sudah mula bersms dan menelefon seperti biasa. Aku hanya
berpegang kepada 1 prinsip, iaitu aku tidak suka bermusuh. Selagi ada
perasaan kasih dan sayang, maka aku masih mampu untuk menahan dan mencari
ikhtiar bagaimana untuk membina semula kepercayaan dan meletakkan nilai
kasih dan sayang pada tempat yang sepatutnya.

Aku juga bukanlah jenis yang suka berdendam lantas sanggup mencari jalan
pintas bagi melupakan segala masalah. Bukan sekali dua aku bergaduh dengan
Ad malah berpuluh kali....dan sekali lagi aku menggunakan sedikit rencah
profesinalisme yang ada, maka aku berusaha untuk memujuk diri sendiri agar
menerima Ad semula, jika bukan sebagai kekasih, tetapi sebagai sahabat pun
sudah memadai....apalah sangat dengan value sesebuah cinta sesama plu
berbanding dengan kemurnian sesebuah persahabatan. Apa yang penting, aku
sayangkan dia...dan dia juga sayangkan aku.

Susah sebenarnya untuk mengungkapkan apa yang terbuku di hati
masing-masing. Aku sendiri sudah serik untuk bermain cinta lagi.
Memandangkan masa dan jarak seringkali mencemburui aku. Cinta ku sering
tewas di tangan individu yang selalu memikirkan bahawa mereka hanya mampu
menyayangiku jika aku di depan mata mereka. Nah bulan Oktober nanti
contract employment aku akan habis di sini. Aku tidak tahu ke mana aku akan
pergi berhijrah. Hanya masa yang menentukan, pada Tuhan aku berserah
segalanya. Aku tidak mahu cinta aku terkubur lagi, semata-mata kerana jarak
dan kejauhan.

Sejak pergaduhan kelmarin, aku memberi peluang kepada Ad untuk menyendiri.
Dia pun sebenarnya meminta aku untuk tidak berjumpa dengannya buat
seketika. Aku faham dengan tindakan dia namun kerinduan yang memuncak untuk
melihat wajah dia seringkali mengetuk naluri aku.

"Awak dah bersedia ke nak jumpa dengan saya?,"soalku kepadanya petang
semalam. Kebosanan di rumah membuatkan aku terasa ingin berjalan-jalan
dengan dia.

"Erm..rasa-rasanya belum lagi,"begitulah jawapan yang aku terima. Aku
kecewa. Nampaknya niatku untuk berjumpa dengannya hari ini masih belum
dapat ditunaikan.

"Takperlaa..saya faham. Just nak bgtau awak yg saya nak ke Jusco sekejap
lagi, bosan duduk di rumah,"aku membalas. Cuba meredakan kehampaan di dalam
jiwa.

"Oh iye ker? Saya sebenarnya kat bandar ni, nanti kita jumpa kat Jusco
makan malam di sana ok?"aaiikkk, aku surprised. Nak plak dia jumpa ngan
aku?

Masa tu aku seronok gila. Apalagi aku pun start enjin kereta bergegas ke
Jusco. Sementara menunggu dia, aku ke kedai buku untuk membelek2 majalah.

Tak lama kemudian Ad menghubungi ku menerusi sms. Katanya dah sampai di
rumah. Aku pun menyuruh berehat dulu di sana sbb pada aku dia mungkin
kepenatan. Aku kata padanya yang aku hendak menghabiskan sedikit pembacaan
di kedai buku tersebut.

"Kenapa nak suruh saya berehat? Ada saya kata nak berjumpa dengan awak ke?
Awak salah faham kot,"
begitulah jawapan yang memecah konsentrasi aku waktu
itu. Hanya Tuhan je yang dapat menggambarkan perasaan aku masa tu.

Kepala otak aku berputar-putar memikirkan samada betul atau tidak berlaku
salah faham waktu itu. Entah laa...masa tulah aku teringat pada Johan, pada
Aizat, pada Topek.....nak je aku menelefon mereka mengadu nasib. Aku keliru
waktu itu. Seolah-olah Ad sengaja cuba nak mempermainkan perasaan aku.
Terasa hati aku begitu kecik sangat masa tu....aku sangat2 memerlukan
seseorang waktu itu..tolonggggg......

Aku terduduk di sebuah bench di hadapan kedai buku tersebut. Termenung
seketika mengenangkan nasib yang entah kenapa di takdirkan sebegitu. Nak
menangis pon ade...tapi jantan macam aku takkan nak tunjuk air mata kat
depan semua orang. Eiii..malulah. Lebih-lebih lagi aku perasan ada kelibat
seseorang pemuda yang baru duduk dibangku belakang aku. Segan siut kalo dia
nampak aku menangis.

"Oh iye ker? Takper laa...saya nak balik kejap lagi,"masa itulah aku baru
berpeluang untuk membalas sms Ad yang tadi. Walaupun aku yakin yang dia
sendiri berjanji untuk makan malam dengan aku, tp aku tidak mahu
memburukkan keadaan. Mungkin benar aku salah faham....atau mungkin ada
sesuatu disebalik itu semua.

Aku still duduk termenung melihatkan beberapa kanak-kanak yang bermain di
hadapanku. Sambil memikirkan kesilapan diriku selama ini. Aku memikirkan
sejauh mana aku perlu hidup macam ni. Soal cinta sering mengganggu hidup
aku walaupun aku tau ianya sesuatu yang indah jika kena pada tempat dan
keadaannya. Tak lama kemudian aku nekad untuk pulang ke rumah. Dalam hati
aku menangis...

Tetapi bagaikan magnet kepalaku tertoleh ke belakang. Aku betul2 terasa
ingin melihat rupa paras kelibat pemuda yang duduk di belakangku. Kot2
hensem...hehehe....

Dan....

Satu lagi kezutan.

Ad tersenyum melihat muka aku yang penuh perasaan cuak dan kecewa. Tapi aku
sedaya upaya menahan perasaan. Aku bingkas bangun dan duduk di sebelahnya.

Geram sangattt!!!!!!!!!!!!!

Rupa-rupanya pemuda yang berbaju biru duduk di sebelah aku tadi tu rupanya
dia!

Monday, August 22, 2005

Selamat Tinggal Sayangku


"Sudah , cukup!!!! Jangan ckp apa2 lagi pasai kes tu!!!" aku menjerit di corong telefon. Rumah 2 tingkat itu bergegar dek jeritan aku memecah
kesunyian malam. Aku tak pasti samada Kak Wan yang sedang menonton tv di
bawah mendengar atau tidak suara aku di tingkat atas.

Aku tak sedar api kemarahan aku begitu memuncak pada saat itu. Ketidak
sedaran itu membuatkan aku mengherdik Adriey dengan nada suara yg begitu
tinggi. Sesungguhnya aku tak pernah berbuat begitu dengan orang lain
sebelum ini tetapi ntah kenapa peristiwa malam tadi membuatkan aku hilang
akal seketika. Aku seolah olah histeria. Entah dari mana datangnya setan
itu yang datang dan bermastautin di dalam kepala otak aku waktu itu. B*b*
btul!!!

Apa yang pasti, Adriey memang tersentap giler dgn tindakan bodoh aku .
Dapat aku dengar nada suara dia yang berubah selepas menerima herdikan dari
aku. Kesian betul....aku hanya mampu termenung selepas itu. Memikirkan
semula perilaku yang dah aku lakukan terhadap dia. Tapi sesungguhnya benda
tu semuanya di luar kemahuan aku. Aku tak sengaja melakukan semua
ittiew....

Aku memohon maaf atas kesilapan aku. Namun Adriey mengatakan agar aku tidak
mengganggu dia buat seketika..dan aku pun faham dengan situasi dia.

Aku pun berfikir semasak- masaknya. Adalah lebih baik untuk aku mengundur
diri dari hidup bersama dengan dia. Apa gunanya kalo ade orang tersayang
tetapi tidak henti2 nak bergaduh. Biarlah perpisahan ini datangnya dan
bermula dari diri aku sendiri. Aku dah tak mampu nak memujuk dia, dan
kemudian bergaduh semula. Biarlah aku kehilangan dia...biarlah aku merana
sendiri....perpisahan yang aku minta bukanlah sesuatu yang buruk, tetapi ke
arah kebahagian hidup bersama. Biarlah masing2 membawa haluan dan cara
hidup tersendiri. Biarlah kenangan lepas dan memori masa lalu menjadi
mimpi2 dalam tidur...dan kini aku telah bangun dari pembaringan untuk
meneruskan sisa-sisa hidup yang masih panjang dan penuh berliku.

Aku sudah menyatakan pada Ad yang aku takkan mengganggu lagi. Dalam masa
beberapa hari nanti aku merancang untuk memulangkan segala barang-barang
pemberian dia. Pada masa itu nantilah merupakan hari terakhir untuk aku
menatap wajah dia sebagai seseorang yang amat aku sayang. Dan selepas itu
mungkin aku akan menerima dia hanya sebagai kawan.

Aku dah tak mampu melawan takdirNya. Hanya keajaiban yang mampu merubah
segalanya...

dan hanya keajaiban yang mampu merawat gusi aku yang bengkak, kesakitan
yang amat sangat disebabkan geraham bongsu yang baru nak
tumbuh.....sakitnya!!!!! di tambah lagi kesakitan yang ada dalam jiwa inii.

Tuesday, August 16, 2005

Antara Cinta dan Nafsu


Hirzan khusyuk memainkan 'mouse' sambil merenung tepat ke 'desktop'. Matanya
meneliti setiap satu garisan yang direkanya menerusi Autocad itu. Dia
memastikan setiap dimensi yang tercatat di dalam hardcopy drawing dapat
diterjemahkan ke dalam softcopy dengan betul dan tepat. Langsung kehadiran
aku di sisi dia tidak disedarinya.

"Khusyuk nampak, sampaikan tak sedor aku kat sebelah," aku menyapa sambil
meramas pinggangnya yang penuh lemak itu. Namun, walau sekuat dan seganas
manapun aku meramas, susah utk dia merasa geli apatah lagi menjerit dan
melatah bagai Mak Bedah sebabnya adalah tubuh badan Hirzan yang sememangnya
gemuk. Beratnya aku rasa mencapai 95KG! No wonder la takde rasa geli bila
aku selalu cucuk2 pinggang dia dengan jari jemari aku ni.

"Ko takde keje ke Hazri? Merayap je aku tengok. Aku busy sket skrang ni.
Semua project aku kena handle. Ko nak apa ni?" Hirzan membalas sapaan aku
tadi. Matanya menjeling ke arah aku.

"Ala ko ni, tak rindu kt aku ke..dalam sehari aku mesti naik department ko
ni dan menjenguk kau orang buat keje,"sambil tersengih dan memandang
beberapa draughtman lain yg sedang sibuk dengan kerja, atau sengaja
menyibukkan diri dengan hal2 sendiri. Memang diaorg pon dah kenal dgn aku,
so bila aku ke sana, memang havoc la jadi nya..lagipun aku ni mudah mesra
dgn diorang.

Aku berborak-borak dengan Hirzan dalam setengah jam. Sambil bergossip dan
bercerita mengenai skandal2 terbaru samada di ofis mahupun di luar. Serta
tak lupa status hubungan dengan BF masing-masing....(opss..Ad tu BF aku ke?
...ntah). Dan esok seperti yang dirancang kitorg nak
bertandang ke Danga Bay, dengar cerita pelancaran Bulan Kemerdekaan akan
mengundang Siti Nurhaliza dan jugak Mawi. Aku sebenarnya tak berapa suka
pergi ke tempat2 yang crowded mcm tu, tapi disbbkan Ad yg beria nak
mengajak aku ke sana, nak tak nak terpaksa la aku mengikut.

"Kau nak bawak Ad ikut jumpa kitorg besok ker?" Hirzan menanyakan soalan
penutup di akhir conversation kitorg. Aku tersentap sekejap. Teringat
peristiwa malam minggu yang lalu. Aku tau Hirzan dan kengkawan terasa hati
dengan peristiwa malam tu.

Ahad lepas aku memohon kebenaran Ad utk hang out dgn Hirzan dan kengkawan yg
lain di Pantai Lido. Dah lama sangat aku tak bersama diaorg mengecap
kenikmatan dunia malam hari di sana. Malam tu jugak diorg ade surprise
party utk Medan, sempena birthday dia.

Namun niat baik aku disalahertikan oleh Ad. Ad melarang sekerasnya aku ke
sana.

"Takde tempat lain ke korang nak berjumpa huh,"begitulah bunyi leteran Ad
apabila aku menyuarakan permission.

Bermula dari jam 7.00 malam sehinggalah ke 10.00 kitorg berlawan sms. Aku
tetap dgn pendirian aku dan Ad plak dengan pendirian dia.

"Kalo awak boleh jumpa dgn kengkawan awak, saya pun nak jumpa dgn kengkawan
saya sekarang. Dan kalau awak nak bawak saya pegi ke Lido, jemput saya di
Projet jam 11. Kita pegi sama2... Saya nak bawak kete laju2..kalo nanti
saya takde kt sana, maknanya awak faham-faham je laaaa, Wassalam" akhirnya
Ad mengalah dengan mengeluarkan ayat2 yang kadangkala membuatkan aku cukup
fed-up.

"OKlaa..tapi sebelum apa2 hal terjadi, baik awak mintak ampun kat mak bapak
awak. Dan juga bertaubat sebelum nak mati,"jawabku penuh sinikal. Dan Ad
terus diam membisu selepas itu.

Niat baik untuk bersama dengan kengkawan malam tu terus lesu. Aku dah
hilang mood utk hang-out bersama diaorang bila dalam keadaan macam tu. Tak
guna kalo aku bersuka ria bersama orang lain sedangkan ada insan lain yang
menderita dan tidak senang dengan apa yg aku sedang lakukan. Lebih-lebih
lagi insan tersebut adalah individu yg paling aku sayang. Sejurus itu
jugaklah aku menghubungi Hirzan and the geng. Aku katakan pada mereka yang Ad
keberatan memberi permission utk aku bersama diaorg. Erm..

Tapi kebosanan di malam minggu membuatkan aku hilang arah. Tak tau ke mana
nak di tuju. Takkan melepak bersama Kak Wan di rumah? Eiii...bosan lah!

Aku mencapai kunci kereta dan bergegas ke rumah Ad. Semasa on the road aku
menelefon Ad, aku katakan padanya aku dalam perjalanan ke rumah dia. Aku
katakan jugak yang aku tak jadi keluar bersama kengkawan. Aku nak habiskan
malam minggu ni bersama dia.

Suara Ad yg lembut kedengaran dia corong telefon. Tanda dia dah 'ok' dan
tak merajuk lagi. Hehehe...aku diajaknya berjalan-jalan di bandar serta
memperkenalkan aku di salah sebuah restoran Western food yang agak
menarik di JB. Juadah yang ada dinikmati penuh berselera dalam situasi yang
cukup romantis. Kebetulan tidak berapa ramai orang yg berkunjung ke
restoran tersebut maka suasana agak sunyi dan sepi. Aku dan Ad betul-betul
menikmati malam yang indah tersebut.

Semasa dalam perjalanan pulang, kami melaui port PLU di tepian Pantai Lido.
Ad menyuruh aku berhenti di situ. Dia mempersilakan aku menemui kengkawan
aku di sana. Mulanya keberatan utk aku mengikut kehendak dia, tp disebabkan
kitorg dah sampai dan air muka dia yang nampak cool, maka aku pon ikut je
la. Tapi malangnya Hirzan and the gang belom sampai. Cuma Khai je yang tengah
melepak sengsorang dalam kereta. Melayan perasaan gamaknya.

Tak lama lepas tu, aku dan Ad meneruskan aktiviti malam yg panjang tersebut
bersama. Seronok kalau dapat menikmati sesuatu yang indah sebegitu dan
harapan utk melaluinya pada malam2 yang berikutnya sentiasa ada. Ntah
kenapa antara aku dan Ad sudah terjalin satu ikatan yang kukuh, walaupun
melalui pelbagai ranjau di awal perkenalan, tetapi bila masing2 sudah mula
menaruh kepercayaan, maka hilang sudah segala syak wasangka yang menjadi
duri utama dalam sesebuah ikatan.

Kepulanganku ke rumah memecah keheningan malam, namun kepala otakku
hingar bingar dan penuh serabut. Aku tak suka Ad ada orang lain tapi dalam
masa yang sama aku telah melakukan hubungan dengan orang lain. Aku menyesal
kerana bergiat aktif semula di The Maze kebelakangan ni. Curangkah aku???
Atau inikah perhubungan yang aku cari selama ini? Adakah benar prinsip aku
'cintai orang yang mencintai kita' dan nafsu itu tetap buta tanpa mengenal
cinta? Nafsuku utk sesiapa tapi cintaku tetap pada Ad nan satu??!!!!

Arghhhhhhhhh

Wednesday, August 10, 2005

Aiman- Revealed Version

Aiman merupakan baby yg begitu comel sekali. Umurnya menjangkau 9 bulan
tetapi kerenahnya benar2 memikat hati aku. Sememangnya aku memang sukakan
baby dan budak2 dan masa yang ada dengan Aiman kelmarin aku gunakan sepuas
puasnya.

Tapi yang sedihnya, Aiman mungkin tidak akan lama tinggal bersama dgn
Adriey, bapa Aiman sebenarnya ingin menjual bayi tersebut dengan harga RM8
ribu atas alasan yang dia dah tak mampu nak menanggung utang piutang yang
menjangkau keliling pinggangnya.

Ibu bayi tu plak dah melarikan diri dan tak tau kemana dia menghilang
sekarang. Maknanya si bapak tu tadi dah tak tau macam mana nak menjaga
Aiman lalu menyerahkan pada parents Adriey utk di jaga dan dgn harapan dia
akan mendapat sedikit wang. Tapi yang malangnya diorg pon takde duit nak
diberi pada bapak budak tu jadi nak tak nak terpaksala diorg bela dulu baby
tu dan mencari jalan ikhtiar yang lain utk mendapatkan baby tu. So skrang
ni diorg dok tengah usha mana2 bomoh yg boleh membantu dan mendapatkan baby
tu utk dijaga.

Aku pon sebenarnya kesian sesangat ngan Aiman. Pipinya yang tembam, matanya
yg jernih walaupun agak 'sepet', dan paling aku suka gelak tawa dia yg
begitu menghiburkan.!!! Tapi aku sedih dengan perangai tak berhati perut
mak bapak budak tu....sampai hati biarkan anak kecil mcm tu terbiar...nasib
baik parents Adriey ada bole jaga dan bagi makan pakai kt budak tu, dan aku
tak dapat bayangkan kalo baby tu terlepas ke tengan orang lain...pd
individu2 yg tak bertangungjawab....ohh, malangnyaa!!!

"Awak,...saya rasa seronok sangat bila dapat keluar jalan2 ngan Aiman malam
ni,"aku memulakan bicara. Masa tu aku tengah mendukung Aiman dan berjalan2
di Jusco. Kekadang kedengaran suara hilai tawa Aiman berdekah2 apabila
disakat.

"Iye la tu,.."Adriey membalas.

"Kalau la ditakdirkan salah seorang dari kita dilahirkan sebagai wanita,
dah lama saya masuk meminang awak. Lpas tu kita jaga baby
ni...bahagiaaaannyaaa..,"aku dah mula mengarut.

"Ceh!!..Aper la awak ni...tengok tu, puting dia dah jatuh. Abis
kotor..,"Adriey tersenyum je bila mendengar kata2 aku tadi....sambil tu dia
mencapai puting Aiman yg terjatuh ke tanah. Digosok dan disimpan ke dalam
poketnya.

Dalam jam 11 malam kitorg mula berangkat pulang. Aiman dah mula resah dan
menggosok2kan matanya. Tanda masa untuk tidur tu. Kitorg bergegas pulang ke
rumah. Takut Aiman mengamuk nanti susah plak nak memujuk.

Pengalaman bersama dengan Adriey dan Aiman malam tu benar2 manis. Kekadang
aku terpikir nak beli baby tu dan jadikannya anak angkat tp Adriey tak
bagi. Katanya biarlah mak bapa dia usahakan dulu utk mendapatkan bayi tu.
Pada aku itu jugak merupakan tindakan yang bijak. Biarlah Aiman membesar
bersama dengan orang yg betul2 mampu utk memelihara dan menjaganya dengan
sempurna. Dan aku berharap sangat agar Aiman tidak terlepas ke tangan orang
lain.

Aku tak faham kenapa la ade manusia yang begitu takde perasaan yang
membiarkan bayi sekecil itu yg langsung tak mengerti apa2 dibiarkan melarat
mcm tu. Apa la dosa bayi sekecil tu yg sememangnya tak mengerti apa2
tentang kehidupan.....

Aiman oh Aiman....

Tuesday, August 09, 2005

Aiman??!!!

Adriey membuka pintu kereta perlahan dan mempersilakan Aiman masuk duduk.
Aku terkejut dengan kehadiran Aiman di situ walaupun selama ni mmg dah
banyak kali Adriey menceritakan perihal nya.

Erm..ntah la...aku bukan cemburu dgn Aiman sbb aku tau Adriey masih tetap
setia dgn aku....tapi aku kekadang terasa sbb Aiman lagi cute...lagi
comel....dan dia memiliki segala-galanya yang diingini oleh seseorang
manusia. Kulitnya putih melepak, walaupun matanya kelihatan agak 'sepet'
sbb dia bukan melayu...bapaknya Cina dan emaknya berketurunan Iban...dan
tak perlu la aku nak terangkan betapa wajah anak campuran seperti Aiman
pasti akan menggamit sesiapa sahaja untuk mendekati dan menjadikannya
kawan.

"Awak nak ke mana ni? Jom kite jalan2 ngan Aiman, lepak kat Projet
nak?"Adriey menegur aku. Aku menganggukkan kepala.

Sesampai di Projet, aku cuba bermesra dgn Aiman, dan kelihatan dia dapat
menerima kehadiran aku walaupun aku sendiri kurang pasti apa yg terlintas
di lubuk sanubari dia yang sebenarnya...dan Adriey pula ku lihat begitu
ceria sekali...sambil lepak dan minum2 di Projet, kitorg berbual2
kosong...walaupun ade banyak isu yang aku nak bincangkan dgn dia tapi
disbbkan kehadiran org ketiga disitu, maka tak patutlah bagi aku utk
membicarakannya....erm...

Dalam jam 11 kitorg bertolak pulang.....aku memberhentikan diorang di depan
rumah dan berlalu pergi.....dari side mirror kereta aku dapat melihat
kemesraan yang terjalin antara Adriey dan Aiman....

Urghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, August 04, 2005

Bertakhta Di Hati

Mekna opismate yang duduk disebelah aku asyik membebel je setiap hari
gara-gara aku ni yang suka memainkan lagu MP3 yang sama setiap hari.

"Kau ni kenapa Hazri? Sakit ke?" tegur dia semalam.

"Hehehe, bukan la, dah dekat setahun ko duduk sebelah aku kan. Bila
satu-satu masa tu aku suka pada sesebuah lagu, aku akan dengar lagu tu
puas-puas...sampai dah boring baru aku cari lagu lain,"aku memberikan
explaination agar perempuan yg berasal dari Negeri Cik Siti Wan Kembang tu
paham.

"Kiranya lagu tema kau la sekarang ni erk? Ermm...aku paham daa,"Mekna
menjeling dan tersenyum kat aku sambil meneruskan kerjanya.

"Sebelum ku kenal, dirimu siapa, aku tak kenali apa itu cinta, setelah ku
kenal, dirimu sebenar, kau cinta sejati, ku serahkan jiwa..." - itulah
chorus lagu tema aku sekrang. Penyanyi asalnya Farahdiya dan dinyanyikan
semula oleh Akma AF3 sewaktu konsert akhirnya beberapa minggu lepas. Aku
tak tau kenapa aku senang dan terpikat pada lagu tu. Dari jam 8 pagi
sampai ler ke petang aku pasang lagu tu sampaikan Pak Defli yang duduk di
meja depan pon dah bole hafal. Tapi slang Indonesia dia ttp tak bole
hilang.

**************

Erm...besok aku amik annual leave. Nak balik kampung. Nak jumpa mak
abah...nak makan buah puas puas...Adriey pon InsyaAllah kalo takde aral
melintang nak ikut sekali....suka katanya kt kampung aku...

Tuesday, August 02, 2005

Sentap lagi.....

Aku tak mampu nak menghabiskan sambungan cerita weblog sebelum ni sebab
terlalu banyak pergaduhan yang berlaku selepas tu. Dan yang terbaru, aku
bergaduh lagi dengan dia selepas Azan subuh pagi tadi. Seumur hidup aku tak
pernah nak bergaduh dgn sesapa pepagi buta tapi semalam benar2 telah
melakar sejarah baru dalam idup aku. Nak tergelak pon ade sebenarnya.

Petang semalam aku berjalan2 keluar sehingga petang dengan dia. Saje nak
amik angin dan meluangkan sedikit kelapangan. Lagipun pergaduhan sebelum tu
membuatkan aku rindu dan ingin melihat perubahan sikap dia selepas
ditengking supaya jangan cepat melenting. Dan Alhamdulillah, suasana petang
semalam ceria sekali dan penuh romantik.

Disebabkan kepenatan aku terpaksa tido awal lebih kurang dalam jam 10 malam
gituuu....tapi sebelum tido aku tak penah tak wish good nite utk dia. Dan
ntah macam mana selepas aku sms dia, mata aku tertutup.....ZZzzzz

Sayup2 kedengaran suara azan subuh membangkitkan aku dari tidur yang
nyenyak dan nikmat. Aku mencapai handpon. Nak dijadikan cerita yg hanpon
aku sekarang mmg ade problem sket...bila malam dlm jam 10 ke atas hanpon tu
akan auto switch off...aku tak tau mcm mana nak resetkan semula....dan
malam tadi pun benda yang sama berlaku.

Aku pun switch on kan semula hanpon...dan selang beberapa saat aku menerima
beberapa mesej baru. Kesemuanya dari Adriey.....

Kandungan2 mesej tu membuatkan aku bertambah sakit hati. Aku dituduhnya
bermain sms dgn org lain dan sengaja mengoff kan hanpon malam tu supaya dia
tak dpt nak mengganggu aku..perghhhhhhhhhhhh.....

lpas tu dia nak suruh membe dia yg keje kt Maxis KL supaya trace dengan
siapa aku bersms semalam...ade lagi dia kata tak perlu aku nak terasa
dengan apa yg dia buat tu sbb tindakan cam tu hanya lah sekadar untuk
mendapatkan bukti samada aku benar menipu dia atau tidak....

Aku geram gile mcm nak je aku pegi umah dia dan bunuh dia kt situ. Aku pun
reply la sms dia. Aku tanya pesal dia boleh anggap aku mcm tu. Dan dalam
pada masa yg sama perut aku memulas dan langsung ke bilik air.

Lama aku di sana lantas naik semula ke bilik. Terdapat beberapa miss call
dari Adriey. Dan juga sms baru yang berbunyi dan memarahi aku kerana tidak
menjawab panggilan telefonnya. Perasaan aku yang tadi masih bergelora
semakin hangat...aku telepon dia time tu jugak. Aku cakap kt dia kenapa dia
tuduh aku yg bukan2...kenapa perasaan syak wasangka dia terlalu menebal
terhadap diri aku.

Tapi nasib baik dia tak mengeluarkan suara2 melenting dicorong telinga aku.
Dia cakap perasaan dia tak tenteram semalam. Dia syak yang aku menipu dia.
Dia rasa aku bermain sms dengan orang lain. Bukan maksud dia sebenarnya utk
menuduh aku yg bukan2 dan tindakan dia dengan kawannya yang keje di Maxis
tu hanyalah untuk meyakinkan dia yang aku tak buat sepertimana yg dia
anggap.

Aku masih mampu bersabar walaupun geram sbb aku dituduh dengan tuduhan yang
tidak berasas sama sekali. Dan aku bagi dia keputusan buat apa yg dia suka.
Aku tak nak jadi childish. I'm professional...

Aku: "Macammana dengan tuduhan awak malam tadi? Dah call kawan awak yg keje
di Maxis tu?" aku memulakan sms dengannya petang tadi.
Adriey:"Erm..blom lagi. Nanti malam kot.....tapi kan, kalo saya tau jawapan
dari dia, sy tak kan bagitau awak,"
Aku:"Laaaaaa...cam gittiew plak? Awak takut awak yg salah kan? Awak takut
membe awak akan kata yang tidak ade nombor lain yg saya contact malam tadi
melainkan no awak kan?"
Adriey:"errrrrrrmmm..iye la iye laaaaaaaaa.."

****
Entahla, kenapa hidup aku penuh dengan liku2 sebegini.....lepas keje ni dia
nak jumpa aku lagi. Ntahla...tak tau la nak gaduh ke tak nak gaduh
lagi.....