...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Thursday, December 02, 2004

...........suratan atau kebetulan.............





"elo, bole saya bercakap dgn hazri?"

-"iye, tengah bercakap ni. sapa kt sana tu?"

"hehehe, tak kenai lagi kaaa, ini aku la, membe baik kau suatu masa
dulu....eh, kau busy erk, takpe, nanti aku call kau balik ok? bye...."

tooooottttttttttttttt.........talian terputus

begitulah lebih kurang perbualan aku dengan 'somebody' pagi tadi.

puas aku cuba nak mengingatkan semula suara milik 'somebody' yg rajin betul
menelefon aku pagi pagi buta tu.

dan bila perbualan tu diselitkan sedikit dgn memori antara aku dgn dia (di
antaranya kisah musical box yg pernah aku hadiahkan pada dia suatu masa
dahulu-yg masih dia simpan sampai sekarang),
maka barulah aku dapat mengenalpasti empunya suara tersebut. nasib baik
ingatan aku masih kuat lagi tanpa perlu aku menggunakan khidmat CSI mahupun
FBI untuk menjejak pemilik no telefon tu.


Adnan,
atau lebih dikenali dgn panggilan abang adnan,

itulah nama 'samaran' dan menjadi pemilik 'somebody' yang menelefonku tadi.
semakin aku cuba untuk mengingati dia, semakin kuat terjahan memori antara
aku terhadap dia,
er, sebenarnya aku dah kenai dgn dia dalam 4 tahun yang lepas, masa aku 2nd
year...pertemuan secara tak sengaja di sebuah cyber cafe.
dia duduk menggunakan pc bersebelahan dgn pc aku.
dan tiba2 dia sengaja msg aku di dlm mirc.....hehehe, rupa rupanya dia tahu
aku 'sama waktu' dengan dia.
dan bermula dari saat itu lah, hubungan aku dgn dia semakin intim dan
akrab..
pernah aku dan dia cuba menjalin bait bait cinta..(gitu la ye),
tapi masa tu aku dalam keadaan confuse,
confuse dek sikap masing2 yg hanya lebih mementingkan nafsu, saban malam
menjelajahi hotel dan rumah tumpangan (biasanya Hotel Dragon di Senai),
dan bila lama kelamaan aku mula bosan dgn keadaan sebegitu..
entahlah, adakah aku ni jenis mudah bosan dgn seseorang atau aku sendiri
yang sememangnya tidak dapat menerima keadaan sebegitu???

dan lama kelamaan perhubungan aku dgn dia macam air laut,
sekejap pasang sekejap surut........
kekadang lost contact, lepas tu jumpa balik...
dan akhirnya........bila aku dah abis study dan berpindah ke kl,
aku langsung tak dengar sebarang kabar berita dari dia lagi.......
sehinggalah pagi tadi dia menelefon aku semula...........
suatu mukadimah antara pertemuan semula aku dengan abang adnan.......
namun.............adakah ianya suatu suratan ataupun
kebetulan???....................

"Sesuatu yang tak disangka,
seringkali menghantui kita,
inikah suratan dalam kehidupan,
atau sekadar satu kebetulan....

kita asyik membicarakan,
persoalan hidup dan pilihan,
tetapi ku bimbang untuk menyatakan,
bimbang kan berulang
kesilapan,....."

jiwang sket takpe kan.....ahaks

erm,
apa lagi erk perkara yang agak menarik hari ni...
ok,
tadi kak wan ade call aku jugak,
dia citer pasai kete baru dia yg tak sampai2....

antara ayat bengang dia berbunyi begini;

-"hazri, aku bengang btol ngan salesman tu,dia dah banyak kali janji ngan
aku nak anto kete aku ari ni. tapi tadi dia kata minggu ni kete tu tak bole
keluar lagi. aku hangin betul kat dia....ko tau apa aku sound kt mamat tu?
dengar ye - "aku tak kisah kalo kete yg lambat sampai tu proton or peerodua
or watever, tapi it is chevrolet..ok..chevrolet! .i spent banyak duit i utk
dapatkan kereta tu, how come u make it like this to me...!!
toooooooottttt...."terus aku letak phone.........."

begitulah sedikit sebanyak 'statement di dalam statement ' dr kak wan rakan
serumah aku...bole tahan jugak marah dia ni.....hehehe, sebenarnya aku
jugak yg racun dia semalam. suruh dia maki salesman tu kalo dia tak anto
jugak kete tu ari ni. sbb sepatutnya kak wan receive kete dia ari isnin
lepas...dan yang sebenarnya aku pun tak sabar nak ajak kak wan jalan2 naik
aveo dia tu...kekeke.......

keje pejabat pon masih banyak yg blom siap,
nampak gayanya kena stayback kt opis lagi la ari ni..........
matahari kt luar pun dan nak tenggelam..
bayang2 kepulauan singapura pun hanya nampak berbalam balam je dah....tak
lama lagi gelaplah tu....


aku?

%&@^@&*$&%# (idup ni subjective sangat kan!)

aku nak idup cam gini jerk la!!!!!!




3 Comments:

At Thu Dec 02, 11:03:00 PM 2004, Blogger Unknown said...

Itu lagu from Kenny, Remy & Martin kan? I like that song. Biasalah tu relationship ni..ada pasang surutnya..u r not alone!
Ok, cara nak buat tag-board tu, first of all, you register ngan diorang dulu tag-board.com

Then I will tell u more, insyaAllah!

-LeeUK-

 
At Fri Dec 03, 11:52:00 AM 2004, Anonymous Anonymous said...

yalah, biasalah, relationship ada pasang surut...
bila pasang, rasa cam dunia ni kita punya...
bila surut, rasa nak pukul orang je kalau aku lah...

btw, i dun think we've met...
i'm kinda anti-social ;)

coffee-addict

 
At Fri Dec 03, 05:17:00 PM 2004, Anonymous Anonymous said...

wawwweiii...

Re-Skandal la plak....

Mesti back to byk kenangan2 silam kan..

:)

-taufix-

 

Post a Comment

<< Home