Sepi Itu Indah
aku tak sedar rupanya hari ni dah jumaat,
memang cepat terasa minggu ni berlalu,
baru je semalam aku rasakan hari isnin, tup tup ari ni dah sampai jumaat,
kesibukan kerja membuatkan aku merasakan hari berlalu begitu pantas,
sepantas deruan angin Selat Tebrau,
dari ruang tingkap pejabat,
aku dapat lihat beberapa buruh masih menyiapkan modul topside untuk di
hantar ke tengah laut,,
betapa gigih mereka,
demi mencari rezeki untuk anak2 dan keluarga..
aku tau, kebanyakan dari mereka bukan berasal dari peninsular malaysia
(ramai dari indon, sabah dan jugak sarawak),
dan mereka sanggup berpisah dengan orang tersayang.....
berjauhan beratus kilometer....
dengan sekelumit kudrat yang mereka ada,
sanggup menggalas beban berat di badan...
sanggup membahayakan nyawa bekerja di kawasan high risk sebegitu.
aku tak dapat bayangkan perasaan mereka,
sedangkan aku sendiri hanya sekali sekala memasuki kawasan pembinaan,
apatah lagi dengan mereka,-setiap masa berada di sana......
aku tau personal protection equipment yg mereka ada memang mencukupi untuk
melindungi mereka,
tapi perasaan cuak tetap ada dalam kepala otak aku,
lebih2 lagi melihatkan pelbagai jentera berat dan bahan2 yang saiznya
berpuluh kali ganda lebih besar dari badan sendiri...
pandangan ku toleh pula ke sebelah selat,
kilauan air laut keemas emasan berkilau dek pancaran matahari petang,
beburung camar kelihatan bergerak cergas mencari mangsa,
sekejap menjunam ke permukaan laut,
dan selepas tu pula meluncur ke udara,
beberapa vessel pengangkut kontena pula ku lihat merangkak perlahan di
selat,
manakala di udara, ku lihat sebuah pesawat boeing yg turun perlahan2 untuk
mendarat di changi airport nun di seberang sana,
argh.! alangkah indah suasana petang di sini.....
pemandangan dan deruan mesin dan jentera berselang seli dengan deruan kapal
terbang,
kicauan burung camar dan gagak tak kurang hebat seolah2 cuba menandingi
kekuatan bunyi yang lain.
terasa kemeriahan berada di sini.
dan aku suka hati melihat keadaan sebegitu,
itulah kehidupan yang sebenar benarnya,..........
walaubagaimanapun,
hati ini TETAP sepi,
tidak semeriah panorama di sekeliling aku,
sepi sesepinya......................
kenapa erk?
SUDAH! persetankan semua tu,
(gelora dijiwa cuba bertarung dengan prinsip hidup,,)***
aku tau sepi aku dek kerana cinta,
tapi apa yang ada dengan cinta?
cinta yang hadir dalam idup aku semuanya palsu,
tak pernah kata2 cinta yang dilafazkan pada ku lahir ikhlas dari dalam hati
orang yang 'berlakon' bercinta dengan aku.........
kenapa erk,
kenapa orang yang aku cinta selalu berpaling tadah pada ku?
kenapa mereka menoda cinta aku sedangkan aku memang jujur dalam percintaan,
dan kenapa pula orang yang aku tak cinta amat mudah untuk menyerahkan
cintanya kepada ku? agar kami sama2 menikmati cinta....
sedangkan aku sememangnya tidak mampu untuk bercinta dengannya..!!!
pelik ttapi benar, jangan biarkan hidup anda diselubungi
misteriiiii........(ala2 cam Misteri Nusantara gitu)
tetapi perkara 0cinta pada aku tetap menjadi misteri hingga kini,
misteri yang tidak terungkai oleh empunya diri,
dan aku tak pasti sampai bila dan individu mana yang akan mendapat formula
bagi segala tanda tanya yang tetap berlegar di ruang kepala aku..........
sepi itu indah,
hidup sepi tanpa cinta masih lagi indah buat ku sebenarnya.............
***(prinsip hidup aku masih lagi berperang dengan gelora yang melanda di
jiwa......)
2 Comments:
Love your monolog..
Sampai aku seperti merasa apa yang ko rasa..
Apapun berlaku, hidup mesti diterusjan bukan?
Lupa plak nak signature
-taufix-
Post a Comment
<< Home