...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Thursday, October 06, 2005

Ramadhan Datang...


Lama betul aku tak update weblog ni. Diam tak diam dah masuk bulan Ramadhan
rupanya.

Erm, dah setahun rupanya aku menetap di Johor...rasa macam baru semalam
Jimmy menghantar aku ke sini....dan rasa macam baru semalam jugaklah
perhubungan aku dan Jimmy terputus....(entah kenapa peristiwa setahun yg
lalu kembali dalam kotak fikiran aku). Walaupun sedih atas perpisahan yg
berlaku dulu, tapi aku bersyukur kerana aku masih ada keluarga, kengkawan
dan orang yg masih mahu menerima hidup aku...yg serba kekurangan ni.

Tidak ada apa yg menarik dalam tempoh 2-3 minggu kebelakangan ni.

Ad sudah mendapat kereta baru. Gen2 colour merah. Merasa jugaklah aku drive
kete terbaru Proton ni. Walaupun secara lahiriah model terbaru ni nampak
sporty dan elegant, tp bila aku amati betul2, terdapat banyak kekurangan yg
ada. Tp nak buat mcm mana, terpaksa la sokong kete buatan tempatan.

Aiman plak sudah secara rasminya di daftarkan ke Jabatan Kebajikan
Masyarakat dan namanya telah di ubah kepada Muhd Aiman Wong bin Abdullah.
Ad kata perkataan 'Wong' mesti kena ada dlm surat pendaftaran kerana Wong
tu merupakan bapak dia dan diwajibkan mempunyai nama bapak dalam surat
pendaftaran tersebut. Semalam sempat jugaklah aku meluangkan masa bersama
Ad dan Aiman di pasar Ramadhan. Suka betul dia bila berada di tempat yg
ramai orang.

Buat semua pengunjung setia weblog ni, aku mengucapkan Selamat
Berpuasa...jangan ponteng2.....Semoga Ramadhan tahun ni memberi lebih
banyak keberkatan kepada kita semua.

Amin

0 Comments:

Post a Comment

<< Home