May God Bless Us...
Aku: Awak, bole tak berjanji dgn saya yang awak akan hidup dengan saya
sampai bila2 selagi ajal belum mendatang dan selagi kita belum mendirikan
rumahtangga....
Adriey: Janji...dan saya berani katakan....cuma saya nak tambah satu lagi.
Selagi masing2 pandai menjaga perhubungan dan persahabatan dari sikap syak
wasangka dan lain2 yang boleh menimbulkan kepincangan.....
Begitulah perbualan aku dengan Adriey beberapa hari yang lepas. Aku
bersyukur pada Tuhan kerana pencarian aku selama ini berkesudahan jua
akhirnya. Aku telah menemui insan yang benar2 menyayangi diri aku
sebagaimana yang aku harapkan lama dahulu.
Semalam aku on the spot buat planning dengan Adriey utk berpicnic di
Desaru. Dah lama teringin nak ke sana cuma masa dan kesempatan sahaja yg
belum mengizinkan. Melihatkan hamparan laut yang luas terbentang, kebiru
biruan menggamit aku untuk terus terjun ke tepian pantai....
Adriey yg sememangnya tidak berapa suka dengan laut di tambah lagi dengan
bisul yang ada langsung tidak menghiraukan semua tu dan turut bersama2 aku
bermain2 air di gigi pantai. Cuma masa yang menghalang kami dari terus lama
di situ kerana malam nanti dia ade kelas tuition ganti utk kawannya.
Detik2 yang aku lalui semalam sungguh membahagiakan, dan aku benar2
berharap aku Tuhan memanjangkan usia perhubungan ini.
1 Comments:
Hehe.. apa yg ko n johan conference kan ni?.. BTW aku taklah se'gemilang' masa zaman gemilang, cemerlang dan terbilang ko dulu2. Johan sajer tambah garam tuu
Post a Comment
<< Home