...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Wednesday, July 13, 2005

Ketika Cinta Telah Hadir

Ketika Cinta Telah Hadir

Bukan Cinta Biasa

Begitu banyak cerita

Ada suka ada duka

Cinta yang ingin ku tulis

Bukanlah cinta biasa

Dua keyakinan beza

Masalah pun tak sama

Ku tak ingin dia ragu

Mengapa mereka selalu bertanya

Cintaku bukan di atas kertas

Cintaku getaran yang sama

Tak perlu dipaksa

Tak perlu dicari

Kerna ku yakin ada jawabnya, oh.....

Andai ku bisa merubah semua

Hingga tiada orang terluka

Tapi tak mungkin

Ku tak berdaya

Hanya yakin menunggu... jawabnya

Janji terikat setia

Masa merubah segala

Mungkin dia kan berlalu

Ku tak mahu mereka tertawa

Diriku hanya insan biasa

Miliki naluri yang sama

Tak ingin berpaling

Tak ingin berganti

Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula

Ku pasti tiada yang curiga

Kasih kau hadir tiada terduga

Hanya yakin menunggu.... jawabnya

Cintaku bukan di atas kertas

Cintaku getaran yang sama

Tak perlu dipaksa

Tak perlu dicari

Kerna ku yakin ada jawabnya, oh...

Andai ku bisa merubah semua

Hingga tiada orang terluka

Tapi tak mungkin

Ku tak berdaya

Hanya yakin menunggu...... jawabnya

Diriku hanya insan biasa

Miliki naluri yang sama

Tak ingin berpaling

Tak ingin berganti

Jiwa ku sering saja berkata

Andai ku mampu ulang semula

Ku pasti tiada yang curiga

Kasih kau hadir tiada terduga

Hanya yakin menunggu.... jawabnya

Ketika cinta telah hadir di dalam hati setiap manusia, bersyukurlah, bahawa
itu adalah

kurnia terbesar yang diberikan Tuhan kepada hambaNya. Namun tetap yakinlah
bahawa

cinta hakiki hanyalah cinta kepada Yang Maha Penguasa, Yang telah
menciptakan segala

sesuatu berpasang-pasangan, ada siang dan malam, ada hitam dan putih, ada
lelaki dan

perempuan, ada susah dan senang, dan masih banyak lagi, agar manusia
mensyukuri nikmat

yang telah diperolehinya.

Telah diketahui bersama bahawa pada umumnya ion positif pasti akan
bertolakan jika

bertemu dengan ion positif pula, tetapi bila dipertemukan dengan ion
negative maka akan

saling bertemu. Begitu pula manusia normal, rasa suka, senang dan cinta
boleh terjadi

terhadap lawan jenis. Perempuan pada umumnya pasti akan menyukai lelaki,
begitu juga

sebaliknya. Semua itu adalah fitrah, atas kelebihan yang telah diberikan
Sang Khalik

kepada setiap makhluk ciptaanNya.

Manusia adalah makhluk ciptaanNya yang paling sempurna. Pada diri manusia
terdapat dua

jenis dorongan hidup yang senantiasa mendorong untuk melakukan kegiatan dan
keinginan

pemuasan pada dirinya.

Pertama ialah Keperluan Jasmani ( hajatu al-'Udhawiyah ) seperti makan,
minum,

membuang hajat, dan sebagainya. Keperluan ini menuntut pemenuhan dan
pemuasan yang

pasti dimana jika manusia tidak memenuhi keperluan ini, manusia akan mati.
Contohnya

manusia akan mati akibat kebuluran, kehausan ataupun ketiadaan oksigen
untuk

pernafasan.

Kedua; adalah Naluri ( gharizah ) yang menuntut adanya pemenuhan dan
pemuasan hajat.

Jika pemenuhan ini tidak dipenuhi, manusia tidak akan mati tetapi
sebaliknya manusia akan

merasa gelisah hingga ia dapat memenuhi keperluan tadi. Naluri manusia
telah

dikategorikan oleh Ulama Islam kepada 3 macam iaitu Naluri Menyembah /
Beragama

( Gharizah al-Tadayyun ), Naluri Seksual ( Gharizah al-Nau' ) dan Naluri
Bersaing

( Gharizah al-Baqa' ). Contohnya, manusia tidak akan mati jika tidak
melakukan

persetubuhan ( bagi suami-isteri ) tetapi hati dan perasaannya akan
senantiasa tidak

tenteram dan gelisah. Begitu juga dengan orang yang sedang jatuh cinta,
sentiasa gelisah

ingin selalu bersama kekasihnya kerana ingin memenuhi pemuasan naluri
seksualnya

walaupun hanya dengan memandang wajah kekasihnya atau berbual bersama.

Ternyata sukar ya mengendalikan naluri itu, apalagi di zaman sekarang
batas-batas ruang

dan waktu hampir tidak ketara lagi. Yang jauh boleh menjadi dekat, yang
sedih menjadi

gembira, yang hilang pun dapat ditemukan kembali.

Berbalik lagi ke persoalan cinta. Kalau ditanyakan apakah sudah pernah
merasakan cinta

atau belum, setiap orang pasti pernah ya merasakan cinta, apalagi cinta
kepada orang yang

sangat kita sayangi. Tetapi dahsyatnya, kekuatan cinta kadang membuat orang
jadi mabuk

( yang jelas bukan mabuk udara atau lautan ). Cinta boleh datang dan pergi
begitu sahaja,

boleh dengan sebab musabab atau tanpa sebab musabab sekalipun. Sungguh aneh
cinta itu.

Jika ditanya, pernahkah saya merasakan cinta itu? Jujur sahaja jawabannya
iya. Tetapi

ingat, tidak semua cinta harus diungkapkan dengan kata-kata. Terkadang
cinta harus

berkorban, cinta pun tidak selamanya harus saling memiliki. Cinta itu buta…
Kadang boleh

membuat kita semakin cinta namun terkadang jika ia telah hilang akan
membuat hati

menjadi benci. Cinta bukan bererti rayuan, cinta bukan pula kata-kata
romantis, tetapi

cinta adalah anugerah, yang tidak pernah mengenal bentuk dan raga, tidak
berwujud,

tetapi dapat dirasakan.

Kalau boleh mengutip lagunya Siti Nurhaliza, salah satu bait syairnya
mengatakan

" Cintaku bukan di atas kertas, cintaku getaran yang indah…" Jadi itulah
cinta, tidak ada

kata yang dapat melukiskan semuanya, hanya rasa yang dapat
dimanifestasikan. Oleh

kerana itu, jangan terlena dengan cinta, ia dapat membuat hatimu menjadi
bahagia, tetapi

dapat pula membuat hatimu hancur berkeping-keping.

Ada sedikit renungan buat anda yang merasakan kehadiran cinta agar dapat
dikendalikan

dengan baik :

1. Kembalikan segalanya kepada sang Khalik, perbanyak mendekatkan diri
kepadaNya,

minta dan mohonlah kemudahan dalam segala urusan.

2. Jaga sikap, jaga hati, untuk tidak terjebak godaan syaitan, berbuatlah
segala

sesuatunya sewajar mungkin, ingat, hati ini terkadang sering dibolak-balik
oleh perasaan

sendiri, ketika kita suka, belum tentu lawan kita juga suka, begitu pula
sebaliknya.

3. Jangan mudah tergoda rayuan, khususnya bagi kaum wanita. Wanita itu
ibarat bunga

mawar di halaman rumah yang indah lagi wangi, jika ada yang menginginkannya
maka yang

berkepentingan harus meminta izin dahulu kepada yang memilikinya.

4. Jangan berdiam diri berdua-duaan, kerana syaitan dapat dengan mudah
mengganggu.

5. Kalau memang sudah saling menyukai, kenapa tidak teruskan hajat yang
suci itu dengan

masuk melamar, selepas itu undanglah teman-teman, saudara-mara dan jiran
sekampung,

insyaAllah banyak pahalanya lagi.

Salam manis untuk sebuah kata yang bernama CINTA. Masuk dan mendekatlah
pada diriku

di saat yang tepat! Tetapi jangan kau buat aku menjadi terlena!

Sujud aku di kakiMu
Bersimpuh dalam lautan doa
Laa ilaaha illallaah
Memuja namaMu
Pada zikir-zikir tanpa batas

0 Comments:

Post a Comment

<< Home