Nak Pergi Taman Negara plak!
"Sory awak, sy tertido la tadi, tak sempat nak balas sms awak," begitulah
bunyi sms Ad kepadaku siang tadi.
Aku pun sebenarnya mmg busy giler. Report nak kena submit esok. Si Ad plak
katanya makan Maggie je sebentar tadi sbb tak sempat nak makan. Familynya
pergi Segamat hantar Atuknya ke sana.
Jam menunjukkan ke angka 5 ptg. Kerana kesiankan Ad sengsorang di rumah,
aku bergegas ke rumahnya. Aku tinggalkan PC tanpa shutdown. Highway plak
jam sangat dan terlewat sampai ke rumahnya. Sesampai je dia baru lepas
mandi. First time aku masuk ke rumahnya sebab selama ni aku hanya melepak
di luar. Segan nak jumpa parents dia. So bila family dia takda, inilah
peluang aku nak meninjau2 persekitaran rumah dia.
Aku tak lama di rumah dia, sebab aku nak kena rushing ke ofis semula. Aku
pun ajak dia ke Jusco yg tak jauh dari situ. Sempatlah beli buah buahan utk
dia. Lpas tu makan sizzling mee. Aku berhenti sebelum kenyang sbb bila aku
menatap wajah dia, perut aku jadi tak lapar. Begitulah agaknya orang tengah
memadu kasih kan. Bila berjauhan asyik terbayang2 wajah dia...dan bila dia
ada depan mata, kita tak jemu2 nak pandang.
Semasa makan itu lah Ad bercerita yang dia nak bawak aku ke Taman Negara
Mersing minggu depan, tempat dia mengajar beberapa tahun lepas. Dari gaya
ceritanya, membuatkan aku tak sabar nak ke sana. Keluarga angkatnya (orang
asli) ade menelefon dia suruh datang sbb musim buah buahan tengah melebat.
Di samping tu dia nak bawak aku melawat tempat tu, katanya tempat tu tak
sama dengan suasana kampung aku di Pahang. Ntahla, aku pun tak dapat
bayangkan perbezaannya. Pada aku hutan rimba semuanya sama jer.
Sejam di Jusco rasa mcm seminit jer. Ad banyak menceritakan pengalamannya
mengajar di beberapa buah sekolah. Aku bangga sangat kerana dapat memiliki
dia. Walaupun aku sedar yg aku ni serba kekurangan, tapi setidak tidaknya,
masih ada orang yg sudi untuk berkongsi kasih sayang dengan aku. Aku belum
pernah jumpa manusia sebaik dia sebelum ni. Walaupun banyak rintangan yang
aku tempuhi semasa cuba mendekati dia, tetapi aku tetap bersabar. Dan
akhirnya cubaan aku berjaya walaupun usia perhubungan ini masih terlalu
muda.
Tapi cuma satu je perkara yang aku tak suka. Dia terlalu berkira dengan
aku. Dalam erti kata yang lain, dia langsung tak mau aku berkorban masa dan
wang ringgit aku utk dia. Sebagai contoh bila makan, seboleh boleh dia tak
mahu aku bayarkan makanan untuk dia. Dia kata yang dia tak nak termakan
budi banyak ngan aku sbb dia tak mampu nak membalasnyaa...
Tapi benda mcm tu senang je aku nak tepis, biasanya bila dia membebel
mengenai perkara tu aku akan jawab mcm ni,
"Saya tak kisahpun dengan apa yg saya lakukan utk awak. Semuanya iklas dari
hati saya dan tak perlu mengharapkan apa2 balasan. Berilah saya peluang utk
berkorban segalanya demi awak sementara saya masih ada, at least, bila saya
tak ada nanti, awak akan ingat segala pengorbanan yang pernah saya lakukan
utk awak......,"mmg nampak bunyi ayat tu mcm sedih jer, tapi itu je la yg
mampu aku jawab.
Makin lama aku bersama dengannya, aku dapat rasakan ade keserasian antara
kami berdua. Kalau dulu memang selalu bergaduh, tapi sekrang, kitorg akan
menikmati saat2 bersama dengan sepenuhnya. Tak perlu lagi nak bertegang
leher atas semata2 perkara yang remeh temeh. Nasihat dari kengkawan
terutamanya pengunjung setia weblog ini menjadikan aku lebih matang untuk
menangani sebarang permasalahan yang berlaku. Benar kata orang, tak kenal
maka tak cinta....nah sekarang aku sedang melalui saat bahagia yang aku
idam idamkan selama ini.
Aku tak peduli apa yang akan berlaku esok sbb sementara hari masih ada
untuk kita menikmati kebahagiaan, hiruplah ia sepuas puasnya....The
toughest part of getting to the top of the ladder, is getting through the
crowd at the bottom!
1 Comments:
Oh my God...it's sooooo romantic! Nothing more that'll make me happy than see people getting together and falling in love and caring to one another! Especially hadek hadek! I am so pleased with u both, Hazri!! Syabas! Harapnyer perhubungan ini akan berkekalan.. Sounds like he's such a kind hearted guy as well... u r so lucky..:) Don't ever throw that away! :)
So, bila ada wang dan kelapangan, datanglah Manchester dgn Adriey... u both r welcome!
Post a Comment
<< Home