ANAK ANGKAT
Semalam aku berjalan2 di Giant, boring sih duduk umah. TV plak asyik ulang
cerita yang sama je.Ujan pulak turun tak berhenti dari pagi. Tensen betul.
Epoi ade bermalam di rumah semalam. Tapi tengahari je dia dah balik. Nak
tak nak aku mesti siapkan plan aku tersendiri.
Umat manusia kt Giant memang ramai gile. Nak cari troli dekat setengah jam.
Semua fully used. Bengang punye pasai aku window shopping je kt kedai2 lain
kat situ.
Tetiba dalam dok aku berjalan, aku terlihat sepasang babies yg begitu comel
sekali. Geram sungguh aku tengok dia. Tapi muka babies tu nampak pucat
sangat. Keadaan dia dalam keadaan tak tentu arah gitu. Aku toleh ke kiri
dan kanan, tidak ade sesapa yang menjaga babies tu. Sedih ada, kesian pun
ada. Sampai ati mak bapak dia tinggalkan kat situ je tanpa ada penjaga. Aku
pun bertanya la pada sorang chinese kt sebelah dia. Selepas beberapa sesi
berdiskusi dgn chinese tu, aku decide nak bawak balik je pasangan babies
tu.
Tapi sebelum tu aku mencari beberapa bijirin utk keperluan dan juga bekas
kecil yang boleh memuatkan kedua dua babies tersebut. Dalam hati aku agak
surprised sebab selama ni aku memang teringin utk memiliki anak angkat. Dan
syukur Alhamdulillah akhirnya impian aku dimakbulkan oleh Tuhan..rezeki
tahun baru agaknya kan.
Bila semuanya dah selesai, aku lekas lekas pulang ke rumah. Masa tu kak wan
dah balik dari KL sbb dari jauh aku dah nampak kereta dia dalam car porch.
"mesti kak wan happy ni sbb ade ahli baru dalam rumah dia. dan aku rasa
mesti dia suka tgk babies yg cute ni." bisik aku dalam hati.
dan tekaanku memang amat tepat sekali. Reaksi kak wan begitu gembira
melihatkan kehadiran 2 babies cute tu. Walaupun pada mulanya dia memang
nampak agak terkejut. Tapi bila aku cuba meyakinkan dia yang aku mampu
menjaganya, maka dia pun setuju utk turut sama2 mengambil berat ke atas
babies tersebut.
Sampai je kat situ, aku letakkan babies tu di ruang tamu, aku sediakan
tempat tidonya. Aku siapkan bijiran utk mereka sebab berkemungkinan mereka
lapar. Dan dari raut wajah baby babies tu nampaknya mereka memang menyukai
rumah baru tu. Aku lepaskan mereka merayap dia atas carpet,....lincah btul
mereka!
Tak lama lepas tu aku bawak babies tu naik ke bilik. Mungkin dia dah
mengantuk dan aku semestinya memberi peluang kepada mereka utk berehat.
Aku pun sebenarnya amat penat dan rasa memang nak tido awal....sebelum tido
aku kucup dahi babies tu. Sayang sungguh aku kat dia. Tapi apa nama yang
patut aku bagi kat depa erk?..... sampai la tertido aku pikirkan pasai nama
diorg.....
Bangun pagi aku terlewat sikit. Tapi sempat aku jengok keadaan babies dalam
bekas. Depa tido lagi!! aku tak nak kacau depa,..biarkan je depa tido puas
puas....Aku kunci pintu bilik takut makhluk yang mengganggu babies
kesayangan aku tu......
Sekarang ni pun aku nak balik dah. Tak sabar nak tengok keadaan babies
tu....
Aku pun dah ada nama yang sesuai utk mereka.
Yang jantan tu aku nak panggil dia chip dan yang betina tu plak aku nak
panggil dia dale (chip & dale gitooo)...ahaks....
Inilah kisah pengalaman pertama aku memelihara hamster....memang dari dulu
aku suka kat hamster tapi baru sekarang je berpeluang utk menjaga...
3 Comments:
Wakaka..
Hamster rupanya.. BTW takut terpijak je hamster tu sbb kecik sgt. walaupun cute tapi kalau dia merayap-rayap kat badan kita aku rasa semacam plak.. eeee
-taufix-
hehe .. macam pernah dengar je olahan jalan cerita ni .. anyway .. seronokkan ada binatang peliharaan .. kat rumah sewa aku ada 3 ekor anak kucing yang betul2 cantik bulunya .. ee nak je aku gigit kerana geram lawar sangat ... sekadar tengok je .. tak sanggup kalau mereka berak merata-rata ..
Norman
hahahaha...at least bila ade binatang tu,bole gak la release tensen. seronok main ngan dia..tak yg betina tu suka sgt gigit jari bila kiter hulurkan kat dia...
Post a Comment
<< Home