Prosperity Burger Datang lagi!!!
Aku memanjatkan kesyukuran kepada Tuhan.
Tahun demi tahun aku melangkah, dan nah sekarang sudah masuk ke satu lagi
tahun baru.
Umur pun dah mencecah 25 tahun (tak sangka dah 25 tahun aku bernafas kat
dunia ni).
Macam-macam perkara pahit manis telah aku harungi.
Yang manis aku mahu simpan sebagai memori indah dan yang pahit pula akan
aku simpan sebagai kenangan dan pengajaran.
Sempena ketibaan tahun baru, aku tidak ke mana-mana cuma setakat
menyambutnya di rumah sambil menonton siaran ulangan Konsert Siti Nurhaliza
Tour di Astro. Sebenarnya sewaktu konsert tersebut di adakan pada bulan
Ogos tahun lepas, aku dgn jimmy turut datang dan kami betul2 berada di
depan stage. Bila aku melihat kembali malam konsert tersebut di kaca TV,
teringat kisah2 antara aku dgn jimmy masa tu. Erm, memang masa tu aku dgn
dia masih lagi dalam mood honeymoon. Maklumlah masa tu baru je beberapa
bulan kami kenal. Dan masa tu merupakan saat saat paling bahagia dlm idup
aku.
Aku ternampak2 diri aku dan jugak jimmy di kaca TV bertepuk tangan dan
melambai ke arah Siti., dan tetiba plak aku terasa manik manik jernih
mengalir di pipi. Sedih mengenangkan kebahagian yang hanya aku kecapi cuma
seketika. Hiba rasa di hati mengenangkan keakraban kami yang musnah di
landa gelombang(gelombang yg lebih hebat dari tsu nami agaknya). Gelombang
yang memisahkan satu jiwa menjadi dua........
Iskh iskh iskh.....
@!#%^$^&*^%#%
Beberapa bencana alam yang berlaku di dunia menyebabkan aku tidak mempunyai
sebarang mood utk menyambut new year countdown.
Kalau dulu pantang bila ada countdown, especially new year or merdeka day
mesti aku ngan aizat or topek akan turut serta celebrate. Kalo tak di KLCC
biasanya kami menyambutnya di Blu Bar.
Tapi itu kisah dulu dulu...kisah tahun 2004.
Tahun ni peratusan aktiviti sosial aku akan turun mendadak.
Ketiadaan kengkawan rapat yg se'PLU' mcm topek ngan aizat menjadi
penyumbang utama kemerosotan peratusan aktiviti sosial aku, di tambah lagi
dengan beberapa faktor persekitaran. Tapi aku tetap selesa dengan keadaan
baru sebegini, nice and cooooolll!!!
Abg din ada mengajak aku join dia berjalan2 di JB. Dalam pukul 7.30 malam
dia ada sms aku suruh aku bersiap cepat sebab dia dah nak datang amik aku
di rumah. Aku pun cepat2 mandi,pakai stoking, pakai kasut....
tapi tunggu dok tunggu dok tunggu sampai kul 8 mlm dia tak sampai sampai
lagi.
Dlm kul 8 lebih dia anto sms mengatakan dia akan tetap nak bawak aku keluar
tapi mungkin dlm pukul 9 ke atas.
Aku pun tetiba plak naik hangin. Tadi dia jugak yang kecoh2 suruh aku cepat
bersiap dan sekarang bila semuanya dah ready, dia plak lambat nak amik aku.
Aku pun reply sms dia, aku kata aku dah ade appointment lain dan dah kluar
dari rumah. Dalam hati aku memang frusted giler.
Beberapa minit selepas aku sent sms tu, dia call aku,....banyak kali dia
call...tapi aku langsung tak angkat...malas nak layan.......
Dok rumah tengok Tv lagi baik arr......tetiba kat TV keluar iklan Mc
Donalds..wargh! my favorite prosperity burger datang lagi!!!......aku pun
call Mc D delivery, siap order 2 set lagi...hehehe...tak lama lepas aku
call, delivery sampai....nyum nyum...sedapnyer!!!
Dan entah kenapa dalam pukul 12 tu mata aku masih belum mengantuk, kak wan
plak dah berlepas ke KL...katanya nak menyambut new year di sana. Maknanya
aku tinggal sesorang jer la kat rumah. Boy plak seperti biasa hanya memerap
di dalam bilik dia. Tak penah sekalipun dia akan join aku di ruang tamu utk
menonton TV sama sama.
Kebosanan membuatkan hati aku tergerak aku berjalan2 di sekitar JB town.
Lantas aku cepat cepat bersiap....dan terus drive menuju ke JB.
Sepanjang perjalanan tidak ada perkara yang menarik.
Sampai di Pantai Lido pun, tidak ada perkara happening yg membuatkan aku
tertarik.
Urgh...bosan sungguh!
Lastly aku decided nak balik rumah je, bukak TV kejap.....pas tu dalam kul
3 pagi aku tertidooooooo...............
Jam 8 pagi terbangun,
ujan renyai2 kat luar.
Dalam hati rasa nak ke pejabat. (kalau duduk di rumah bosan jugak)...
Aku pun pantas bersiap......1 Jan 2005..aku tetap
bekerja....hehehehe......................
Itulah kisah di hari baru Tahun Baru 2005.
Aku benar benar berharap agar aku terus mengecap kebahagian di tahun ini.
dan berharap agar aku sentiasa dianugerahkan Tuhan dengan rezeki yang
cukup, kesihatan yang baik dan jugak dijauhkan segala bencana ke atas diri
aku.
Aminnn....
2 Comments:
Hazri,
Aku terasa ko macam kesunyian je menjelang ambang 2005. Sebenarnya, kadang-kadang kesunyian itu mendekatkan kita dengan diri kita yang sebenar. Terlalu banyak masa kita sebenarnya adalah untuk orang lain.
Semoga sama-sama kita melangkah tahun baru ini dengan lebih banyak ketenangan, ketabahan dan keyakinan.At least tsunami membuatkan kita semua tersentak dari leka.
-taufix-
ahaks..yup,tsunami mengingatkan kite pada Tuhan yg Maha esa...manusia sering alpa..rakus dalam mengejar ambition,....'jadikan casa impian anda menjadi kenyataan' (ops..apa kena mengena casa impian dgn tsunami erk??)
Post a Comment
<< Home