...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Sunday, June 12, 2005

korang perasan tak?

Korang perasan tak?

Aku dah delete kebanyakan entry aku yang lepas2 yang mengandungi
unsur-unsur 18SX dan ke atas.
Semuanya gara2 nasihat daripada Abg X....dia kata tak baik
membangga-banggakan diri dengan maksiat yang dilakukan....

Siapa tu Abg X agaknya kan?

Kui kui kui....

Bagi aku tak perlulah diterangkan dengan detail sapa dia, cukuplah dengan
kenyataan bahawa Abg X la yang telah membawa perubahan besar ke atas diri
aku dalam jangkamasa sebulan yang lalu. Keikhlasan dan kejujuran 'dia'
dalam memberi tunjuk ajar dan nasihat membuatkan aku sedar tentang segala
apa yang telah aku lakukan selama ini...

Abg X mengajar aku betapa walaupun diri dia dan aku dilahirkan sebagai
insan PLU, namun kita kena terus berjuang untuk bertahan daripada melakukan
sebarang perkara yang boleh memudaratkan diri sendiri. Selama sebulan lepas
aku sering menyuarakan pendapat aku tentang perihal peribadi dan Abg X
cukup dengan hujah2nya dan aku akui semua tulisannya adalah benar dan tepat
sama sekali.

Keikhlasan Abg X terbukti apabila dia dan keluarga bersama anaknya
berkunjung ke kampung sewaktu upacara majlis perkahwinan kakak aku minggu
lalu. Walaupun sebelum ini aku belum pernah bersua muka dengan dia, tapi
dia tetap memberanikan diri datang dan menjengah sendiri ke tempat aku. Dia
kagum dengan apa yg dilihat di depan mata dia. Aku dikatanya seorang yang
boleh dikatakan sempurna, cukup sifat dan mampu menjadi pemimpian keluarga
yang baik, cuma 1 sahaja kekurangan diri yang aku perlu hadapi
iaitu....PLU... selepas pertemuan di kampung tempoh hari, dia menulis email
dan kenyataannya pada aku membuatkan aku terpegun seketika.

Banyak perangsang dari dia membuatkan aku lebih menghargai apa yang aku
ada. Isteri nya menyuarakan pendapat agar aku dijodohkan dengan seorang
guru tadika yang juga kawan baiknnya...walaupun Abg X sendiri menyerahkan
semuanya pada aku, tapi aku betul2 menghargai apa yang telah diorg
lakukan....sampai sekarang aku masih belum reply e-mail dari dia....aku
takut pada diri aku sendiri...dan aku takut pada apa yang akan berlaku pada
masa hadapan...

Abg X tau apa hubungan antara aku dengan Adriey, dan dia tak menghalang utk
aku meneruskan persahabatan dengan Adriey. Cuma dia berharap agar aku mampu
menilai baik buruk sesuatu perkara yang akan aku lakukan....dan menjauhkan
segala larangan yang telah digariskan oleh Tuhan Yang Maha Kuasa.

Aku redha dengan apa yang akan berlaku pada aku.

Hubungan aku dengan Adriey tetap bahagia tetapi tidak la too extreme macam
mula2 aku kenal dengan dia dulu.....dia pun sedar yang perhubungan dan
percintaan sesama PLU ini tidak akan ke mana-mana....so masing2 cuba
membantu di antara satu sama lain.....tak perlu nak difikirkan sangat 'erti
cinta' yang sebenar sbb seperti kata Aizat, biarlah 'cinta' yang mengemudi
sesebuah perhubungan....asalkan masing2 bahagia, dapat memahami antara satu
sama lain, dapat mengecapi nikmat2 idup bersama sudah cukup......dan itu
semua pasti menjadi memori yang cukup indah buat aku.......aku bahagia sbb
ade orang yg menyayangi aku..

Semalam Adriey memasakkan untuk aku ikan keli masak asam pedas dengan sayur
kailan....jam 7 aku dtg ke rumah dia amik bungkusan tu. Aku segan nak makan
kt rumah dia sbb ramai org..tp aku terharu sgt sbb dia buat semua tu utk
aku...tapi yang penting, masakan dia mmg ade ummpph...

Aku sebenarnya di opis ni, jap lagi nak balik umah dan tidooo kejap...

2 Comments:

At Sun Jun 12, 08:09:00 PM 2005, Anonymous Anonymous said...

Harus 'cikgu tadika' itu agak tercabar bila baca blog ini apatah lagi part Adriey masak ikan keli masak asam pedas dengan sayur kailan.... at least dia kena tunjuk kredibiliti dia supaya ko rasa it's worth kalau dia jadi wife ko nanti..

 
At Tue Jun 14, 06:38:00 AM 2005, Blogger Unknown said...

Tak tahulah apa nak kata tapi, jgnlah berputus asa camtu abt PLU relationship... sesusah mana pun, you have to work it out..kalau u ols percaya yang u ols memang both great to each other lah!
Tapi hakikatnya memang payah especially tekanan keluarga...... good luck, u ols!

 

Post a Comment

<< Home