Tuhan, bahagiakanlah diriku...
"Aku tak punya harta untuk buat kamu senang,
Aku tak punya rupa yang boleh buat kamu bangga,
Tapi aku ada 'rasa' yang boleh buat kamu bahagia..."
Ad: Apa hal plak ni emosional tengah2 malam ni?
Aku: Entahlah wak, saya pun tak tau kenapa, bila saya sunyi, bila saya sepi
dan jugak bila saya rindukan awak, saya akan berasa takut, takutkan
peristiwa lepas dalam hidup saya dan jugak bayangan masa depan.
Ad: Laaa..saya faham keadaan awak, sebelum ni pun saya tak penah kata
apa2...jangan la fikir yang bukan2...
Aku: Erm, awak nak tau tak saya tengah buat apa ni...
Ad: Ntah.
Aku: Saya tgh merenung gambar awak yang tak jemu mata memandang tu..
Ad: Hehehe....
Aku: Ad, mulai hari ni, saya tak nak lagi terlalu over dalam perhubungan
kita ni...tidak akan ada lagi ucapan mesra selamat malam dan selamat pagi
untuk awak...(berat hati nak cakap, tp terpaksa luahkan jugak)...
Ad: Apa ni mengarut? Jangan mula nak merepak....
Tetiba mata aku gelap,....aku terlelap semalam sbb terlalu penat...bangun
pagi ade beberapa sms dari Ad yang tak sempat aku baca dan reply
semalam....Kesian dia...
=======================================
Beberapa hari lepas ade pergaduhan besar jugak dgn Ad. Semuanya gara2 dia
mengajak aku duduk serumah dengannya. Mmg aku pun ade terfikir betapa indah
nye dapat stay together dgn org tersayang di bawah satu bumbung. Tapi?
Risiko tinggi beb...
Malam minggu lpas aku berterus terang kepada Ad ttg segala kemungkinan yang
akan berlaku dalam perhubungan ini...aku ceritakan padanya yang contract
aku dah nak abis bulan 9 ni...so hidup aku tak pasti samada akan terus
bersama dengan dia atau aku terpaksa berhijrah ke tempat lain pulak. Ad
betul2 kecewa dgn statement aku sampaikan dia bole majuk tak nak sms aku
lagi...bukannya aku taknak berkawan dgn dia lagi tapi aku mesti bersikap
jujur...tak mau lagi berlaku salah faham pada masa depan...pastu aku pun
ckp la aku pun mungkin tak bole nak sms lagi kt dia sbb kredit dah nak abis
dan terpaksa tunggu gaji masuk baru bole top up.....(dlm hati aku agak
mamat ni mmg majuk gile....)
Esok pagi sebelum aku bertolak naik bus, tetiba somebody kreditkan RM5 ke
dalam handpone aku, padahal masa tu baru je aku nak g kedai top up
sebenarnya (semata2 nak memujuk punye psai)...
Aku tau siapa yg top up kan tu tapi bila aku tanya Ad, dia tak ngaku la
konon...citttttttttttttt...
=======================================
Aku mintak nasihat kaunseling dari Johan berkenaan situasi yg melanda aku.
Fuh lega rasa bila Johan beri komen yang bernas pada aku - semuanya
berdasarkan pengalaman dia sebenarnya. Thank you Johan!!!
Walauapapun, aku doakan korang sentiasa bahagia. Watever dugaan yg melanda,
bertindak lah dengan bijak....sedangkan lidah lagi tergigit, inikan hati
dan perasaan.....yg penting kita berusaha ke arah mencapai kebahagian....
Aku hanya meniti hari2, membilang waktu dan ketika,....ayat dari mak aku
masa aku bertolak pulang semalam buat aku tersentak sekali lagi,
"Mak tak pandai nak carikan calon untuk Hazri, tp kak lang ko ramai
kawan..., Hazri pilih je mana satu yg nak, yg bertudung, yang tinggi, yang
kurus... semua dia bole carikan..."
Aku tersenyum sinis, tapi tetap ku kucup tangan mak selepas tu...
0 Comments:
Post a Comment
<< Home