...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Tuesday, May 17, 2005

Izinkan Ku Bercinta Lagi...

Semalam genap seminggu perkenalan aku dengan Ad, dalam tempoh masa
tersebut, aku telah berperang dengan perasaan aku sendiri. Banyak teori
yang tercipta dalam kepala aku. Semuanya melibatkan tentang hati dan
perasaan.

Minggu lalu juga merupakan tempoh paling getir dalam hidup aku untuk tahun
2005. Aku menyimpan perasaan terhadap seseorang yg aku sendiri tak pasti
samada dia turut mempunyai perasaan yang sama terhadapku.

Namun, semalam teka teki yang membelah hati dan sanubari aku akhirnya
terungkai jua. Seminggu aku mempertaruhkan jiwa dan raga aku tetapi
segalanya berakhir semalam,...nah! Lega rasanya....

Semalam aku balik awal ke rumah. Dari pagi lagi aku tidak tenang di ofis.
Gara-gara Ad yang langsung tak reply sms aku dari pagi sampai tengahhari.
Lepas lunch je aku berkesempatan menelefon dia, itupun dia kata busy dgn
Teacher's Day pastu kredit hanset dia dah abis. Aku pun mengiyakan jer la.

Sampai ke petang hati aku tak tenteram, kol 5.30 aku blah dari opis. Sampai
ke rumah aku nekad mintak kata putus dari dia. Sememangnya aku ni jenis
mudah prasangka buruk kt orang, especially org yg aku sayang sbb aku tak
mau sejarah percintaan aku terdahulu menemui kegagalan.

"Sy tak tau kenapa awak tak bole nak luangkan masa sesaat pun utk saya. Dah
genap seminggu perkenalan kita. Saya sayang kat awak sepenuh hati
saya,..bukan saya setakat nak berkawan dan sex shj sbb benda tu saya bole
dapat di mana2...tolonglah, janganlah biarkan saya digantung tak
bertali,"....begitulah bunyi ayat sms aku pada Ad petang semalam. Bunyi mcm
org frust gak kan sbb masa tu aku mmg betul2 terdesak.

Selama seminggu aku berkawan dgn dia. Kelmarin pun ade dia dtg umah aku tp
cuma sekejap..aku pernah sekali ckp kt dia yg aku sayangkan dia, tp dia ttp
cool jer, langsung tak bg hint kt aku yg menyatakan dia turut sama
mempunyai rasa yg sama dengan aku.

Tak lama lepas aku sent sms tu, dia trus call aku. Dia ckp dia ada kt bank
baru lepas kuar duit dan baru lepas top up handphone. Pastu dia marah aku
dia kata aku ni selalu pikir yang bukan2 terhadap dia. Dia kata lagi yg
hari ni mmg hari busy, banyak aktiviti kat sekolah sampai ke petang.

Aku pun diam jer. Malas sebenarnya nak amik kata2 dia tu. Konon-kononnya
memujuk aku la tu.....
Lpas dia letak phone, aku anta sms kat dia. Masa tu aku sedar yg dia ttp
mcm dulu. Tetap nak berkawan dgn aku walaupun didesak oleh permintaan aku.
Aku tulis yg aku mintak maap kt dia bebanyak....cuma aku terkilan sbb dia
cuba nak mempermainkan aku.

Tak lama lepas tu, dia reply sms tu,
"Saya sebenarnya sayang kt awak. Cuma malas nak bgtau awal2. Awak sendiri
yg ckp kita perlukan masa utk mengenali antara satu sama lain. Awak je yg
selalu pikir yg bukan,"

Masa tu perasaan aku rasa sebak semacam plak. Terungkai sebuah kisah cinta
yang tergantung.....memang, awal2 perkenalan kami aku dah sound kt dia yg
cinta dan sayang bukan semudah kita mengungkapkannya. Cuma aku sendiri yg
gelojoh sangat..tak sabar nak mendapat jawapan....lpas tu aku termenung dlm
bilik, malu sendiri........tak sedar rupa-rupanya aku tertido, dibuai oleh
mimpi2 indah bersama Ad,...

Malamnya, aku keluar makan di luar, sebelum tu aku ke kedai top up. Kredit
dah pun low...

Sebelum tido, aku dgn Ad tak putus2 menghantar sms, pelbagai isu yg cuba
diketengahkan, semuanya melibatkan hati dan perasaan masing2....

%$#@%$@^

Buat kengkawan semua, aku tak tau berapa lama perhubungan aku dgn Ad akan
berlangsung, semuanya aku serahkan pada Tuhan Yang Maha Esa. Aku akan cuba
utk memberikan apa yg terbaik utk dirinya. Begitu juga dengan dia.

Tiada lagi hari-hari di The Maze, tiada lagi nombor telephone sex partner
di dalam phonebook......tiada lagi insan lain yg bertakhta di hati
melainkan dia seorang....

4 Comments:

At Tue May 17, 11:08:00 AM 2005, Anonymous Anonymous said...

erk!! seminggu? dalam masa seminit pun kita dah bleh jatuh cinta sebenarnye..

Cherish all the beautiful moment with him coz when the time is come for u to leave him, u will realize that a lot of things yang u ingin buat tapi tak buat lagi.

As your friend, aku tumpang gembira walau sapa pun yang sudah mencuri hati ko. Nampaknye aku je la yang single skg ni ek. Johan, u dan aizat semua dah ada buah hati.

From shah alam with love

P/S; sms ko tu seolah2 mcm nak jemput g majlis kawen ko plak ek. ekeke..

 
At Tue May 17, 05:46:00 PM 2005, Blogger ? said...

thanks topek, aku syukur dengan pemberian terbaru dari Tuhan ni..

 
At Tue May 17, 07:43:00 PM 2005, Anonymous Anonymous said...

"tiada lagi belai tawamu.." - ditujukan khas pada the maze.

"cinta datang dan pergi, membuat ku sangsi, ku berpaut bayang sendiri.."

hazri, jika dulu aku lah insan yg tak pernah merasa akan cinta cuma bertepuk di sebelah tangan, hari2 itu telah pun aku lalui dgn kesatnya sekali tanpa reda. namun apa bleh buat takdir di tangan tuhan.

namun satu hari aku pernah berharap agar ketemukan aku dgn cinta, biar cinta yg bisa memandu hidup aku, cinta pada yg sangat menyintai kita. tiba2 satu hari yg tiada sangka aku merasakan debaran cinta itu depan mata aku. lalu aku kata kali ni pasti ku berjuang hingga aku miliki cinta itu dan bersedia utk kecewa jika cinta itu bukan takdirnya milikku.

tapi alhamdullilah cinta yg aku harap kan kini adalah cinta yg memandu hidup dan semangat aku. kini baru aku sedar betapa cinta itu penting. 'biological-need' tak penting sebenarnya(khas buat taufix) oppss! aku juga pernah kesal katakan tiada lagi semua itu club lah sauna lah tasek lah namun aku sedar tiada kejadian yg tiada hikmahnya jadik aku belajar menerima segalanya.

aku rasa ko paham akan apa yg ingin maksudkan diatas. org penah kata, hargai apa yg ada sekarang.

aku harapkan cinta ini bisa hingga ke akhirnya.

*a ah sokong sgt sms ko tu hazri mcm jemput nak ber5some..hehehe

from uptown with love

 
At Thu Jun 02, 11:52:00 AM 2005, Anonymous Anonymous said...

seronok ar baca story izinkan ku bercinta lagi.xde tips tentang cinta ker?sori ar msk laman web nie tanpa kebenaran dari tuan punye!!ape2 pun seronok melayari laman web nie...

 

Post a Comment

<< Home