...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Friday, May 20, 2005

Lelaki Idaman

Korang mesti dah tengok kan filem Tentang Dia,
aku suka sgt citer tu...sampaikan sekarang ni aku tgh mengumpul soundtrack
dia.....
aku suka 3 hit songs-Cinta (Melly feat dgn Kris), Tentang Dia (Melly ft
Evan) pas tu Lelaki Idaman (solo)....

Malam tadi aku menonton filem tu buat kali ke 3,
tapi ntah mcm mana mungkin kepenatan aku tertido...

Hening dengkuran aku terhenti bilamana Adriey menelefon aku....aku ckp aku
dah tido...pastu dia boleh bengang kat aku sbb langsung tak ucap selamat
malam kt dia.....

Aduishhh, rasa mengantuk aku terus ilang bila dia kata aku dah berubah tak
mcm saat mula2 kenal dulu...sebelum ni setiap malam mesti at least anta sms
kt dia ucap selamat, tp semalam aku btul2 penat teramat sangat sampai kan
terlupa semua tu......

Maka perang sms pun bermulalah selepas tu, aku ckp kt dia aku taknak
mengganggu kerjanya dan sbb tu lah kalo boleh masing2 kena faham dgn
situasi yang ada...lpas tu siap dia bole cakap lagi aku kepenatan ke sauna
sedangkan dah 2 minggu aku tak jejak ke mana2 tempat pun....

Aku pun tunjuk lagi laa kebengangan aku, aku tuduh dia yg dia bukannya tgh
buat kerja sekolah tp sedang berasmaradana dgn lelaki lain......aku saje je
nak pekenakan dia sbb dia tuduh aku yg bukan2, dalam hati aku mmg aku
percayakan yang dia takkan cari lelaki lain selain drp aku lagi....

Lama gak laa gaduh kt sms, aku cuba la memujuk dia....hehehe, lastly dia
pun cair gak laa..... ungkapan sayang dan selamat malam terakhir darinya
membuatkan aku akhirnya tertido jugak....

======================================

Entah kenapa erk,
Kalau selama ini aku lah pengejar cinta terhebat,
tapi bila aku dah dapat cinta dari seseorang,
aku pula yang rasa tawar hati....
Kenapa kalo dulu aku lah yang selalu dikecewakan cinta,
tapi sekarang aku pulak yang cuba menghindari diri ini dari cinta.....

Bayangan masa depan seringkali mengundang benakku,
Perkahwinan, keluarga dan cita-cita menjadi mimpi ngeri yang bakal menjadi
pemusnah hubungan cinta terlarang ini, tapi itulah hakikat yang terpaksa
aku lalui...

Tapi aku hargai kasih sayang yang ada,
yang takkan aku lupakan sampai bila2...

Malam ni aku berangkat ke Pahang, rindu pada keluarga di sana mengatasi
segalanya.....Ad setuju menghantarku ke bus station tengah malam nanti (aku
naik bus je kali ni)....tapi katanya dia nak dtg awal ke rumahku, ada
bekalan utk aku selama mana aku dikampung,...

Bekalan apa erk?? Hehehe..............

2 Comments:

At Fri May 20, 08:16:00 PM 2005, Anonymous Anonymous said...

Aku lagi teruk..

Kalau dulu akulah pecinta hebat.. kini aku seperti tidak peduli utk menilai cinta.. samada yang aku terima atau orang lain yang menerimanya.

Tiada cemburu atau teringin menjadi seperti mereka. Jika tidak, mana mungkin aku tega bersama dengan suami orang dan juga bf orang lain.

Adakah aku lebih bernafsu dari dahulu atau lebih slut?? Persoalannya, siapalah insan yang akan menghargai aku nanti agaknyer. Bertuahkah dia atau bermalangkah dia dapat aku?.. entahlah. ahaks.

Kalaulah aku boleh berlari kelangit....

 
At Mon May 23, 08:32:00 PM 2005, Blogger ? said...

amboi topek, camner jadi tang gitoo plak..xplain sket..muahahaha

 

Post a Comment

<< Home