Antara Cinta & Kasih
Tiada ku menduga
Setelah sekian lama aku
Sendiri menyepi
Hadirmu bak selembut bayu
Menghembus dingin wajahku
Mengeringkan airmata
Kau belaian dijiwa
Kau genggam erat tanganku
Membuat aku terharu
Keikhlasanmu sungguh
Mengusik emosi dan perasaan
Kau juga pernah Permainkan kini
Kau ingin aku membelai dijiwa
Walaupun kau bukan kekasih
Namun bukan sekadar teman biasa
Hadirmu membawa cahaya
Di hati dan terluka
Di antara cinta dan kasih
Apakah ada jurang pemisah
Hadirmu membawa cahaya
Di hati nan terluka
Oh sayangg.....
(Artist: Aishah)
#@!$$#@%%$^&**%
Aku tak tau sampai bila perhubungan aku dgn Adriey akan bertahan.
From that situation, aku tak terlalu berharap sgt yang perhubungan ini akan
kekal selamanya. Bukannya aku tidak ingin mendambakan diriku padanya, tapi
aku takut jika aku terlalu mengharapkan agar dia selalu disampingku
sedangkan pelbagai kemungkinan akan berlaku pada masa hadapan. Seperti aku
sendiri banyak commitment yg harus aku utamakan. Kerjaya, cita-cita dan
keluarga merupakan aset kebahagian aku yang paling utama dan aku harus
dahulukan 3 perkara tersebut berbanding perkara2 lain yg melibatkan hati
dan perasaan..dan dia pun harus sebegitu. Biarlah kasih sayang yang aku
bina hanyalah sekadar rencah yang menyedapkan lagi selera makanku. Aku
sudah tidak mahu lagi memperhambakan pada cinta...apatah lagi cinta yang
dibina adalah cinta terlarang...(buat kengkawan yg bercouple di luar sana,
aku mintak maap bebanyak kalo statement tu agak kasar sket, tapi itulah
hakikat yang aku pelajari selama mana aku menjalinkan hubungan dgn
Adriey)...
Selama seminggu aku mengejar cintanya, dan selama itu aku sedar hakikat
cinta yang hakiki. Aku dah lama sedar semuanya itu tetapi hanya aku sahaja
yg terlalu emosional dan extreme dalam mendefinasikan erti cinta....malam
birthday countdown kelmarin aku telah berdebat dengannya, 2 jam aku
meluahkan segala pendirianku, dan nampaknya masing-masing faham....
Seperti kata Misha Omar sewaktu memberi komen terhadap Mas dalam konsert
terakhir Mas AF3, "Misha sebenarnya sentimental sedikit hari ni. Misha tau
Kak Mas boleh menjadi penyanyi yang berjaya jika kak mas diberi sedikit
masa lagi untuk membuktikan yg kak mas mampu melakukannya," Begitulah
dengan diriku, aku perlukan sedikit masa lagi untuk mengenali Adriey dgn
lebih rapat,...segala apa yg terselindung akan terserlah, dan kemudian
barulah kasih dapat didedikasikan dengan sewajarnya....bukannya hanya cinta
pandang pertama yang lebih menjurus ke arah tuntutan nafsu dan bukannya
berasaskan kasih dan sayang sejati.
Walaubagaimanapun, kesunyian aku dahulu kini terisi dengan adanya Adriey di
sisi...tiada lagi gurindam sepi, tiada lagi bisikan nafsu di telinga, yang
tinggal hanyalah belaian kasih dan sayang padanya....demikianlah aku waktu
ini,...dan begitulah juga dengan dirinya terhadap aku....
Insyallah, bulan depan nanti aku dgn dia dah merancang ingin mengabdikan
diri bersama untuk berbulan madu. Cuma masa sahaja yg belum berkesempatan
dan tempatnya belum dipilih lagi. Dia plan nak pergi pergi ke
Genting...tapi tak tau lagi la bila...dan aku berhasrat utk memperkenalkan
dia kepada adik adik dan kakak kakakku yang ada di KL....mohon direstu
perhubungan kami ini...
Buat topek, johan, aizat dan semua teman2 pengunjung setia weblog ini,
kisah cinta suka duka aku telah korang kongsi bersama bermula penhujung
2004 sehinggalah ke saat ini. Tapi aku tak mampu untuk membuat penilaian
terhadap apa yang akan berlaku dalam sesaat yang mendatang...cuma aku
berharap walau apapun yang terjadi terhadap aku, aku masih tetap mempunyai
sahabat terbaik seperti korang semuaa.....
4 Comments:
so touching.. bergenang airmata..
Kita semua tak tahu apa yang akan jadi pada masa akan datang. Apa yang kita tahu, kita mesti nikmati hari ini dengan sepenuhnya.
Aku sendiri tak tahu nasib yang akan datang dalam diri aku. Aku mungkin bawa diri jauh. Sapa tahu kan..
Apapun aku hargai hubungan akrab kita ini.
er..apa yg bergenang nye topek...
oh my God! How cute can you be? Adriey oh Adriey..u r such a lucky guy! :)
Good luck to both of you. All the best! dan ingatlah satu perkara: UNDERSTANDING - very very important!
Klass gitu!
memang kita berharap akan sentiasa happy tak kira now or then tp kadang2 kita tak dpt nak menyangkal apa yg bakal berlaku even seminit akan dtg.
oleh itu letakkan kan 100% trust to ur love then let love conttols everything, akur pd takdir yg menentukan walaupun kadang2 kita agak benci dgn takdir itu namun apa bleh buat hanya dgn belajar menerimanya.
buat hazri, i know how hard for to fall in love kan and aku saksikan saat suka duka lara ko sebelum ni jdk ko hargailah apa yg ada sekarang dan cuba sekuat mana sekalipun to win his heart everyday.
all the best to u.
Post a Comment
<< Home