From BP With Love
Semalam Dila (opisamate) mengajak aku ke Batu Pahat. Katanya nak pergi
ambil komputer tunang dia kat sana. Kesian plak kat dia tak ade transport
pegi. Orang dah mintak tolong terpaksa la aku tunaikan.
Dila tu sebenarnya anak yatim piatu. Arwah mak bapak dia Singaporean tp dah
berhijrah ke Malaysia. Adik beradik dia yg lain kesemuanya Singapore
Citizen except dia. Kakak dan abang dia kesemuanya tinggal di Singapore
kecuali dia sorang jer. Aku malas nak cerita detail pasai Dila ni sbb latar
belakang idup dia memang menyedihkan. Kelmarin dia dah ceritakan segalanya
pada aku sampaikan aku sendiri yang menitis air mata. Iyela, aku ni kan
jenis sentimental gak orangnya. Tapi bab paling best bila dia tunjuk gambar
tunang dia. Pergh...kando gile. Tergoda plak aku. Hilang rasa sedih aku
malam tu..hehehe.
Tunang dia tu Leftenan Muda kerja dan menetap di KL. Maknanya, rombongan
aku ke Batu Pahat semalam semata2 hanya berjumpa parents tunang dia.
Walaupun aku sebenarnya kekok sket bila baru berjumpa ngan org yg baru aku
kenal, tapi keikhlasan pakcik dan makcik tu mmg membuatkan aku terharu.
Makcik tu sebenarnya Cina muaalaf, dan pakcik plak mmg Malay. Anak2 diorg
of course la semuanya cantik dan kando belaka. Tapi bukan benda tu semua yg
aku mintak, tapi cara layanan makcik mmg baik gile. Teringat kat mak aku kt
kampung, rasa nak balik la plak...waaaaaa....
Masa makcik bagi aku tengok gambar anak2 dia, sekali lagi aku rasa kagum.
Semua anak2nya dapat belaja tinggi2 walaupun keluarga diorg susah. Sambil
bercerita sambil kitorg tak abis2 makan. Sedar tak sedar hari dah malam dan
kami decide nak berangkat pulang.
Yang sedihnya bila aku tak dapat nak berjumpa Topek. Walaupun aku dah awal2
berjanji yang aku nak amik dia dalam perjalan ke BP tapi disbbkan aku ni
overconfident, akhirnya aku terlepas melewati umah Topek. Sememangnya aku
tak berapa familiar jalan kt area situ, lebih2 lagi kepala aku agak tension
disbbkan jarak perjalanan aku yang lama utk sampai ke BP. Aku terpaksa
mengharungi traffic jammed dari Pasir Gudang ke Plus Highway selama 3 jam!
Sedangkan masa sepatutnya hanya 45min- 1 jam sahaja. Di tambah lagi cuaca
panas menggila maka bertambah lagi la ketensenan aku. Tapi aku harap2 Topek
tak marah ngan aku sbb sebetulnya dia pun ade quite big problem hari tu.
Tapi bila dia cakap yg dia ade kawan yg bole tolong, aku pun lega laa...
Balik lepak gile kt rumah dan terlepas menonton AIM...ala.....
Bangun pagi ni plak, terlewat.....walaupun sepatutnya bercuti hari ni, tapi
terpaksa la aku lupakan hasrat bergoyang kaki di rumah semata2 utk
menyiapkan report dateline Selasa ni. So terpaksalaaa aku ke ofis
pulak...tensennnn btul!
0 Comments:
Post a Comment
<< Home