...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Friday, April 22, 2005

Fantasi Mimpi

Kak wan bercuti selama beberapa hari sehingga Ahad depan di KL. Maka
keseorangan la aku di rumah. Malam tadi aku tertidur di ruang tamu. Ntah
macam mana aku boleh termimpikan Ejai. Sahabat baik aku di kampus. Dialah
satu satunya rakan yang paling memahami diriku. Citarasa kami serupa. Tapi
perhubungan atas dasar percaya mempercayai telah ternoda disebabkan
kesilapan diri masing-masing. Eratnya perhubungan kami membuatkan kami
tanpa segan silu sanggup melakukan sesuatu yang diluar batas-batas manusia
normal. Sejarah yang berlaku kepada aku dengan dia membuatkan kami tidak
peduli apa yang kami lakukan.

Tetapi mungkin Tuhan lebih sayangkan kami untuk tidak meneruskan lagi
perhubungan terlarang itu. Perhubungan terlarang tersebut hanya berlangsung
pada tahun terakhir aku tinggal bersama dengannya sebelum menamatkan
pengajian. Dan sekarang aku di JB manakala dia di KL. Masing-masing membawa
haluan diri tersendiri.

Tapi entah kenapa iye, aku boleh termimpikannya. Bukan sekali dua tapi
banyak kali. Adakah aku rindukannya? Memang betul. Tapi kenapa boleh sampai
terbawa-bawa ke mimpi??

Tapi yang aku bengang sekali bila setiap kali aku bermimpikannya, mesti tak
pernah mempunyai ending. Dalam erti kata lain, mimpi aku tu tak
berkesudahan...aku akan terjaga sendiri di tengah malam. Selepas itu aku
tidur semula tetapi hingga ke pagi mimpi yang pertama itu tidak bersambung
walaupun aku benar-benar mengharapkannya!!!

0 Comments:

Post a Comment

<< Home