...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Tuesday, May 10, 2005

untitled

Aku cuba untuk melarikan diri dari terlibat dengan hal2 yg bersangkutan
dengan soal cinta, tetapi aku tak boleh nak menolak hakikat bahawa setiap
individu perlu untuk di sayangi dan menyayangi.

Perkenalan ku dengan insan bernama ADriey (semua insan nama AD plu ke?),
beberapa minggu yang lepas membuatkan hidup aku tak tenteram seketika. Ntah
kenapa hati aku tersangkut pada sikap dia yg begitu menyenangkan aku.

Hari Ahad kelmarin, dia datang ke rumah aku. Kebetulan, masa tu Kak Wan ke
KL. Aku dengan AD melepak menonton TV sahaja dari pagi sampai ke petang.
Tetiba plak dia kata perutnya sakit, mintak aku urutkan. Sebelum ni aku tak
penah pun menyentuh dia tapi ntah mcm mana malam tu naluri aku terhadap dia
semacam jer.

Jam 8.00 malam aku mengajak dia makan. Dia on jer. Mula2 katanya nak balik
ke rumah (dlm 15 minit drive dr rumah aku), tapi dia kata nak temankan aku
makan plak. Sambil tu dia nak story la sket2 pasai personal background dia.
Sebelum ni dia tak penah citer plak. Ntah kenapa malam tadi dia sentimental
plak.

Dari A-Z dia story pasai x bf dia yg meninggal dunia awal tahun ni. Katanya
eksiden on the way dari KL ke JB masa nak jumpa ngan dia. So aku pon turut
mengucapkan takziah kat dia dan mintak maap kt dia sbb bertanyakan soalan
yg menyentuh hati.

Kemudian, aku offer dia tido kt rumah aku. Hari pun dah lewat.

Kol 11 mlm kitorg tido sekatil, tapi ntah kenapa erk, aku dan dia hanya
sekadar membelai dan memeluk. Tak lebih dari tu.....tak sepertimana yang
aku lakukan pada mana2 cikjan yang landing atas katil aku, pasti menjadi
habuan.

%#@%^^%&*$*

Semalam aku top up handphone line 017 maxis aku, dah beberapa bulan aku
tak guna line tu. Lpas tu aku terpikir plak nak inform kat AD yg aku ade
alternative number. Masa aku nak call dia, aku tetiba pelik sbb no phone
dia dah mmg tersimpan dalam sim card maxis tu. Tapi just keluar as Unknown
je. Pikir punye pikir rupa2nya dia la yg slalu aku miss call sebelum ni.
Kiranya aku ngan dia pernah berperang miss call la gitu....

Lepas tu aku dpt idea. Aku try nak trap dia dan nak selidik latar belakang
dia. Aku pun anto sms kat dia bertanyakan hai dan salam perkenalan. Aku
ajak dia jumpa mlam tadi. Masa tu aku harap yg dia tak dpt nak cam siapa
aku sebenarnya.

Respond dia plak ok jer. Tapi dia ada tuition mlm tadi tak bole nak jumpa
aku (sebelum ni aku tak tau pun yg dia tu sebenarnya cikgu)....aku pun
memainkan dia lagi through sms. But at the end tu dia boleh sebut nama aku
dan tempat tinggal aku. Maknanya dia tahu la yg memainkan dia tu adalah aku
yang sebenar.

Aku pun surrender, terus call dia balik mintak maap.

Yg peliknya, dia kata no telephone maxis aku tu dah ade dlm phonebook dia
dah lama. Dia kata tahun lepas ade chatter dr KL mintak tolong dia carikan
rumah sewa di Pasir Gudang. Katanya chatter tu baru dpt keje kt JB (chatter
tu sebenarnya aku la!).... kemudian aku hilang mcm tu jer tanpa dia
mengetahui condition aku yg sebenarnya.

Lastly, barulah aku paham situasi sebenarnye. Sebelum ni aku penah
berkomunikasi dgn dia semasa aku belom berpindah ke JB lagi.....ntahlah,
Tuhan tu Maha Kaya kan, kalo dia dah nak pertemukan seseorang tu, Dia
tetap akan lakukan jugak. Sebabnya kerana semua urusan qadaq dan qadar
adalah ditanganNya...

Tp dalam tempoh perkenalan aku dengannya, dia memenuhi banyak ciri2 yg aku
suka. Walaupun aku sedar masih terlalu awal utk aku memikirkan perihal
kasih dan sayang...kerana aku takut perkara yg sama terjadi antara aku dgn
Haikal, Abg Din, Epoi, Azmi dan beberapa cik jan lain yg pernah memetik
bunga-bunga cinta di hati aku..cewahhh...berdasarkan pengalaman aku, orang
yg terlalu mudah melafazkan kata2 cinta, adalah merupakan orang yang paling
senang untuk memutuskan ikatan cinta itu- satu lagi pengajaran telah aku
perolehi sepanjang perkenalan aku dgn mereka2 itttieewww...

Perkataan cinta tak wajar untuk dilafazkan hanya bila pertemuan dengan
seseorang tu dibuat pertama atau kedua kalinya. Baik buruk org yang kita
suka itu tak terzahir dalam tempoh masa sesingkat itu. Sekurang2nya bagilah
masa percubaan untuk diorang mempersembahkan personal identity diorg yg
sebenarnya.

Malam tadi sebelum tido aku dan AD bersms. Bermacam2 soalan aku ajukan kat
dia. Ade satu soalan tu agak over sket...
"Kalo somebody yg awak baru kenal, lepas tu ajak awak tido kt rumah dia
sepertimana malam semalam bila i ajak u tido ngan i, adakah u akan terus
ikut atau ..???" .............is it too much ??

Tapi dia jawab cam ni,
"Kalo masa saya single mmg ade saya buat camtu. Tapi bila saya dah ade bf,
saya tak buat lagi. Tak semudah tu untuk saya..."

"Apa maksud awak tk semudah tu. Kalau Tom Cruise tak pun Rosyam Noor ajak u
tido, takkan u menolak kot??" aku push dia lagi.

"Hahaha, kalo mcm tu semua org takkan menolak. Saya pun mungkin akan
buat...tp kalau saya dah berbf, kemudian berjumpa ngan orlando bloom pun,
saya takkan lakukannya...." dalam hati aku just nak kata -bole percaya
ker??? ahaks.

"ooo...baguslah, bertuah arwah dpt bf cm awak. Tapi nak wat camner kan, dia
dah pergi dulu. Tapi ex bf awak tu mesti handsome kan, mix la katakan" aku
cuba nak menenangkan dia.

"nak wat cam mana, saya masih bersedih lagi ni. dia pun tak handsome sangat
la,..tapi caring la." katanya lagi.

oooooooooooooooooo...(dalam hati aku).

%#^%&%#^#&&#

Aku tak bole nak menipu diri aku sendiri. Terus terang dan jujur aku
katakan, sekiranya pada penilaian dia dan aku masing2 ada hard feeling, dan
sedikit masa diberikan pada aku dan dia utk memahami hati budi masing2,
maka tak mustahil istilah "pernah dulu ku fikirkan tanpa cinta tak mengapa"
akan menjadi "pernah dulu ku fikirkan tanpa cinta hidup seolah tak
bermakna.."

Buat masa ni aku just try to approach him at the best steps and try to make
him comfortable with me. Tapi ayat sms dia yg terakhir semalam membuatkan
aku sesak nafas sampai ke hari ni..

"mintak maap kerana menyusahkan awak malam semalam, dan terima kasih kerana
membelai saya semalam,...rasa bahagia sangat..."

opss.!!!

1 Comments:

At Mon May 16, 09:30:00 PM 2005, Anonymous Anonymous said...

Opppssss...

Kata-kata dari cinta kadang susah untuk kita tafsirkannya..

Tetapi setelah lama sendiri, ko berhak untuk jatuh cinta lagi walaupun ia untuk kali yang entah keberapa.

Jadi single walau macamanapun kita isi dengan aktiviti, ada hari2nya kita akan rasa sangat sunyi.

Cubalah kali ini..mana tahu bahagia itu milik ko sekali lagi..

 

Post a Comment

<< Home