Ku Ingin Bahagia
Tidak ada apa yang indah yang dapat dilakukan pada hujung minggu selain
dari berehat di rumah sambil menenangkan fikiran setelah 6 hari bekerja
dalam seminggu. Tapi agak malang bagi aku tatkala hari yang bahagia
sebegini memaksa aku ke pejabat. Semuanya gara-gara bekalan elektrik
terputus di kawasan perumahanku. Tak bisa aku berpanas sendirian di rumah.
Kak Wan pun tidak ada di rumah- agaknya ke pejabat juga. Lastly, aku pun
bertindak serupa. Lebih baik aku berada di office. At least, cuaca panas
sebegini akan terubat dengan suhu menyamankan dari air conditioner di sana.
Sesampai di office seperti biasa aku akan mendengar lagu-lagu favorite
dalam MP3, salah satu lagunya yang aku gemar sekali adalah nyanyian Melly
Goeslow berjudul "Ingin Mencintai dan Di Cintai"-soundtrack Ada Apa Dengan
Cinta. (sayangnya aku tak bole nak attach MP3 tu kat sini). Siti Nurhaliza
pun pernah nyanyi lagu ni sebenarnya dalam rancangan Astro Dari Studio 1
beberapa bulan lepas (versi Siti agak menarik berbanding Melly sendiri,
tetapi masing-masing ada kelebihan tersendiri).
Walaubagaimanapun, di sini aku bukannya ingin membandingkan kehebatan suara
artis mahupun lagu tersebut. Tetapi apa yang ingin aku rungkaikan di sini
adalah lirik lagu itu sendiri yang seolah-olah secocok dengan kehidupan aku
sebagai seorang PLU. Mungkin ianya datang dari persepsi aku sendiri yang
aku hubungkaitkan dengan apa yang telah aku lalui tetapi pada orang lain,
mungkin mempunyai maksud mereka yang tersendiri.
"Aku....Ingin ikuti kata jiwa hati nan waja." baris pertama lagu ini
menggambarkan betapa selama ini hidup sebagai seorang PLU sering sahaja
bersandarkan kepada rasa hati sendiri. Dalam pada masa yang masa, kecekalan
dalam diri menjadikan mereka berani untuk bertindak di luar landasan yang
sepatutnya. Sengaja aku tekankan ayat "Di luar landasan yang sepatutnya",
kerana sesungguhnya cara hidup PLU sememangnya salah. Tanyalah pada sesiapa
pun, ade ke yang akan mengiyakan bahawa melakukan hubungan seksual sesama
jenis adalah amalan yang diterima ramai?? Itu belum masuk bab
pendapat-pendapat dari mereka yang lebih menjurus ke arah hubungan antara
manusia dengan Tuhan (sengaja aku tak nak masukkan point tu sebab tak nak
meremehtemehkan sesuatu yang sememangnya complicated ini)...yang penting
kita aware dengan apa yang kita lakukan. Walaubagaimanapun, aku akui tidak
semua PLU suka melakukan hubungan badan sesama jenis terutama bagi mereka
yang masih mampu mengekalkan 'KEDARAAN' meraka tetapi mereka sememangnya
tidak dapat lari dari mempunyai nafsu ke arah lelaki juga. Sekiranya
seorang lelaki tampan lagi maskulin melintas di hadapan mereka, sememangnya
akan terdetik dihati mereka untuk mengatakan "Hensem sungguh lelaki itu,
alangkah indahnya jika dia menjadi milik aku!"....
"Aku sedang rindu pada malamku, Bersamamu...Kaget ku mengerang.....Norma
norma hilang yang ada hanya....Rindu." verse kedua lagu ini kelihatan agak
menjurus kepada naluri dan nafsu sendiri. Setiap kali malam menjelma,
setiap kali juga lah naluri dan nafsu mendatang. Apa taknye, hari siang
kita kerja, bila malam plak banyak masa terluang. And then, bila dah tak
tau apa yang nak dibuat, maka terungkailah maksud 'mengerang' iaitu
keinginan untuk melempiaskan nafsu. Apabila dah sampai tahap kritikal
sebegitu, maka kadangkala serba salah untuk memikirkan baik buruk perkara
yang akan dilakukan. Sehinggalah tindakan yang akan dilakukan adalah salah
dari segi terms and conditions sebagai seorang manusia yang normal..Tapi
apa maksud rindu itu yang sebenarnya....??? Kalau tak salah aku, SEKS
laaa....
"Aku tak bisa jelaskan mengapa bisa begini....Aku...selalu terdengar suara
suara yg mendayu...Rantaikan hatiku, bersamamu..... Di malam ini,
kuinginnnnnnn...'"verse ketiga lagu ini berkisar kepada perasaan PLU itu
yang masih kabur. Dia keliru kenapa Tuhan jadikan dirinya sebegitu..dalam
pada masa yang sama terdengar suara-suara dan bisikan nafsu yang menyerupai
jeritan jejaka-jejaka mampan dan HANGAT di luar sana yang inginkan dia
TIDUR bersama dengannya. Himpunan suara tersebut menjadikan nafsu semakin
bergelora....biarlah diri terseksa asalkan bahagia..tika dan waktu itu
gelodak asmara betul-betul mencengkam jiwa hingga terbayangkan jejaka
idaman telah berada di depan mata!!!
"Aku hanya ingin mencintai....., Aku hanya ingin dicintai....,Walaupun
banyak yang menentangku......,Ku hanya ingin,...Bahagia...," ini part
chorus untuk lagu ni. Nada iramanya agak tinggi, bertujuan untuk
mengiayakan bahawa setiap manusia takkan lari dari perasaan untuk menyintai
dan dicintai oleh orang lain. Ingin aku tekankan bahawa 'cinta' yang
dimaksudkan di sini adalah kombinasi kasih sayang, keprihatinan, tolak
ansur, kebahagian dan juga SEKS yang diperlukan oleh seseorang PLU dan
dalam pada masa yang sama kombinasi tersebut dikongsi dan didedikasikan
pada orang yang kita cinta. Mungkin ada di antara PLU tidak bersetuju
bahawa SEKS merupakan salah satu X-FaACTOR yang mereka cari dalam setiap
percintaan sesama jenis mereka tetapi ingin aku tegaskan bahawa tidak akan
ade satupun PLU di dunia ini yang akan menolak nafsu seks mereka seandainya
David Beckham ataupun Tom Cruise berbaring sambil berbogel di hadapan
mereka!!! Itu baru dibayangkan David Beckham atau Tom Cruise, blum lagi
jika seandainya 'Abang BATMAN' yang selalu menari di Club Blu Bar atau
Juruwang Plaza Tol Sunway yang hensem berbogel di hadapan kita. ???!!!
MELELEHHH BEB!!! Ade yang menolak ke? Walaupun ade perbezaan di antara Long
Term Relationship(LTR) dan juga Short Term Relationship (STR atau ONS)
tetapi SEKS memang tak bole hilang dari menjadi ramuan kedua-dua jenis
perhubungan tersebut. Ibarat makan sambal belacan tetapi belacannya tidak
ada, SEDAPKER sambal tu???
Dari perspektif cinta sesama PLU pula, aku akui memang banyak halangannya,
seperti yang telah aku katakan sejak awalan tadi. Namun, tekad dan keazaman
si PLU tadi membuatkannya lebih gagah dan menguji 'kejantanannya'
semata-mata untuk membolehkannya mengecap nikmat BAHAGIA di atas mukabumi
penuh berliku ini. Bahagia yang aku maksudkan di sini adalah berjaya
mengecap kenikmatan hidup bersama dengan orang yang kita cintai. Jika masih
belum berjumpa jejaka idaman, bahagia masih tetap akan menjadi milik kita
asalkan kita tidak dipaksa untuk melakukan sesuatu yang kita tak suka dan
dalam masa yang sama kita mampu untuk memenuhi kehendak yang diinginkan
oleh orang lain, tetapi dengan satu syarat, KITA BEBAS UNTUK MEMILIH JALAN
YANG MEMBAHAGIAKAN KITA.
Lagu Melly ni sebenarnya agak panjang tetapi bukan disebabkan liriknya yang
panjang, tetapi ulangan chorusnya. Aku selalu mendengarnya
berulangkali...seolah-olah lagu tu ditujukan khas untuk aku dan jugak
individu2 yang mempunyai naluri sepertiku di luar sanaaaaaa.....
"Aku hanya ingin mencintai.....,
Aku hanya ingin dicintai....,
Walaupun banyak yang menentangku......,
Ku hanya ingin,...
Bahagia...,"
uLaNG 100 KALI...
1 Comments:
terkenang zaman 'abg batman' dan ko jgn lupa ada sorang lg abg iaitu 'abg body sekoq upm'. sesungguhny tu semua kenangan lama kita dulu.
yup! aku pun kadang2 agak melatah juga bila org yg kita sayang tgk org lain dan kata depan2 aku org tu hensem. terdetip juga dlm minda aku klau lah org yg dia kata hensem and semestinya lah dia taste dtg pada dia dan ajak projek tanpa aku tahu. cam mane? lantas aku tpikir blk if i do the same thing mesti dia buat kan, yg penting saling percaya bila cinta. afterall though u have lover doesnt u didnt find anyone else attractive kan. thats y sometimes i try to rasional semua tu.
anyway i dont think i'm having a plu relationship. i consider is as natural love. klau lah aku bump kat sorang hot gals sekali pun then we both fall in love i wud consider it as pure love from sacred heart, isnt the str8 love. aku akui percintaan sama sex ni byk cabaran apatah lg klau org yg kita sayang tu penah ke tasek lah, ke sauna lah, ke club lah dan tau dia penah tidur dgn ramai laki lah.. mcm2 lagi lah, but that his past life b4 he met us kan. so kita pun penah buat the same things kan.
for the 1st time i feel love thats the tremendous thing ever happen to my live then what shud i do except love and appreciate him, that all i wanna do.
Post a Comment
<< Home