happy ending...
Lama betul aku tak buat entry dalam weblog ni. Kesuntukan masa,kesibukan,
membuatkan aku terlupa kejap utk mengupdate sebarang perkara baru yg datang
dalam hidupku.
Pertama sekali aku nak update cerita pasai 2 ekor hamster kat rumah yg
makin lama makin membuatkan aku sayang. Kak wan ade belikan wheel utk diorg
main. Boleh kata setiap masa diorg asyik berlari dalam wheel tu. Kekadang
bile balik kerja, seronok aku memerhatikan diorg bermain. Dan kekadang plak
aku ketawa sorang sorang melihatkan gelagat mereka.
Suasana di opis plak seperti biasa. Tidak ada apa yg menarik. 2 org budak
perempuan praktikal masuk semalam dari politeknik. Langsung tak menarik
perhatian aku, kalau lelaki tu takperla jugak kan...hehehe...
Erm, kat opis ni sebenarnya aku ade dapat member PLU baru....aku panggil
dia ijan je. Perkenalan aku dgnnya melalui ruangan chat interoffice. Kat
sini ade 2 program chat yg membolehkan semua staff boleh berkomunikasi
antara satu sama lain melalui networking. Tapi kebanyakan diorg suka
menyalahgunakan benda alah tu dgn berbual2 sesama sendiri. Dan aku plak
kekadang suka menarik perhatian diorg dgn menyamar sebagai seorang
perempuan yg diberi nama sbg syarifah (@ kak pah)....memula tu ramai yg tak
tau yg aku ni sebenarnya lelaki...tapi lama kelamaan ntah macam mana aku
terkantoi. Aku cuba utk menjadi 'lelaki' semula tapi ramai plak bebudak
jantan kt situ yg menyuruh aku kekal sbg seorang 'wanita' sbb kata diorg
watak aku sesuai sebagai 'kak pah' tu....koser btul!
Entah cam mana si ijan merupakan jantan yg selalu msg aku. Dan nak
dipendekkan cerita dia ajak nak jumpa ngan aku kt luar. Kebetulan rumah dia
tak berapa jauh dgn rumah aku. Dan dipendekkan lagi cerita aku berjumpa dgn
dia, tapi malangnya aku tak taste kt dia sbb very the chubby gitoo. Setakat
nak berkawan je boleh laa. Tapi aku minat giler kat housemate dia si azroy
(satu department dgn dia jugak). si Azroy tu la yg menyokong aku utk kekal
sbg wanita dalam chat. Dan dari cerita si ijan, si Azroy tu sebenarnya bleh
di makan.....dan aku plak sampai sekarang cuba nak adjust
dia........manalah tau rezeki aku....
Si epoi plak dah 2 kali anto sms kt aku. dia kecewa ngan aku sbb aku tak
berapa melayan dia sejak kebelakangan ni. Entahlah, aku sebenarnya berasa
agak bosan dgn dia. Aku rasakan something wrong yg ada pada dia yg
membuatkan perasaan aku berbelah bagi terhadap dia. Dan sampai ke hari ni,
aku tetap berdiam diri, sbb aku tau dgn cara tu jer aku dapat melarikan
diri aku dari bayangan dia. Entahlah, aku pun kekadang tak paham dgn sikap
aku sendiri. Susah nak dapat org yg betul2 aku taste. Adakah aku ni terlalu
memilih? Aku tau tak semua manusia tu perfect, tapi aku sentiasa mahukan
sesuatu yg lain dari yang lain...apa erk???
4 Comments:
lain dari yang lain? wah ape tu? saiz ke? ekeke :)
lupa lak nak sign.
-taufix-
erm,ntah la topek...aku sendiri pun sebenarnya bukan perfect sgt pun, tp aku sentiasa inginkan org yg betul2 sempurna utk menjadi pasangan aku..aku cuba untuk menghindarkan diri aku dan cuba utk menerima seberapa banyak org dalam idup aku dan aku mmg tak bole....kalo aku dpt detect org yg aku jumpa tu ade something wrong mesti aku akan pikir lain.
susah lah hazri nak cari yang perfect .. sebelum apa-apa pun kita kena lah nilai diri kita ni dulu perfect sangat ke kalau kita nak yang perfect ..semuanya ada kelemahan dan kelebihan masing-masing ...
hidup ni tak panjang .. janganlah berangapan dunia ni umpama filem ..
Norman
Post a Comment
<< Home