sedih dengan citer topek!
semalam aku bukak weblog topek,
cam rasa nak nangis je bila aku baca kisah idup dia.
erm,
sebenarnya dulu pun aku penah melalui saat2 macam tu,
kekadang tu duit poket tinggal berapa sen jek,
masa tu la ke hulu ke hilir menepon adik beradik mintak dimasukkan duit ke
dalam akaun.
dan nasib baik la aku ada sorang kakak yg belum kawin dan yg bole aku
bergantung harap.
nak mengharapkan duit PTPTN, aduish....jenuh dok menunggu!
bayangkan 3 semester terakhir aku tidak mendapat sebarang sponsored!
rasa cam dah kematu kaki ni turun naik ke tangga pejabat HEP,
staff HEP dan kenai sgt dgn muka aku,
dan dalam tempoh 3 semester tu,
memang merupakan penyeksaan buat aku dan jugak yg lelain,
pernah jugak aku melaporkan pada newspaper,
separuh mukasurat lagi tu....siap pakai nama samaran lagi (MAHASISWA MALANG
kalau tak salah),
dan keesokan harinya respond dr pihak PTPTN keluar,
dan jawapan nya tetap sama iaitu mereka kekurangan kakitangan,akaun pelajar
salah,borang perjanjian yg tidak lengkap dan macam macam lagi alasan...
argh......
terpaksa aku terus menunggu sehinggalah final semester berakhir...........
masa tu mak ngan bapak aku dah tak leh keje berat...umur dah lewat
70....adik aku plak ade 2 org yg masih bersekolah....
kakak2 semuanya dah kwin, tp depa pon bukannya senang sgt,
nasib baik ateh aku yg sanggup jadi sponsor utama,
walaupun duit yg dia bagi pun kekadang tetap tak cukup,
tapi aku tetap kena idup,
cara lain aku settle kan masalah aku adalah dgn bekerja part timer kt
KFC....(cook lagi tuh tau!)
every weekend aku keje,
bile semester break plak aku keje full time,
dan benda tu berlarutan dekat2 setahun , sampai la final exam.....dan masa
tu aku dah dpt offer keje yg sesuai dgn qualification aku......
kalu diikutkan,
memang nampak susah sgt idup masa tu,
tak tekejar dek masa,
nak wat assingment, studio, paper work, testis-ops,,thesis la,....dan
macam2 lagi.....
tapi aku syukur sgt sbb aku berjaya tempuhi benda tu semua......
dan seperti biasa benda yg aku alami tu mendatangkan suatu teladan untuk
aku....
banyak yg aku belajar daripada kisah2 waktu tu........................
dan sekarang,
dah 2 tahun aku menempuh alam pekerjaan,
dan taraf idup aku dan jugak family makin lama makin ok...
mak bapak aku goyang kaki je kt umah,
kekadang depa dok menanam sayur kat ladang (kira cam exercise la tu)....
kesemua 6 org kakak aku dah berkahwin (termasuk ateh yg nak berlangsung
pada bulan 6 tahun depan)...
adik aku yg sorang lagi tu dpt keje government, tak lama lagi pun nak kawin
dah tu...
maka daripada 8 adik beradik aku,
tinggal aku dgn adik bongsu yg dok study kt polytechnic tu je yg masih blum
terikat ngan sesapa...ahaks,,,,,
erm,
tapi, ateh aku tu sebenarnya dlm dilemma,
dlm banyak2 adik beradik,
dia mmg dah banyak berkorban,
walaupun result SPM dia ok, tp dia sanggup berenti belaja terus keje
kilang,
semata2 nak tolong mak dgn abah,
umor dia skrang pun dah lebih 30 tahun,
banyak masa dia telah dihabiskan semata2 mengejar duit untk menampung
keluarga,
dan aku jugak tahu dah beribu duit dia abis semata2 utk membolehkan aku
masuk U,
argh,
tak terbalas jasa dia pada aku,
tp aku sedih sbb dia takut nak berumahtangga dgn jejaka pilihan mak abah
(org satu kampung jugak),
sampaikan mak abah bawak dia jumpa bomoh bulan lepas,
aku pun tak paham sbb apa,
dia susah sgt nak berterus terang dgn aku,
pelik tapi benar,
itulah yg bole aku perkatakan tentang akak aku tu,
kenapa manusia yg mempunyai akal fikiran dan nafsu yang betul mempunyai
masalah dalam memilih jalan untuk berumahtangga???
sedangkan ade org yg terlalu ingin utk berkahwin tetapi tidak mempunyai
nafsu terhadap pasangan mereka esp golongan homo dan lesbi..
kalo aku dilahirkan sebagai normal pun, sudah pasti aku akan memilih jalan
untuk berumahtangga, memiliki keluarga, memiliki anak2 yg boleh meneruskan
salasilah keturunan aku............
tetapi malangnya aku dilahirkan sebagai OKU (Orang kurang upaya!!!)-aku
tidak berupaya untuk meletakkan nafsu aku di landasan yg betul.....aku tak
mampu untuk menyinta dan bernafsu kepada wanita-that is the main problem!!!
pening pening dan pening,
topek pun pernah mengungkit tentang isu perkahwinan ni,
dan masa dok membaca tulisan dia tu,
aku pun terpikir jugak,
perlu ke tidak utk aku berkahwin suatu hari nanti........
aku ada kerjaya,masa depan yang cerah,ade mak abah yg memahami,ade family
yg penyayang,.....dan aku mampu utk mengejar lebih lagi daripada apa yg dah
aku ada sekarang,
tapi aku hanya inginkan berkongsi kebahagian itu dengan mak abah dan family
jer,
aku tak ingin berkongsi semua benda tu dgn org lain,
dan lagi satu,
aku ingin menjaga mak abah hingga ke akhir hayat aku,
aku nak tengok mereka senang,
lebih senang dari apa yg mereka ada sekarang,........
tapi aku merupakan anak lelaki tunggal utk mak dan abah,
harapan mereka sudah pasti untuk mendapat menantu perempuan,
dan juga cucu cicit hasil daripada benih anak lelaki tunggal mereka!
pernah satu hari mereka menanyakan aku perihal bakal isteri aku, tapi aku
buat tak tau jer.........
dan aku pasti suati hari nanti pasti mereka akan bertanyakan pasal perkara
tu lagi........................
walaupun mereka mungkin tidak akan memaksa aku untk berkahwin,
tapi jauh disudut hati mereka pasti mereka ingin melihat aku menjejakkan
kakj ke jinjang pelamin!
aku tak tau kenapa aku agak emosional petang2 sebegini,
mata dah rasa macam berkaca, (nangis ke??)
nasib baik udara air con mengeringkan percikan bak kaca tu..........
*******
aku tau topek akan tetap tabah,
setabah ibunya,
dan jugak setabah rakan2 'seiring dan sejalan' dengannya,
tak lain tak bukan aku,aizat dan jugak johan...........