...hari ini, esok dan selamanya....

"kadangkala, kehadiran seseorang membuat dunia lebih bermakna..."

Monday, May 30, 2005

Menanti JODOH datang menjemput

P/S : KORG JGN INGAT AKU NAK KAWIN LAK...CUME AKU SAJE NK SET TEMA ARINI
TOPIK KTE ADELAH PSL KAWIN...

ASSALAMMUA'ALAIKUM WRT.   "Melalui emel, seorang wanita bertanya apakah
keturunan menyumbang perihal
jodoh. Kakaknya sudah berumur 35 tahun masih belum berkahwin.
Usianya
sendiri sudah 25 tahun dan masih belum punya teman."

Tidak, jodoh tiada kaitan dengan keturunan. Hanya belum sampai
masanya. Ia
bagai menanti jambatan untuk ke seberang. Kalau panjang
jambatannya
jauhlah
perjalanan kita. Ada org jodohnya cepat sebab jambatannya
singkat. Usia 25
tahun rasanya belumlah
terlalu lewat. Dan usia 35 tahun belum apa2 kalau sepanjang usia
itu telah
digunakan untuk membina kecemerlangan. Nyatakanlah perasaan dan
keinginan
anda itu dalam doa2 lewat sembahyang. Allah mendengar. Wanita
baik untuk
lelaki yang baik, sebaliknya wanita
jahat untuk lelaki yang jahat.Biar lambat jodoh asalkan mendapat
Mr Right
dan biar
seorang diri drp menjadi mangsa lelaki yang tidak beriman
kemudian nanti.

Memang kita mudah tersilap mentafsir kehidupan ini. Kita selalu
sangka,
aku
pasti bahagia kalau mendapat ini. Hakikatnya, apabila kita
benar2 mendapat
apa
yang kita inginkan itu, ia juga dtg bersama masalah.

Kita selalu melihat org memandu kereta mewah dan terdetiklah di
hati kita,
bahagianya org itu. Hakikatnya apabila kita sendiri telah
memiliki kereta
mewah kita ditimpa pelbagai kerenah. Tidak mustahil pula org
yang memandu
kereta mewah(walaupun sebenarnya tak mewah) terpaksa membayar
lebih
tatkala
berhenti untuk membeli durian di tepi
jalan. Orang lain membeli dengan harga biasa, dia terpaksa
membayar
berlipat ganda.

Ketika anda terperangkap dalam kesesakan jalan raya, motosikal
mencelah-celah hingga mampu berada jauh di hadapan. Anda pun
mengeluh,
alangkah baiknya kalau aku hanya menunggang sebuah motosikal
seperti itu
dan cepat sampai ke tmp yang dituju. Padahal si
penunggang motosikal mungkin sedang memikirkan bilakah dia akan
memandu
kereta di tgh2 bandar raya.

Bukan semua yang anda sangka membahagiakan itu benar2
membahagiakan.
Bahagianya mungkin ada tapi deritanya juga datang sama. Semua
benda, pasti
ada baik buruknya. Demikian juga perkahwinan. Ia baik sebab ia
dibenarkan
oleh agama, sunnah Nabi, sebagai saluran yang betul untuk
melepaskan
shahwat di samping membina sahsiah dan sebagainya, tapi ia juga
buruk sebab ramai org yang berkahwin hidupnya semakin tidak
terurus. Ramai
orang menempah neraka sebaik sahaja melangkahkan kaki ke alam
berumahtangga.
Bukankah dengan ijab dan Kabul selain menghalalkan hubungan
kelamin,
tanggungjawab yang terpaksa dipikul juga turut banyak? Bukankah
apabila
anda gagal melaksanakannya, anda membina dosa seterusnya
jambatan ke
neraka?

Berapa ramaikah yang menyesali perkahwinan masing2 padahal
dahulunya
mereka
bermati-matian membina janji, memupuk cinta kasih malah ada yang
sanggup
berkorban apa sahaja asalkan segala impian menjadi nyata?

Jika tidak sanggup untuk bergelar isteri tidak usah berkahwin
dulu. Jika
merasakan diri belum cukup ilmu untuk bergelar ibu ataupun ayah,
belajarlah
dulu.
Jika rasa2 belum bersedia untuk bersabar dgn kerenah anak2,
carilah dulu
kesabaran itu. Jangan berkahwin dahulu sebab kenyataannya ramai
yang tidak
bersedia untuk melangkah tetapi telah melompat, akhirnya jatuh
terjerumus
dan tidak jumpa akar berpaut tatkala
cuba mendaki naik.

Berkahwin itu indah dan nikmat bagi yang benar2 mengerti
tuntutan2nya.
Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus2 bagi yang
menjadikannya
gelanggang untuk mengukuhkan iman, mencintai Tuhan dan menjadikan
syurga
sebagai matlamat. Berkahwin itu sempadan dari
ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan - bagi yang
mengetahui
rahsia2nya.

Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-Nya, bukan berkahwin
kerana perasaan
dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba
masanya ia
akan
datang menjemput, namun perlu juga anda membuka lorong2nya agar
jemputan
itu mudah sampai dan tidak terhalang.
*saya petik dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj

0 Comments:

Post a Comment

<< Home