noting to do
dah lama jugak aku tak update weblog ni. dah seminggu agaknya. mana taknya, keje tengah berlambak. project progress at the highest point. semuanya terkejar-kejar. aku plak yg masih dok terkial2. banyak betul benda yg aku masih tak paham. kesihatan plak tak berapa ok. tetiba plak dpt flu. ni yg paling tak tahan. keje kt opis dalam air cond. makin bertambah meleleh laa air kat idung...aduisshh.....
biasanya hari ahad aku lepakk2 ngan kengkawan. tp hari ni ade excuse. kak wan ade function kt desaru. hari isnin baru balik. boy plak aku rasa balik kampung. maknanya bolehlaa laa aku bermaharajalela kt rumah ni. hehehe.
aku tak tau aapa lagi yg nak aku update. takde apa yg menarik berlaku sepanjang minggu lepas. cuma perihal jiran2 aku skrang ni yg dok tengah berlumba lumba me'renovate' rumah masing2. minggu lepas jiran sebelah kanan dok sibuk besarkan dapur. lepas tu jiran depan plak yg sibuk renovate car porch dia. pas tu jiran sebelah corner turut serta nak besarkan ruang tamu dia. last sekali rumah aci sebelah kiri plak yg tengah sibuk renovate fencing dan gak car porch dia. begitu lah perangai makcik2 dan surirumah agaknya. tak bleh tgk org lain lebih sikit. mesti dia nak lagi bagus.
'mamashah' dari KL pun dtg jb last weekend. dia temankan kawannya shooting. saje je la nak jumpa aku sbb dah lama dah aku tak nampak muka dia. sempatla jugak aku bawak dia cik cur sekitar jb. dalam pada tu sempat dia tegur aku, dia ckp aku dah makin gemuk sekarang. btul ke? hehehe.....btul la tuh. berat badan aku dah nak cecah 62 kg skrang ni. sebelumnya cuma dlm lingkungan 58/59 kg jer..satu perkembangan yg menarik ni...mungkin takde banyak masalah yg aku nak pikirkan kot sekarang....yang aku tau-makan- tido jer...
3 Comments:
mmm..byk2 sabar je, sakit tu menghapuskan dosa-dosa kecik.. itulah hikmahnya..
mamashah? shah ex-housemate kita dulu ke? aku pun dah lama tak jumpe dia. Nanti kalau dah 'Aktifkan dirimu' semula rasa nak jumpe balik member2..skg pun aku busy ngn projek akhir sem ni.
laaaa ingatkan seminggu dok dalam maze tu! busy kat ofis ropa ropanya! heheheheh
iskh. takkan la masuk maze seminggu tak keluar keluar. ekekeke,
Post a Comment
<< Home