Sedutan Episod Pertama;
"Aku memandu berhati-hati dalam keadaan jalanraya yang agak licin. Namun kepala otak aku sentiasa bercelaru. Dan kekadang menyesal atas apa yg telah
berlaku. Semuanya gara2 peristiwa yang berlaku antara aku dengan salah seorang officemate yg PLU........"
**************************
Di belakang tabir "Rembak Yang Terkantoi"....
Kak Wan bercuti ke Langkawi bermula 1-5 September, maka keseoranganlah aku di rumah. Memang aku akui diri aku ni penakut sikit. Manakan aku boley stay di rumah 2 tingkat itu keseorangan. Bila aku bersendirian, kedengaran bermacam2 bunyi yang mengganggu, entah hantu jenis mana yg menakutkan dan cuba mencabar kejantanan aku. Kekadang kedengaran bunyi tapak kaki berlari di tangga (macam dalam citer Dark Water)- padahal sebenarnya bunyi tangga jiran2 sebelah je, kekadang plak kedengaran bunyi orang menajamkan pisau (mcm dlm citer I Know What U Did Last Summer)- yang sebenarnya bunyi hamster kt dapur sedang main dalam wheel.
Aku sebenarnya ada niat nak ajak Ad stay dengan aku selama 4 hari aku keseorangan tersebut, tp aku tak mau nyusahkan dia. Mesti rushing dia nak ke sekolah pada hari Kamis dan Jumaat tu (aku pikir nak suruh dia stay pada hari Sabtu dan Ahad)....disbbkan kebuntuan, maka aku membuat keputusan untuk mengajak Nazri, salah seorang ofismate yg aku masih sangsi tahap kePLUannya. Namun apa yg pasti, Nazri tu not bad looking...quite handsome laaa. Tapi yg
penting, hari Kamis dan Jumaat nanti aku tidak akan keseorangan. Aku menyuarakan niatku untuk di temani Nazri kepada Ad dan dia sendiri tidak kisah dengannya...
Aku mula mengenali Nazri beberapa bulan yg lepas. Konspirasi antara aku dan Hirzan untuk mengkantoikan yang dia ni seorang PLU telah lama berputik. Kami mula mengesyaki dia ni PLU kerana perwatakannya yg ala2 dan menjurus ke arah dunia tersebut. Lagipun sixth sense aku kuat mengatakan yang dia tu sejenis. Pelbagai usaha telah kami lakukan bagi mengkantoikan dia (seronok gak buat kerja mengkantoikan orang ni-rasa puas sangat)..dan akhirnya aku sendiri yang berjaya mencapai mission tersebut. Aku dah bawak dia ke The Maze malah ke Lido sekali. Tapi...dalam keseronokannya ke port PLU, dia tetap mengeluarkan statement yg dia str8 ..... tak paham aku!
Nak dipendekkan cerita, malam pertama aku dan Nazri tido bersama di ruang tamu. Aku tak expect nak buat something. Tapi nafsu aku menyatakan aku perlumencuba. Thats y aku cuba merapatkan tubuh aku ke Nazri dan dia membiarkan sahaja. Hati aku berdebar-debar. 2/3 kali aku memikirkan bahawa perlu ke aku melakukan semua ni. Tiba-tiba Nazri mengiringkan tubuhnya dan menarik tangan aku dan suruh memeluk badan dia. Oh My God!!!
Namun Alhamdulillah, tidak ada apa yang berlaku pada malam pertama.
************************
Hari Jumaat, aku mengantuk sangat sehinggakan tidak mampu nak buat kerja2 pejabat. Hujan lebat plak menambahkan feel untuk tido. Maka aku dan Nazri decide nak rehat di rumah tengahari tersebut.
Cuaca semakin sejuk...kipas angin berputar kencang. Aku terbaring di ruang tamu....Nazri pon mcm tu jugak....aku sejuk....Nazri pon sejuk....
Lantas tangan pantas memeluk dia....dia rela....aku pasrah........
%&^&#^%&&$^*((*)(%^&$^&$^*
***********************
Nazri minta aku menghantarkan dia balik ke rumah di JB pd tengahari Sabtu. Aku tak kisah dia balik sbb aku nak spend Sabtu dan Ahad bersama Ad. On the way ke JB, aku pick up Ad di rumah dia dahulu sbb aku mmg teringin jumpa dia dan aku nak ajak dia jalan2 ke JB. Lagipun aku malas nak ulang alik ke sana sini.....sbb tu aku angkut sekali Ad ke rumah Nazri..
Sesudah Nazri turun dan bergerak ke rumahnya, aku sudah melihat riak wajah Ad yang semacam.
"Awak cakap kat saya terus terang, awak ada main ngan Nazri tu tak,???"lancang sekali mulut Ad melontarkan kata2nya. Aku menggelabah sekejap. Tak tau nak cakap apa.
"Baik awak cakap terus terang. Saya nak awak bersumpah dengan nama Tuhan, awak ada main ngan Nazrin tu tak!!!!!!!???Saya tak percaya yang dia dan awak hanya tidur semata!! Rasa dapat rasakan ada someting yang berlaku malam tu!!!,"suara Ad makin keras. Getarannya membuatkan aku serba salah.
"Errr...iyaa...ada,"aku terpaksa mengaku. Perkara sumpah tak bole di buat main. Aku tak nak di makan sumpah.
Ad mengamuk dalam kereta. Aku bengang giler. Hanya Tuhan je yg tau apa keadaan yang terjadi masa tu. Pelbagai hujah di kemukakan oleh Ad. Aku hanya biarkan Ad dengan kemarahan dia. Mana2 statement yang aku bole jawab, aku jawab. Tapi most at the time aku diam. Itulah ubat paling mujarab sebenarnya.
Hangatnya perdebatan di bawa ke Jusco. Aku paling tak suka kalo bergaduh depan makanan, tp nak buat mcm mana, benda tu kena settlekan hari tu jugak.
Ad mengatakan yg aku ni buaya, penipu, pentingkan nafsu, nak sex ajer, selama ni aku tak jujur dengan dia, sengaja tak ajak dia tido pd hari Kamis dan Jumaat
sbb aku ada reason nak main ngan Nazri......dan 1001 alasan yang memang menyakitkan hati aku.
Dan aku plak mempunyai alasan aku yang tersendiri.Beberapa hari sebelum aku tido ngan Nazri, ada perselisihan faham dan pergaduhan dgn Ad. Pergaduhan tersebut boleh dikatakan hebat sehingga menyebabkan aku dah putus harapan utk hidup bersama dia. Aku nak balas dendam, aku nak hancurkan perhubungan aku dengan Ad dengan cara mengadakan hubungan dengan orang lain. Aku betul2 kecewa masa tu.......tapi dalam pada itu, hubungan yg aku lakukan dengan Nazri tidaklah mesra dan hangat. Tidak ada pelukan ghairah. Tidak ada oral practise. Tidak ada kissing. I just masturbated him!!!! Nazri tidak ada X-factor yang
boleh membuatkan aku tertarik dan melakukan lebih dari sekadar itu...sayang aku masih pada Ad....Ad ada segala2nya yang aku suka tapi Nazri tidakkkk....
Lpas makan aku hantar Ad ke rumahnya. Jelas dari riak wajahnya yang tidak ingin melihat mukaku lagi. Aku pasrah je pada Tuhan. Aku sayangkan Ad... aku tak mau perpisahan. Tapi kalo dah ketentuan Tuhan menetapkan perpisahan, maka aku tak boleh nak tolak.
Kehangatan bahang mentari siang mula tenggelam dek kegelapan dan kedinginan malam. Namun hati aku masih panas, telinga aku berdesing bila teringatkan tuduhan Ad. Aku tau aku bersalah. Sebelum ni pon aku penah janji kat Ad yang tidak ada orang lain dalam hidup aku selain dia...tp Ad tak bole nak salahkan aku seorang atas kesilapan yang telah aku lakukan. Dia pon sebenarnya bertanggungjawab atas 'kecurangan' yang telah aku lakukan!
Aku berhubung dengan Ad menerusi sms. Aku mengajaki dia dinner bersama. Jenuh jugak aku pujuk dia....tp alhamdulillah, hati dia jadi lembut....
Selepas makan aku menyuarakan yang aku ingin tidur bersama Ad mlm tu...dia setuju dan disbbkan kepenatan yg teramat sangat, maka aku terus membawa Ad pulang ke rumah aku.
Aku membentangkan bedsheet di ruang tamu. Mata mengantuk tapi ditahan. Ad masih leka menonton TV dan kadangkala, mulutnya tetap menyuarakan ketidakpuasan hatinya dengan aku. Dia terasa dirinya di madukan dan lebih hebat lagi, dirasakan dirinya seolah2 seperti seorang pelacur!...aku tersentap.... Aku ajak dia baring....aku peluk dia perlahan2...aku bisikkan kata kemaafan....aku ungkapkan kata2 sayang.....aku usap ubun2 kepala dia....dan aku tak
sedar.. air mata aku menitik di atas helaian rambut Ad.
Aku main2kan jari jemari ke pipi Ad yang lembut. Aku kucup pipinya. Aku kucup dahinya. Aku pegang jari jemarinya.....aku peluk Ad sepuasnya. Aku nyesal dengan apa yang berlaku......aku tak sengaja curang...hubungan aku dengan Nazri tak lebih dari sekadar satu kemalangan.
Malam semakin larut, cengkerik bersahutan di luar....kedinginan malam semakin menusuk sum sum.....berlalu sudah bahang siang...dan juga amarah Ad yg sejak siang tadi tidak henti2 menghamburkan kata2 benci pada aku.....
Nah ! Ad selesa dalam dakapan aku. Berlalu sudah Ribut Katrina yang datang dalam hidup aku siang tadi....harap aku dan Ad akan begini, sampai
bila-bila....
**********************
Aku mati2 ingatkan cerah mentari sampai ke petang, rupanya hujan di tengah hari.
Rabu lalu aku bahagia makan malam bersama Ad. Namun peristiwa aku dengan Nazri masih belum hilang dari ingatan dia.
Dan tiba2 dia naik marah........
........to be continued