Isnin (6 June 2005) merupakan hari yang paling mencabar sepanjang tahun ni.
**********************************
Aku sampai ke JB dari kampung tepat jam 7 malam. Perjalanan jauh benar2
menguji tahap kesabaranku. Penat tak terkata. Tapi disbbkan aku dah ade
date dgn Adriey malam tu, so aku pon speed kt highway mencecah
120km/h....nasib baik laa aku ni boleh dikategorikan sebagai pemandu
professional...hehehe...
Sepanjang aku di kampung, perasaan rindu aku pada Ad benar2 mendalam. Tapi
pada hari tu aku kecewa dgn dia sbb dari pagi sampai ke petang dia langsung
tak hantar sebarang sms kpd aku. Aku ni pun jenis yg mudah berprasangka
buruk dan selalu memikirkan yang bukan. Perasaan aku dihantui dgn
kebimbangan dan penuh kecurigaan terhadap Ad. Aku tak tau kenapa aku
dilahirkan sedemikian tp apa yang aku tau, hidup aku resah gelisah bila tak
bertemu dgn dia walau sehari.
Aku menunggu Ad di rumah pada hari tu. Tp dia tetap tak muncul2 juga. Hati
aku berdetik dan memang dah nak marah kt dia. Mana taknya, aku rushing
giler kt highway semata2 dapat jumpa dia awal, sbb esoknya aku nak keje.
Kalo bole lagi awal jumpa lagi bagus. Bole aku rehat dan tido sepuasnya.
Tunggu punya tunggu tetap tak sampai jugak. Perasaan aku berbaur. Aku
perlukan seseorang untuk membantu di saat aku menghadapi setuasi sebegitu.
Tak lain tak bukan Johan yang akan menjadi kaunselor aku...
"Aku nak lupakan Adriey, tak tahan lagi lah dengan perangai dia,"begitulah
ayat sms aku utk Johan.
Dengan penuh confident aku terus menekan botton send. Tapi tetiiba aku
teringat, nombor yang aku pilih tadi bukan nombor telefon Johan
tetapi..........
OH MY!!!!!!!
Aku terhantar sms tadi tu ke Adriey!!!!! (sbb dah terbiasa sgt bersms
dengan dia!!)
Aku cepat2 cancel dan off hanset tu moga2 sms tadi tak sampai ke Adriey.
Tapi sayang sekali bila aku switch on semula, ade report mengatakan yg sms
terbaru tadi tu selamat tiba ke nombor telefon Adriey.....hati2 aku
bagaikan berkecai masa tu. Bila2 masa jer mamat tu akan fire aku. Bermacam2
gambaran terlintas di kepala otak aku masa tu,....tak lain tak
bukan....sebuah perhubungan akan terlerai hanya dalam beberapa minit sahaja
lagi..
Tak lama lepas tu Adriey fowardkan sms tadi tu kpd aku. Dia tak sangka
betul aku bole menganggap dia sebegitu.
Aku terdiam jer. Membisu 1000 bahasa. Memang salah aku pun terlalu ikutkan
perasaan.
Ad bagitau yg dia dah on the way nak ke rumah, nak hantar semua barang2 aku
kt dia. Dia cakap jika dia tak sampai dalam tempoh 30 minit, pandai2 la aku
nak cari dia kt mana iaitu -hospital.....Aku tak mampu nak kata apa2
lagi...dunia aku rasakan macam dah nak terbalik.....
Aku ttp menunggu. Tapi dia tetap tak sampai jugak. Tak bole jadi ni. Aku
start enjin kereta keluar terus meluncur ke highway menuju ke rumah dia.
Baru je nak belok ke simpang, Adriey call. Dia kata dah sampai depan rumah
aku. Aku pun patah balik.
Aku masuk dan duduk di dalam kereta Ad. Aku diammmmm je...hanya menunggu
kata2 panas dan pedas dari dia....bermulalah sesi muzakarah dari
Ad....(tapi aku tetap diammmmmm-seperti kata Johan, dalam sesetengah
keadaan , diam adalah lebih baik daripada berkata2)...
"Saya mintak maap kt awak, mmg kekadang saya makan hati dgn apa yg awak
buat....sbb saya blom dapat memahami jiwa awak sepenuhnya...bagilah saya
peluang," aku mula bersuara bila tengok dia makin cool.
"Kalau awak mmg betul bencikan saya, tak apa. Tapi tolong temankan saya
makan. Nasi dgn lauk pauk saya bawak dari kampung dah saya panaskan di
dapur. Mmg saya bawakkan utk awak. Saya betul2 terkilan kalau awak tak nak
menjamah walau sesuap. Tolonglah tunaikan permintaan saya yg mungkin utk
kali terakhir ni,"aku dah makin kuat utk berkata2. Tapi tetap dalam nada
sebak. Aku genggam erat tangan dia...mungkin untuk kali yang terakhir .. ;(
"Saya nak balik!!! Baik awak turun sekarang, dah lewat ni. Tolonglaaaaa
dengar cakap saya!!!," Adriey meninggikan suaranya. Aku tersentap kejap.
Mmg hati dia betul2 kerasss...tp aku tengok mata dia berair.
Errrrrrrr.......%$^@%&%^
Perlahan2 aku membuka pintu kereta dia. Melangkah longlai ke muka pintu.
Tamat sudah sebuah perhubungan.......Terdengar-dengar lagu Kenny, Remy dan
Martin yang berjudul "Suratan atau Kebetulan" di corong telinga aku...
Aku ke dapur untuk mengemaskan barang2 makanan yang aku bawa dari kampung.
Perut yang lapar di tambah lagi kepenatan dan juga tragedi ngeri sebentar
tadi benar2 membuatkan aku bagaikan nak pitam.....perlahan2 aku
menyendukkan nasi ke pinggan. Aku cedok sedikit rendang dan gulai.
Menyuapkan ke mulut perlahan-lahan.....sedih gile masa tu!
*******************************************
Tiba-tiba Adriey terpacul di pintu dapur......aku merenung dia kehairanan.
"Kata tadi nak suruh saya temankan awak makan?"dia mula bersuara bila
melihat aku yg tetiba kelihatan mcm kena electric shock...
Aku senyum sinis......
"Duduklah," aku menyapa dia. Lantas melabuhkan punggungnya di tangga. Aku
duduk di sebelah dia. Dalam hati aku tak menyangka yang dia berubah hati
dan sudi masuk ke rumah berjumpa dgn aku lagi.
Aku menyuapkan makanan ke dalam mulut aku. Kemudian, aku suapkan ke mulut
dia plak.
Adriey: "Jangan banyak sangat, gusi saya sakit lagi ni," kebetulan gigi
geraham bongsu dia nak tumbuh.
Aku: "Awak nak Mushroom soup? Saya panaskan air kejap," kesian punya pasai
terpaksa la aku sediakan makanan lembut utk dia.
Aku panaskan air dan bancuh soup campbell..bagi dia cecah dengan roti.
Mempelam yg aku bawak dihiris2 ke dalam pinggan (buah favorite dia
tu)......
Aku: "Dah, jom kita duduk kt bawah je, tak elok makan kt tepi tangga," aku
tarik tangan dia duduk bersila di dapur. Kitorg sama2 menjamah makanan yang
ada.....sambil tu kitorg berborak....
Lpas makan dia mandi dan tido di dalam bilik. Aku pun yg masih penat hanya
mampu terbaring di sebelah dia sampai ke pagiiii.......berakhir sebuah
episod ngeri dalam kehidupan aku. Banyak pengajaran yang aku
dapat.......semuanya bermula kerana kesilapan sms......
Tapi bila aku pikirkan semula, nak tergelak pun ada, nak melatah pun ada.
Namun yang pasti, aku telah berjaya mengharungi malam tersebut dgn penuh
sabar....terima kasih buat Johan yang membantu aku...
****************************************
Bermacam2 perkara yang berlaku semasa 4 hari aku dikampung.
Antaranya adalah:
1) Pertemuan aku dgn Cikgu K (org yg telah mengheret aku ke dunia sebegini)
2) Kisah family yg tak penah nya berkesudahan
3) Kedatangan Abang XX ke rumah pada majlis perkahwinan kakak aku
4) Aku menjadi pengapit pengantin (bidan terjun jer)
5) macam macam lagi laa...
Cuma masa yg menghalang aku utk mengarang..banyak report yg nak disiapkan
baru bole buat ayat menarik utk tatapan semuaaaa....
Jumpa lagi nanti...