Semasa aku mengadap ayam KFC sambil menonton Buletin Utama malam tadi, aku
dikejutkan dengan panggilan telefon daripada Izan.
"Aku ada berita hangat untuk ko Hazri," Izan memulakan perbualan.
Dari nadanya aku tau ade semacam berita yang amat penting yang nak
diberitahu kepada aku. Lebih penting daripada berita tragedi gempa bumi
yang berlaku di Iran yang terpampang di kaca TV.
"Huh, apa dia Izan? Ko kat mana ni?" nada aku tinggi sedikit. Tanda
protes aku terhadap dia sebab mengganggu aku yang dok khusyuk makan.
"Aku kat The Maze ni. Aku just nak inform kat ko yang aku ada nampak
Defli kat sini.!!! Defli budak department ko tu!!" Izan menyambung semula
percakapannya.
"Huh! APA!!???"
Sucks !^$@%$^@$
Aku tersentak kejap dengan jawapan yang diberi dek Izan. Nasib baik
tak tercekik tulang ayam. Statement yang dikeluarkan oleh Izan sebentar
tadi memang mengejutkan aku sama sekali!
"Biar btul Izan, confirm ke dia? Ntah-ntah orang lain tak?" Aku cuba
menepis tohmahan Izan. Pada aku tak mungkin Defli pun ‘sejenis’ dengan aku.
Kot-kot dia salah pandang. Lagipun kat dunia ni kan ade 7 orang yg
mempunyai rupa paras yang serupa.
"Beeetullah Hazri, Lill Lah. Sumpah! Lagipun Red kata budak tu datang
dari Indonesia. Tak berapa pandai cakap Melayu, sahlah mamat tu Defli!!!",
nada Izan makin serius, tanda marah dia pada aku sebab tak percaya
kata-kata dia. Red bf Izan tu memang duty kat kaunter sauna hari ni, so
memang dia tau la serba sedikit background customer yang datang.
"Oklah Hazri, besok je kita sambung citer kat office. Byeee," Izan
memutuskan talian
Tutttttttttttttttttttttt
Aku termenung kejap. Segala macam bentuk perasaan yang berlegar di
kepala aku. Rasa macam tak percaya, terkejut, teruja, unrealized, surprised
semuanya ade. Tapi apa yang lebih penting, episod ini akan menjadi lebih
menarik kalau memang betul tekaan Izan tadi tu.
Tak lama lepas tu aku tinggalkan je makanan kt depan TV, bergegas
mencapai kunci kereta dan bergerak menuju ke rumah Defli yang jaraknya
lebih kurang 500 meter jer dari rumah aku. Tujuanku hanya satu, tak lain
tak bukan untuk memastikan samada Defli berada di rumah atau tidak. Aku nak
bukti yang menyatakan orang yang dilihat oleh Izan di sauna tadi adalah
Defli yang sebenar.
Sesampai di perkarangan rumah Defli, aku tidak melihat kelibat kereta
kepunyaannya. Car porchnya kosong. Lampu biliknya gelap. Nak je aku
mengetuk pintu dan bertanya kepada housematenya yang juga merangkap
officemate aku tapi malas plak nak mengganggu diaorang.
Sah. memang sah!! Memang betul la sangkaan Izan tadi. Setahu aku
Defli and ‘the Indon’ gang memang jarang keluar malam. Kalo setakat nak
makan, depa makan kt warung depan rumah je.
Erm, nak je aku menghantar sms pada dia tapi aku taknak dia tahu
tentang rahsianya yang dah terbongkar! Aku kena keep secret ni buat
sementara waktu. Jangan tergesa-gesa.
****
Defli tu sebenarnya expatriate kt office aku. Kira member kamceng gak la.
Dari segi style dan attitude dia mmg tak jauh beza dari lelaki-lelaki lain.
Misalnya dari cara berfesyen, lifestyle, grooming dan sebagainya. Workbench
dia plak berdepan ngan aku. So kalo takde keje tu memang kitorg chit chat
berdua je la. Umur dia plak tua setahun je dari aku.
Defli ni memang jenis open minded. Mungkin dia dah biasa ngan cara
hidup di Jakarta yang penduduknya lebih suka bersosial berbanding dengan
bahagian-bahagian lain di Indonesia. So, aku pun tak kekok nak bercerita
dgn dia about anything yang relates dengan lifestyle. Aku tak segan nak
bercerita yang aku ni dulunya kaki clubbing, kaki sauna, kaki cruising dan
bermacam-macam kaki yang berkaitan dengan social life. Dia pun ade gak
bercerita benda yang sama ngan aku. Sah la cara hidup aku dgn dia tak jauh
berbeza.Tapi setakat ni aku tak penah mendedahkan kepada dia yang aku ni
gay dan segala tempat yang aku pegi tu adalah tempat untuk kaki-kaki gay
(tak tergamak plak aku nak bercerita kt dia).
Tapi pernah suatu hari aku terlepas cakap kat dia yang aku selalu
pergi The Maze. Aku tercerita pada dia segala apa yang ade kat situ. Hari
Rabu yang lepas pun dia ade mintak aku bawak dia pergi sekali ke sana.
Hehehe, permintaan dia tu terpaksalah aku tolak beb. Takkan nak bawak
lelaki str8 cam dia ke sauna gay! Tapi aku ade bagitau lokasi tempat tu kat
Taman Pelangi tapi dia tak tau the exactly location of that place.
Bentuk badan Defli lebih kurang sama dengan aku. Muka dia sweet
jugakla. Dia ni pun engineer, so tak leh la nak dibandingkan muka dia
dengan lain-lain general worker dari Indon yang ada kat Malaysia ni. Memang
perangai dia happy go lucky dan aku senang sekali dengan dia. Dalam ramai2
officemate aku, dialah yang boleh dikatakan paling rapat dengan aku. Aku
senang liaise ngan dia. Mudah ajak berbincang.tapi, BTULKE DIA GAY???
Aku tak boleh nak pejamkan mata lagi. Persoalan demi persoalan yang
dok menerawang kat pikiran. Aku ade terpikir kemungkinan dia datang ke Maze
secara kebetulan berdasarkan direction yang aku bagi dan dia langsung tak
menyangka tempat tersebut adalah sauna gay. Sekiranya kemungkinan tersebut
betul, maka aku telah berjaya membuktikan kepadanya bahawa aku sebenarnya
yang gay!!!! Aku berjaya memecahkan pekung di dada aku
sendiri..hehehe..tapi kalo betul, malu aku beb! Mana nak sorok muka ni bila
orang dah tau siapa kita ni!
Erm, nak tak nak terpaksalah tunggu sampai esok jugak. Baru bole tau
cerita disebalik 1001 persoalan!