Semalam selepas berbuka di Tanjung Puteri Resort, aku bergegas ke rumah Ad,
sedikit juadah untuk dia aku bungkuskan. Memula tu dia keberatan nak
berjumpa dgn aku, rupa-rupanya dia demam. Aku ni plak jenis berdegil, kalo
boleh nak tengok dia jugak. So aku pon terus la ke rumah dia. Lagipun ada
satu hal penting yg nak aku ceritakan pada dia. Semua berkenaan masa depan
aku sendiri sebenarnya. Walaupun memulanya aku keberatan nak menceritakan
pada dia.
"Saya sebenarya ada benda yg nak dibincangkan dengan awak,"aku mula
bersuara. Berat mulut rasanya nak bercakap.
"Cakap jer la apa masalahnya," kata Ad.
Aku: "Erm..mcm ni la. Saya berbuka puasa tadi atas jemputan seorang wakil
dari agensi pekerjaan"
Ad: "OK, so apa masalahnya"
Aku: "Brader tu sebenarnya nak offer saya keje kat MSE. Dia suruh saya fwd
resume saya malam ni jugak, itu yg saya tengah pening ni. Dah la contract
saya kat company sekrang ni baru je renew. Lagipun rasa tak sedap la
tinggalkan keje yg tergantung kt orang lain. Saya suka keje skrang ni,
environment keje dia best"
Ad: "Erm, awak ni ade2 je la, ari tu masa kontrak awak kat company skrang
abis, awak kecoh nak cari keje, dapat interview ngan MSE awak taknak sbb
agensi bagi gaji sket, mcm lalang la awak ni..tak tetap pendirian!"
Dia dah start membebel. Aku diam jer. Panas gak telinga ni.
Aku: "Memang la, tp yg ari tu agensi lain, yg skrang ni establish sket
companya nya tu, tapi kan.saya takut saya tak lama kat JB ni, sbb kalo ade
rezeki saya kt sini lama, bole laa saya stay, tapi kalo takde macam maaa?
Brader tu mmg ckp dia akan hantar saya ke mana2 jer.Kemaman ker, Kerteh ke,
Miri ke, silap haribulan dihantar ke Sudan, takpun Egypt, tapi gaji memang
lumayan la RM5 ribu ++. Aku dah mula merengus.
Ad: "Waaaaaaaaa...Bagus la mcm tu, awak sendiri kata nak cari pengalaman
keje kan, dengan offer sebagus tu saya pun takkan lepaskan peluang mcm tu,
awak jangan la pikirkan benda lain, kejar dulu impian awak, tolong mak
bapak awak, family awak jangan pikirkan saya lagi saya tau sebenarnya awak
dtg ke sini pon bukannya nak bincangkan masalah ni kan..tapi nak jumpa saya
kan"
Aku tersenyum.
Aku: "Erm, saya tak kisah kalo saya berkahwin dan ada wife yg duduk kt
kampong dan jaga anak2..sbb saya percayakan wife saya dan ada ikatan
perkahwinan yg menghalang dia utk berlaku curang dengan saya..tapi dalam
hubungan kita ni, saya takut awak kt JB sedangkan saya ntah kt mana2.bole
ke kita lawan long distance relationship mcm tu?? Lebih2 lagi kita tak
penah declare apa2pon, so senang la kita buat apa2..padahal saya dah anggap
awak mcm wife saya sendiri kalo bole saya nak awak 24 jam ada depan mata
saya tau tak."
Ad: "Macam ni laa..saya tau awak keberatan nak berpisah ngan saya
sebenarnya. Terus terang saya katakan bahawa antara awak dan saya tak lebih
dari adik beradik, kita pon tak pernah declare apa apa hubungan pon..tak
lebih dari sekadar sahabat yg paling rapat, hinggakan keluarga saya pon dah
kenal ngan aawak, tak perlu la nak pikirkan perasaan bercinta dengan saya
lagi..."
Jantung aku dah mula berdegup kencang masa tu. Kenapa la dia ckp mcm tu.
Aku: "Saya tau, selama ni kita pon tak pernah declare apa apapun, tapi saya
selalu pikir yg awak sayang saya dan saya plak sayang kat awak, eventhough
tak jumpa awk sehari pon rasa sunyi sangat"
Ad: "Betulllllll....tapi kasih sayang saya kt awak tak lebih dari seorang
sahabat"
Aku dah mula panas semacam jer.berpeluh gak ketiak masa tu..
Aku: "Oohhhhhhhh....maknanya saya ni dah salah anggap la erkkkkk, ermm,
abis selama ni awak layan saya dan entertain saya macam husband awak?????
Awak cemburu bila saya keluar dengan orang lain? Awak cemburu bila Abg Din
ajak saya shopping? Awak jeles bila saya kuar jalan2 nga Dila? Awak bising
kt saya dan tanya ke mana saya keluar? Dengan sapa saya dating? Kawan PLU
ke atau tak? Dan awak hangin bila saya tido dengan Nazri???? Awak jeles
bila saya ke cyber café sekadar untuk membalas e-mail sedangkan dalam
pemikiran awak yg saya ke sana untuk berchatting mencari
jantan??????!!!!!!!!!!!!!!kenapa sikap awak mcm tu?? Kalo kita setakat
berkawan, kenapa sejauh tu awak mengongkong saya!!"
Masa tu jantung aku mcm nak gugur..hujah2 yg benar dan bernas terpacul dari
mulut aku. Dah lama aku nak bangkitkan isu ni tapi aku pendamkan je dalam
hati..semata2 untuk menjaga hati diaaaaaaa..
Ad: "Susah laa bercakap ngan awak ni..semua tu saya buat sbb saya tak
percaya kat awak..awak kan dah banyak kali terkantoi ngan saya..lagipun
masa mula2 kita kenal dulu pon saya dah bgtau awak..yg saya tak nak
bercouple dengan sesapa lagi...ckuplah dengan BF saya yg meninggal
dulu..tak nak lagi dah lepas tu,.."
Aku: "Awak ni mmg psycho la Ad..tak sangka betul saya dulu masa awak
marahkan saya dalam kes Nazrin tu, awak penah cakap yg awak mengharapkan
saya untuk jadi Bf awak tp lpas tu awak diam jer rupa rupanya awak tipu
saya..semata2 geram dan marahkan saya.kenapa macam tu sekali??? Ok la.lpas
ni, tak perlu la awak nak amik tau dengan sapa saya keluar, dan di rumah
siapa saya tido.jangan nak halang saya utk buat apa yg saya suka.6 bulan
saya menahan diri saya dari melakukan benda2 tak elok dengan org
lain..semuanya untuk buktikan kt awak yg saya jujur.walaupun ada gak
terbabasm dan dulu pernah sekali awak anta sms kt saya.awak cakap ‘I luv
you’apa maknanya sms tu???? Kenapa awak suka mainkan saya???"
Ad: "Excuse me, ngan semua org saya bole hantar ayat tu la, adik angat
saya, abg angkat saya, kawab baik saya pon tetap saya guna ayat I’ luv u
tuuu.ni la awak, mudah sangat pikir lain sbb tu kekadang bila awak anto sms
yg mesra2 saya malas nak layan, takut awak pikir jauh.ermmmmmmm.ok laaa!!!
Saya pon dah malas nak amik tahu pasai awak lagi.lagipun awak tak habis2
dengan kepuasan dan nafsu awak tu.awak berkawan ngan saya rupa2nya hanya
untuk menagih cinta sedangkan saya hanya untuk membina ikatan siraturrahim
sesama manusia jer..bagi saya cinta dah mati lebih2 lagi sesama plu tak da
gunanyaa..."
Aku diam..membisu.sebak gak dada ni, tapi kena controllll..
Ad: "Dah la, saya nak masuk rumah nak demam rasanya...lpas ni awak buatlah
apa yg awak suka saya takkan kacau lagi saya takkan ganggu awak nak dating
ngan sesapa pon.tapi awak jangan bising kt saya bilamana saya dah tak
pedulikan awak lagi.dan tak perlu awak nak amik berat kt saya.saya pegang
kata2 awak tadi tu..."
Gulppppppp Ad keluar dari kereta meninggalkan aku terkapai2 dalam
kegelapan.setitis demi setitis air mata aku berguguran!!!
Lebuhraya aku redah, drive lajuuuuuuu tu..sedih giler masa tu lampu2 jalan
seolah mengejek dan mencemuh aku..betapa rendahnya maruah aku bila
dipermainkan buta2 oleh org yang aku anggap lebih dari segalanyaaaaaaaa.
Tapi aku masih rasakan yg hubungan aku ngan Ad takkan berakhir semudah tu.
Aku dah tatang dia mcm tuan puteri bunian selama ni..takkan nak tamatkan
episode ni mcm tu jer? Aku pikir balik setiap kata2 dia.terus gambaran
teori pokok kataputus tercetus dalam kepala otak aku..
i) Dia mengongkong aku kerana tidak mahu aku terjebak dengan pergaulan
bebas, seks bebas, dan semangnya hanya dia yg layak utk tidor bersama
dengan aku. Sedangkan aku plak hidup sepenuhnya untuk memuaskan nafsu,
kecuali dalam tempoh2 perkenalan aku ngan Ad, aku telah mengurangkan
statistic rembak tahunan aku. Kesimpulannya-pandangan Ad sememangnya bagus
dan mulia...serta utk kepentingan masa depan aku jugak.
ii) Dia jugak lebih utamakan hubungan persahabatan dan silaturrahim antara
manusia yg lebih memupuk ikatan kekeluargaan dan kemesraan. Sbb tu dia
rapatkan hubungan aku dan keluarga dia, dan adik beradik dia. Sedangkan aku
plak lebih suka berkawan untuk mendapatkan kepuasan, dan jika taste dan ade
sisa2 cinta untuk aku, maka aku akan kebas kedua duanya.padahal benda tu
tak sepatutnya berlaku dalam konteks sebagai manusia normal. Dan ternyata
prinsip yg dipegang Ad memang betul
Tapi bila pikir balik, seolah2 sekrang ni aku sedang menuju ke arah dunia
lelaki sebenar. Dunia str8 kata orang kan erm, betul ke semua ni? Ikutkan
mcm betul, sbb aku dihalang bercinta, dan aku dihalang utk tidur dengan
sapa2 walaupun mungkin Ad sendiri yg sanggup, tapi kekerapan utk tidur
bersama adalah terlalu jarang sekali sbb aku tau Ad mmg tak sukakan
hubungan seks!!!
Maka jadilah aku sebagai manusia normal lepas ni...hahahahahaahaaaaa..
Sesampai di rumah semalam, aku menghantar sms ke Ad, aku ckp kt dia supaya
jangan risaukan aku..walaupun aku terlepas ckp yg aku nak kebebasan dalam
bergaul, tapi aku cuba jaga perilaku aku. Takkan ada org ke tiga yg dapat
menggantikan tempat dia..dia tetap di hati...
Sesungguhnya Ramadhan tahun ni memberikan banyak hikmah utk aku. Mungkin
semuanya ketentuan Ilahi sbb Dia lebih sayangkan aku.
Aku harap Ad tetap mcm biasa, sama dengan org yg aku kenal suatu waktu
dahulu..walaupun sejak tadi dia agak dingin untuk membalas sms aku.